BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RCI TH: Abdul Azeez Antara Tiga Individu Dihadapkan Ke Mahkamah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

RCI TH: Abdul Azeez Antara Tiga Individu Dihadapkan Ke Mahkamah​

c33bee45fd6ca334e7c1149db0e3aa546aa11641dcacc

Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim diiringi anggota polis selepas prosiding pendakwaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) menyaksikan beberapa individu diheret ke mahkamah untuk berdepan tindakan undang-undang dan direman bagi membantu siasatan kes berkaitan.

Kerajaan sebelum ini menegaskan setiap syor dan dapatan dalam laporan itu disiasat secara tuntas tanpa sebarang kompromi, dan sesiapa yang didapati menyalahgunakan kepercayaan serta amanah daripada hasil keringat jutaan rakyat hendaklah diheret ke muka pengadilan mengikut lunas undang-undang.

Setakat hari ini, tiga individu termasuk bekas Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim didakwa di mahkamah, manakala seorang lagi tidak dapat hadir semasa prosiding pendakwaan susulan sedang menjalani pemeriksaan dan rawatan berkaitan masalah jantung.

Abdul Azeez, 59, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, manakala bekas Pengurus Keselamatan dan Kesihatan THP Bina Sdn Bhd Nasahruddin Ahmad, 56, dan bekas Timbalan Pengurus Besar TH Properties Sdn Bhd Tengku Kamarolhisham Tengku Kamaruddin, 55, yang juga bekas Timbalan Pengurus Besar THP Bina Sdn Bhd juga minta dibicarakan atas pertuduhan masing-masing di mahkamah sama pada 3 Sept.

THP Bina Sdn Bhd ialah anak syarikat milik penuh TH Properties Sdn Bhd (yang merupakan anak syarikat Lembaga TH), berfokus dalam bidang pembinaan dan pengurusan projek.

Pada tarikh sama (3 Sept), bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Lembaga TH, sepatutnya didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, namun prosiding pendakwaan ditangguhkan kepada 24 Sept ini, susulan beliau sedang menjalani pemeriksaan dan rawatan berkaitan masalah jantung. Beliau dijangka didakwa atas tiga pertuduhan membabitkan rasuah di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Abdul Azeez yang juga bekas ahli Parlimen Baling didakwa atas satu pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan jawatan pengerusi di sebuah syarikat, dan meyakinkan Ahli Lembaga TH untuk bersetuju meluluskan cadangan pelaburan RM193.5 juta dalam syarikat berkenaan pada 2014.

“Faham pertuduhan, pertuduhan itu tidak benar sama sekali, mohon dibicarakan,” katanya selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Beliau dibenarkan diikat jamin RM450,000 dengan dua penjamin warga tempatan berserta syarat tambahan melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur setiap tiga bulan sekali sehingga kes selesai, dan 11 Nov ini ditetapkan untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.

 
Back
Top
Log in Register