BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Royal Selangor Ketengah Seni Tekstil Melayu menerusi Pameran “Telepuk: The Imprint Of Heritage”

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Royal Selangor Ketengah Seni Tekstil Melayu menerusi Pameran “Telepuk: The Imprint Of Heritage”​

1ab12a84c459a35a25bab3dfa149fa486a8ffe81b141e

c0561fc49aa8350d75a480c2a3f482476a8ffe9311a05


Royal Selangor melancarkan Telepuk: The Imprint of Heritage, sebuah pameran dan koleksi bagi menyerlahkan kembali seni tradisional Melayu, telepuk yang jarang-jarang ditemukan dalam penghasilan corak saduran emas pada tekstil.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyempurnakan majlis pelancaran itu.

Turut berangkat Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Penganjuran pameran itu menyemai kembali minat terhadap seni tradisional itu yang menghimpunkan pakaian diraja yang mempunyai nilai sejarah, blok kayu, fabrik, penyelidikan bahan serta koleksi piuter hasil kerjasama dengan Muzium Victoria dan Albert (V&A) di London.

Pengarah Urusan Royal Selangor Datuk Yong Yoon Li dalam ucapan alu-aluannya berkata inisiatif itu bertujuan merapatkan hubungan antara warisan tradisional dengan reka bentuk kontemporari dan penglibatan masyarakat, selain menarik perhatian orang ramai terhadap seni halus berkenaan yang kini hanya diamalkan oleh sebilangan kecil penggiat seni.

“Bagi pameran The Imprint of Heritage ini, kami menghimpunkan muzium, institusi warisan, penyelidik, penggiat seni, pengumpul dan rakan kerjasama untuk menawarkan satu pengalaman untuk menghubungkan kajian sejarah dengan ketukangan, pendidikan dan reka bentuk kontemporari.

“… inovasi terbaharu kami menampilkan seni saduran tekstil menggunakan kepingan piuter atau kepingan timah, yang diinspirasikan daripada telepuk. Kami turut menganjurkan beberapa siri bengkel yang membolehkan anda mempelajari seni telepuk bukan menggunakan emas, tetapi piuter,” katanya.

Yong berkata warisan hanya akan kekal signifikan apabila ilmu berkaitan terus diamalkan dan dikongsi semula, dan merakamkan penghargaan kepada Langkasuka Movement yang menyediakan asas advokasi bagi projek berkenaan.

Antara tarikan utama ialah Baju Sikap dari pertengahan abad ke-19 yang dikaitkan dengan Sultan Sir Abdul Samad, dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia, serta pakaian istiadat yang dipakai kerabat diraja Selangor yang menampilkan motif tradisional seperti Bunga Tanjung Pecah Sembilan.

 
Back
Top
Log in Register