BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saman Fitnah Bukan Bertujuan Musnah Karier Politik Najib - Dzulkefly

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
0ca97c7e28b637dd3c954c256e6a39bb69d4d766c586a


Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa keputusannya memfailkan samam fitnah RM5 juta terhadap Datuk Seri Najib Razak bukan didorong keinginan untuk memusnahkan kerjaya politik bekas perdana menteri itu.

Dzulkefly, 70, berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, pada hari kedua perbicaraan berhubung hantaran Facebook yang diterbitkan pada Ogos 2020.

Hantaran tersebut mendakwa beliau mengamalkan nepotisme bagi memastikan pelantikan anak perempuannya Nurul Iman sebagai ahli lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Ketika ditanya oleh Muhammad Shafee sama ada beliau turut menyaman dua individu iaitu Najib dan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Dzulkefly mengesahkan perkara itu, namun memaklumkan kes melibatkan Asyraf telah diselesaikan.

Menteri itu turut menjelaskan bahawa beliau tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap akhbar yang melaporkan isu sama.

Muhammad Shafee: “Anda memilih untuk menyaman anak guam saya terutamanya kerana ini adalah cara untuk memusnahkan beliau supaya tidak lagi bangkit dalam arena politik?”

Dzulkefly: “Tidak.”



Sementara itu, ketika disoal peguamnya Stanley Sebastian Sinnappen mengenai dakwaan peguam defendan bahawa beliau berniat memusnahkan Najib secara politik, Dzulkefly menjawab bahawa “Soalan itu agak pelik dan saya tidak fikir ada kebenaran padanya”.

 
Back
Top
Log in Register