BTC USD 75,787.3 Gold USD 4,322.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kurang Dua Bulan Pendedahan RCI TH, Empat Individu Didakwa

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,120
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,120
Reaction score
346
Points
141

Kurang Dua Bulan Pendedahan RCI TH, Empat Individu Didakwa​

e0c090f178872355a42505fae3a6baac6850303739fc5


Kurang dua bulan selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) didedahkan kepada umum, penemuannya telah membawa kepada beberapa siri siasatan dan tindakan undang-undang terhadap individu yang dikenal pasti.

Setakat hari ini, empat individu telah didakwa di mahkamah manakala beberapa lagi termasuk bekas pengurusan kanan TH dan seorang bekas menteri ditahan serta direman bagi membantu siasatan.

Mereka yang telah didakwa ialah Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, bekas Pengurus Keselamatan dan Kesihatan THP Bina Sdn Bhd Nasahruddin Ahmad serta bekas Timbalan Pengurus Besar TH Properties Sdn Bhd Tengku Kamarolhisham Tengku Kamaruddin, yang juga bekas Timbalan Pengurus Besar THP Bina Sdn Bhd.

Turut didakwa Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alam Maritim Resources Bhd Datuk Azmi Ahmad, yang dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Berikut ialah kronologi RCI TH:

22 Julai 2026:

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan memaklumkan keputusan berhubung cadangan mendedahkan laporan akhir RCI TH kepada umum akan dibincang dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

23 Julai 2026:

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersedia mendedahkan laporan akhir RCI berkaitan TH dalam masa terdekat bagi membolehkan rakyat mengetahui hasil siasatan terhadap dakwaan penjualan aset strategik agensi itu.

 
Back
Top
Log in Register