BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RCI TH: Jamil Khir Tiba Di Mahkamah Untuk Hadapi Tuduhan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

RCI TH: Jamil Khir Tiba Di Mahkamah Untuk Hadapi Tuduhan​

da2e3a1f9ca1043d1300b6c9fbba020d5e3a40f5b656b


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Jamil Khir Baharom tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini hari ini bagi menghadapi pertuduhan berhubung isu laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH).

Bekas Ahli Parlimen Jerai itu tiba di mahkamah pada 7.40 pagi dengan berpakaian kemeja putih dan bersut hitam.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, kes terhadap Jamil Khir akan disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rosli Ahmad pada 9 pagi.

Pada 10 Sept lepas, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abd Halim Aman dilaporkan berkata pihaknya telah mengesyorkan tiga pertuduhan terhadap bekas menteri itu mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.

Jamil Khir dilepaskan dengan jaminan pada 8 Sept, selepas menjalani tempoh reman tujuh hari bermula pada 2 Sept.

Sebelum ini, beliau dilaporkan ditahan pada 4.30 petang, 2 Sept ketika hadir untuk memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung pendedahan Laporan RCI TH.

Laporan RCI berkenaan didedahkan kepada umum pada 29 Julai, yang merekodkan pelbagai kelemahan pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020, serta menyenaraikan pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik.

Laporan itu turut menyebut bahawa wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat.

 
Back
Top
Log in Register