BTC USD 75,879.3 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Buku Khas Hari Malaysia Simbolik Utuh Penyatuan Tiga WilayahÂ

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Buku Khas Hari Malaysia Simbolik Utuh Penyatuan Tiga WilayahÂ​

8057f3b6cd6fdb8a5b9facf7b48d795b6aaa26d825045

Pegawai Arkib Negeri Sabah Razali Dait menunjukkan Buku Khas Sambutan Hari Malaysia yang bakal ditandatangani oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg sempena sambutan yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching hari ini.

Kepulangan Buku Khas Sambutan Hari Malaysia ke Sarawak bersempena dengan sambutan pada tahun ini menterjemahkan ikatan sejarah serta keharmonian yang sentiasa terjalin kukuh antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Naskhah rasmi yang disimpan Jabatan Arkib Negeri Sabah itu menjadi saksi perpaduan dan penyatupaduan tiga wilayah tersebut, menyaksikan tiga wakil wilayah-wilayah berkenaan menurunkan tandatangan setiap kali Sambutan Hari Malaysia diadakan bagi melambangkan perpaduan nasional.

Pegawai Arkib Negeri Sabah Razali Dait berkata upacara itu akan disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor pada sambutan malam ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

“Tandatangan itu adalah simbolik kepada penyatuan kita antara tiga wilayah tersebut. Walaupun upacara itu hanyalah seminit dua tetapi itu simbolik sebenar 16 Sept yang menentukan penyataan pembentukan Malaysia,” katanya kepada Bernama.

Mula diperkenalkan pada 2010, buku khas itu mengandungi kompilasi watikah yang ditandatangani wakil Kerajaan Persekutuan, Sabah serta Sarawak.

Buku berkenaan diilhamkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ketika itu, Tan Sri Dr Rais Yatim, manakala penyediaannya dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Kulit buku catatan rasmi perayaan Hari Malaysia berkenaan bersalutkan emas dan menggunakan motif tenunan berdasarkan corak etnik tempatan Sarawak, Sabah dan Semenanjung.

Kotaknya pula diperbuat daripada kayu jati dan di atasnya diletakkan Jata Negara dan 13 jata negeri.

 
Back
Top
Log in Register