BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak Tun Daim Akan Didakwa Di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Esok

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141
5cf981137f8e97274303b3791adf9bf45e3a410945855


Anak perempuan bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Peguam Yu Ying Ying, yang mewakili Asnida, berkata SPRM memaklumkan anak guamnya akan didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

“Ya, beliau akan didakwa mengikut Seksyen 36(2) di Mahkamah Jalan Duta esok,” katanya ringkas kepada media hari ini.

Seksyen itu merujuk kepada kegagalan mematuhi notis SPRM untuk mengisytiharkan harta.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, kes itu akan disebut di hadapan Hakim Rosli Ahmad pada 9 pagi.

Sementara itu, SPRM dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah mendapat izin untuk mendakwa seorang pengarah syarikat di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Terdahulu, Yu memaklumkan media bahawa SPRM mengambil keterangan Asnida di Ibu Pejabat agensi antirasuah itu selama kira-kira lima jam bermula 10 pagi.

Terdahulu, Bernama melaporkan Asnida hadir ke Ibu Pejabat SPRM di sini untuk memberi keterangan berhubung siasatan agensi berkenaan.

Bagaimanapun, difahamkan tiga lagi anak Tun Daim iaitu Md Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin masih belum tiba di Ibu Pejabat SPRM.

 
Back
Top
Log in Register