BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saman Fitnah Terhadap Najib: Dzulkefly Tidak Tahu Pelantikan Anak Perempuan Dalam Dua Syarikat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
0ca97c7e28b637dd3c954c256e6a39bb69d4d766c586a


Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini beliau tidak mengetahui mengenai pelantikan anak sulungnya, Nurul Iman, dalam dua syarikat yang didakwa berlaku sebelum dan selepas pelantikannya sebagai menteri.

Dzulkefly, 70, berkata anak perempuannya dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif AIM Solutions Group Bhd (AIM Solutions) pada 30 April 2018, iaitu sebelum pelantikannya sebagai menteri pada Julai tahun sama.

Beliau berkata pelantikan Nurul Iman selaku ahli lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pula ialah pada Oktober 2018, iaitu selepas beliau memegang jawatan menteri.

“Saya tidak mengetahui mengenai kedua-dua pelantikan itu,” kata Dzulkefly ketika ditanya peguam Datuk Seri Najib Tun Razak, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, pada hari pertama perbicaraan saman fitnah RM5 juta yang difailkannya terhadap bekas perdana menteri itu.

Dalam kenyataan saksinya, Dzulkefly berkata beliau tidak pernah campur tangan dalam pelantikan Nurul Iman di AIM Solutions.

“Saya langsung tidak mengetahui dia (Nurul Iman) ditawarkan, memohon atau dicari oleh pihak tertentu dan telah menerima jawatan sebagai pengarah bukan eksekutif dalam syarikat itu. Saya percaya pencapaiannya dalam syarikat berkenaan berdasarkan kepada keupayaan sendiri dan tiada kaitan dengan saya atau mana-mana individu lain.

“Seperti yang saya katakan, dia seorang wanita berwibawa. Untuk menjejaskan reputasi saya dan dia sama sekali tidak wajar,” kata Dzulkefly.

Ditanya oleh peguamnya, Stanley Sabastien Sinnappen, plaintif menyatakan Najib tidak menghubunginya sebelum memuat naik kenyataan yang didakwanya itu menerusi Facebook.

Najib hadir pada prosiding hari ini. Perbicaraan di hadapan Hakim Mahazan Mat Taib akan bersambung esok.

 
Back
Top
Log in Register