BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Siasat Dakwaan MB Negeri Sembilan - Saifuddin Nasution

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Polis Siasat Dakwaan MB Negeri Sembilan - Saifuddin Nasution​

250fb9553cf0b34decf37d3d293748676aa792804b4a3

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Peluncuran "AI Human Digital" di Kompleks Setia Perkasa hari ini.

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim yang mendakwa beliau menandatangani Surat Cara Proklamasi tanpa rela hati dan secara paksaan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkembangan lanjut mengenai perkara itu akan dikongsikan kelak.

"Kertas siasatan dah dibuka dan masih lagi dijalankan. Kalau ada kemajuan, seperti biasa kita akan kongsi dengan rakan media," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Ismail sebelum ini dilaporkan mendakwa beliau dipaksa menandatangani dokumen berkenaan sebelum membuat laporan polis pada 8 Sept bagi membolehkan siasatan dijalankan pihak berkuasa.

Media sebelum ini melaporkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dakwaan itu perlu disahkan peguam yang hadir ketika proses penandatanganan itu berlaku bagi mengesahkan perkara berkenaan.

Presiden UMNO itu turut berkata parti berkenaan tidak akan campur tangan sebaliknya menghormati sepenuhnya institusi diraja, undang dan adat di Negeri Sembilan.

 
Back
Top
Log in Register