BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

CEO Alam Maritim Azmi Ahmad Didakwa Esok Di Mahkamah Sesyen KL

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

CEO Alam Maritim Azmi Ahmad Didakwa Esok Di Mahkamah Sesyen KL​

5cf981137f8e97274303b3791adf9bf45e3a410945855


Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Alam Maritim Resources Bhd Datuk Azmi Ahmad akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, Azmi akan dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah 14 di hadapan Hakim Suzana Hussin pada 9 pagi.

Pada 17 Ogos lepas, Alam Maritim Resources Bhd menerusi makluman kepada Bursa Malaysia mengumumkan Azmi direman bagi membantu siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pada 15 Ogos lepas, Bernama melaporkan SPRM menahan tujuh individu terdiri daripada seorang CEO, seorang pengarah syarikat, seorang bekas pengarah syarikat dan empat bekas pengurusan kanan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi membantu siasatan berhubung isu yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH.

Menurut sumber, seorang CEO syarikat perkapalan bergelar Datuk berumur lingkungan 60-an ditahan kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butiran matan palsu ketika membuat bayaran kepada TH, membabitkan pemalsuan dokumen kontrak sebuah syarikat petroleum untuk kepentingan syarikat miliknya.

 
Back
Top
Log in Register