BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peguam Perlu Sahkan Dakwaan MB Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,136
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,136
Reaction score
346
Points
141

Peguam Perlu Sahkan Dakwaan MB Negeri Sembilan - Ahmad Zahid​

697643dfc68457a7a920650606882e4e6aa1512e7cae3

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri sesi Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) . - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim yang mendakwa telah menandatangani Surat Cara Proklamasi tanpa rela hati dan secara paksaan perlu disahkan oleh peguam yang hadir ketika proses penandatanganan itu berlaku.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu adalah yang sebaiknya dilakukan untuk mengesahkan dakwaan Ismail.

Presiden UMNO itu berkata parti berkenaan tidak akan campur tangan sebaliknya menghormati sepenuhnya institusi diraja, undang dan adat di Negeri Sembilan.

“Saya rasa elok kalau kenyataan itu disahkan oleh peguam sendiri jika peguam itu hadir ketika penandatanganan proklamasi itu dikeluarkan, dan kita dengar mungkin sidang media akan diadakan dalam waktu yang paling terdekat,” katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ismail yang mendakwa dipaksa menandatangani dokumen berkenaan sebelum membuat laporan polis semalam.

Ahmad Zahid turut menafikan dakwaan kononnya beliau hadir ketika proses penandatanganan dokumen itu.

“Tak ada, memang saya tak ada... dia (Ismail) dah nafikan dah yang saya memang tak ada dalam tu,” katanya.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu juga menolak dakwaan bahawa beliau menerima surat peletakan jawatan daripada Ismail.

Terdahulu, Ismail menjelaskan bahawa Surat Cara Proklamasi yang tular menerusi kenyataan media malam tadi telah ditandatangani tanpa rela hati dan secara paksaan.

 
Back
Top
Log in Register