BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sindiket Seludup Senjata Api Tumpas, Lapan Individu Ditahan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Sindiket Seludup Senjata Api Tumpas, Lapan Individu Ditahan​

15b673995bcc1be69fe617c2da3ddd046a6369a002c45

38fa052158f171e1030b2730d6adc6ec6a6369d06e01c

fb05aa8f2317816fa86efb3b1218ec526a6369f0650de

13a9b1697927913d07685d093e8c12ce6a6369ff430bd

Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan senjata api dengan rampasan pelbagai jenis senjata itu yang dianggarkan bernilai RM360,000 dan penahanan lapan individu termasuk seorang penjawat awam menerusi siri operasi di Perlis, Perak dan Kedah bulan ini.

Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim berkata sindiket terbabit dipercayai aktif sejak 2019 manakala kesemua ditahan dalam operasi antara 1 hingga 20 Julai itu berusia lingkungan 30-an hingga 60-an yang terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita.

Beliau berkata operasi bermula susulan tangkapan terhadap seorang lelaki tempatan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Sitiawan pada 1 Julai, sebelum beberapa serbuan dijalankan di Beseri dekat Padang Besar; Kangar, Kuala Perlis serta Lunas di Kulim, Kedah.

“Hasil operasi, polis merampas tiga pistol berkaliber 9 milimeter, dua laras senapang patah, tiga laras raifal berkaliber .22, 11 laras raifal airsoft, 10 pistol airsoft serta selaras senapang angin buatan sendiri.

“Selain itu, ratusan butir peluru pelbagai kaliber, 9,000 kelongsong peluru serta pelbagai komponen dan aksesori senjata api,” katanya pada sidang media di IPK Perlis di sini hari ini.

Muhammad berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 7 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 serta Seksyen 8(a) dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dengan tiga daripada individu berkenaan telah dituduh di mahkamah manakala lima lagi masih disiasat.

Beliau berkata senjata api itu dipercayai diseludup masuk dari negara jiran sebelum diedar kepada rangkaian tertentu di utara Semenanjung Malaysia dengan dipercayai menggunakan beberapa lokasi berbeza sebagai tempat penyimpanan senjata dan peluru bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Hasil kerjasama risikan antara JSJ Kontinjen Perlis, Perak dan Kedah berjaya mengenal pasti rangkaian tersebut dan melumpuhkan keseluruhan operasi mereka,” katanya.

Back
Top
Log in Register