BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Imigresen Kedah Tahan 22 Warga Asing Dalam Operasi Bersepadu Di Kuala Muda

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Imigresen Kedah Tahan 22 Warga Asing Dalam Operasi Bersepadu Di Kuala Muda​

af8c2b9efde104cbde90ba1f2d576ca86a55daf5332f9

Kredit: JIM Kedah

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah menahan 22 pendatang tanpa izin dalam operasi bersepadu yang dijalankan di lapan lokasi di daerah Kuala Muda, semalam.

JIM Kedah memaklumkan operasi yang bermula 10 pagi itu dilaksanakan menerusi Ops Bersepadu, Ops Gegar, Ops Sapu dan Ops Selera hasil risikan serta maklumat awam.

Menurut kenyataan hari ini, operasi berkenaan membabitkan 12 pegawai Bahagian Penguatkuasaan JIM Kedah dengan kerjasama empat pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah.

“Lapan premis diperiksa membabitkan 76 individu, terdiri daripada 52 warganegara Malaysia dan 24 warganegara asing.

“Hasil pemeriksaan mendapati 22 warga asing berusia 18 hingga 45 tahun ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” menurut kenyataan itu.

JIM Kedah memaklumkan antara kesalahan dikesan ialah tidak memiliki pas atau dokumen perjalanan yang sah, tinggal di Malaysia melebihi tempoh dibenarkan serta melanggar syarat pas dikeluarkan JIM.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 15 warga Myanmar, empat warga Indonesia, dua warga Bangladesh dan seorang warga Thailand.

“Selain tangkapan yang dibuat, tujuh Borang Imm.29 (Saman Kepada Saksi) turut dikeluarkan bagi membantu siasatan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Semua warga asing yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Belantik bagi tujuan dokumentasi dan siasatan, sebelum tindakan lanjut diambil mengikut peruntukan undang-undang berkuat kuasa.

 
Back
Top
Log in Register