BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RCI TH: Jamil Khir Didakwa Di Mahkamah Sesyen KL Esok

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

RCI TH: Jamil Khir Didakwa Di Mahkamah Sesyen KL Esok​

5e7165c0d40a7379d651e1446f2db4de6aa68963ef366

Datuk Seri Abd Halim Aman

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang sebelum ini disiasat berhubung isu laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, Jamil Khir akan dituduh pada 9 pagi, di Mahkamah Sesyen Jenayah 8 di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

Pada 10 Sept lepas, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abd Halim Aman dilaporkan berkata pihaknya telah mengesyorkan tiga pertuduhan terhadap bekas menteri itu mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.

Beliau dilepaskan dengan jaminan pada 8 Sept, selepas menjalani tempoh reman tujuh hari bermula 2 Sept lepas.

Sebelum ini, bekas menteri itu dilaporkan ditahan pada 4.30 petang, 2 Sept ketika hadir untuk memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung pendedahan Laporan RCI TH.

Laporan RCI TH didedahkan kepada umum pada 29 Julai, yang merekodkan pelbagai kelemahan pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020, serta menyenaraikan pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik.

Laporan itu turut menyebut bahawa wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat.

 
Back
Top
Log in Register