BTC USD 75,896.9 Gold USD 4,326.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

€˜Awang Kolam’ Dipindah Ke Taman Negeri Royal Belum - Perhilitan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,757
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,757
Reaction score
289
Points
146

‘Awang Kolam’ Dipindah Ke Taman Negeri Royal Belum - Perhilitan​

06b0a878140fbfcb5822460ac4ccf5946aaa238313f86

f96f84bb319fe9d889334cb8395158216aaa23686a2e0

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) hari ini berjaya memindahkan seekor gajah jantan yang menceroboh masuk ke kawasan kebun dan penempatan penduduk di Kampung Kolam hari ini.

Gajah jantan liar yang ditangkap di Kampung Kolam, Ajil, dekat sini pada Khamis lepas akan dipindah dan dilepaskan di Taman Negeri Royal Belum, Perak, malam ini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu Dennis Ten Choon Yung berkata lebih 24 petugas, termasuk dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Pahang, dan Pusat Santuari Gajah Johor (JES) terlibat dalam operasi pemindahan yang bermula 9 pagi tadi.

Beliau berkata operasi menggunakan bantuan dua gajah denak itu mengambil masa kira-kira tiga jam disebabkan beberapa faktor, termasuk cuaca dan keadaan persekitaran.

"Gajah yang diberi nama ‘Awang Kolam’ oleh penduduk tempatan itu berjaya ditangkap pada 10 September lepas dan dijinakkan oleh dua denak betina, iaitu Abot dan Sanum dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang, untuk proses pemindahan.

"Proses penarikan keluar berjalan lancar dan gajah jantan itu berjaya dinaikkan ke dalam lori kira-kira 11.30 pagi untuk dibawa ke lokasi pelepasan.

“Bagaimanapun proses memujuk gajah berkenaan mengambil masa agak lama kerana haiwan itu ialah gajah liar dan faktor keselamatan anggota perlu diambil kira," katanya selepas operasi pemindahan gajah liar jantan di Kampung Kolam, dekat Ajil, di sini hari ini.

Dennis berkata operasi berkenaan berjalan lancar hasil kerjasama pelbagai pihak, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membantu mengawal serta menyuraikan orang ramai yang berkumpul sejak awal pagi.

Gajah liar yang mempunyai ukuran tapak kaki sebesar 15 inci itu kini dalam keadaan stabil dan sihat.

"Bermula 1 Jan hingga hari ini, Perhilitan Terengganu telah melaksanakan 10 operasi pemindahan gajah liar di seluruh negeri yang melibatkan kos lebih RM60,000 bagi satu operasi.

 
Back
Top
Log in Register