BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dzulkefly Capai Penyelesaian Henti Saman Fitnah Terhadap NajibÂ

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
116fcf57adbce57a32bf8a1adc2a9e2469d7a707de68a


Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly menghentikan saman fitnah terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan amalan nepotisme susulan pelantikan anak perempuannya di sebuah badan amanah berkaitan kerajaan.

Beliau berkata penyelesaian itu dicapai di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mahazan Mat Taib selepas Najib bersetuju memuat naik segera kenyataan yang dibacakan di dalam mahkamah ke Facebook miliknya, serta menurunkan hantaran lama yang berkaitan.

Dzulkefly berkata Najib dalam penjelasannya mengambil maklum aduan beliau di mahkamah bahawa hantaran bekas Ahli Parlimen Pekan itu didakwa memberi gambaran seolah-olah beliau mengamalkan nepotisme berhubung pelantikan anak perempuannya, Nurul Iman.

Najib turut menjelaskan Dzulkefly tidak terlibat dalam pelantikan tersebut dan tiada unsur nepotisme di pihak Ahli Parlimen Kuala Selangor itu.

“Ini sekali gus memperjelaskan bahawa dakwaan nepotisme terhadap saya adalah tidak berasas. Dengan persetujuan yang telah dicapai oleh kedua-dua pihak, pihak saya telah bersetuju untuk memberhentikan saman sivil fitnah tersebut dan seterusnya menganggap perkara ini selesai,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat khususnya Mahazan atas kerjasama untuk menyelesaikan perkara itu secara baik dan penuh penghormatan di Mahkamah Tinggi.

“Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan peguam saya, ahli keluarga serta rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa memberikan sokongan moral yang kental sepanjang proses undang-undang ini berlangsung.

“Tidak dilupa, sekalung penghargaan kepada rakan-rakan media atas liputan yang adil dan profesional yang diberikan kepada kes ini dari awal sehingga tamat,” katanya.

Dzulkefly, 70, memfailkan saman terhadap Najib pada 31 Dis 2021, dan mendakwa hantaran fitnah itu diterbitkan dengan niat untuk memalukan dirinya selain bermotifkan politik bagi menjejaskan reputasi beliau.

 
Back
Top
Log in Register