combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,129
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,129
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Kerajaan Baharu Negeri Sembilan Perlu Mesra Perniagaan, Pacu Ekonomi Negeri -Â Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi bercakap pada sidang media selepas menghadiri Program Himpunan Usahawan Negeri Sembilan di D'Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kerajaan baharu yang bakal dibentuk di Negeri Sembilan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu bersifat mesra perniagaan bagi memastikan potensi ekonomi negeri dan usahawan tempatan dapat dipacu ke peringkat global.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata visi dan hala tuju pentadbiran negeri yang baharu amat penting dalam mewujudkan ekosistem perniagaan yang dinamik, selaras dengan komitmen kerajaan untuk memartabatkan usahawan Bumiputera.
“Kerajaan Negeri Sembilan yang baharu, Insya-Allah...mesti sebuah kerajaan yang business-friendly, (mesra perniaagaan) mesti ada usaha membantu usahawan Bumiputera untuk berjaya bukan hanya setakat domestik, tapi mesti berada di peringkat antarabangsa.
“Itulah kerajaan baharu Negeri Sembilan yang kita hasratkan,” kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ketika berucap pada Program Himpunan Usahawan Negeri Sembilan di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Ahmad Zahid berkata Negeri Sembilan mempunyai potensi ekonomi yang sangat besar berikutan kedudukannya yang strategik berhampiran pusat pentadbiran dan pintu masuk utama negara.
Sehubungan itu, beliau menggesa usahawan untuk berani mengambil peluang dalam rangkaian bekalan industri serta meneroka niche market (pasaran khusus), di samping berpegang kepada tuntutan agama termasuk menunaikan zakat bagi memastikan kelangsungan dan keberkatan perniagaan.
Menyentuh peranan MARA, Ahmad Zahid mahu agensi itu membina ekosistem pertumbuhan komprehensif merangkumi pembiayaan, teknologi, pensijilan, penjenamaan dan akses pasaran.
“Langkah itu merangkumi usaha menaik taraf skala usahawan secara berperingkat daripada peringkat nano, mikro, kecil, sehinggalah ke tahap sederhana yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.