combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,142
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,142
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
RCI TH Untuk Pengajaran, Bukan Medan Pergaduhan Politik Lama - Setiausaha Politik PM
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin
Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) tidak seharusnya membuka semula pergaduhan politik lama, sebaliknya perlu dijadikan pengajaran bagi mencari jalan terbaik memperbaiki institusi itu.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Azman Abidin berkata kepentingan kira-kira 10 juta pendeposit perlu menjadi keutamaan mengatasi kepentingan politik mana-mana parti.
“Sebab itu, kita perlu melihat RCI ini bukan sebagai dokumen untuk membuka semula pergaduhan politik lama, tetapi sebagai satu lesson to be learned (pengajaran yang perlu diambil) untuk memperbaiki institusi.
“Kalau RCI mengenal pasti kelemahan dalam tadbir urus, kita perbaiki tadbir urus. Kalau ada kelemahan dalam proses pelaburan, kita perkuatkan mekanisme pelaburan. Kalau ada ruang untuk campur tangan politik, kita tutup ruang tersebut,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata sekiranya terdapat perkara yang memerlukan tindakan penguatkuasaan, proses itu perlu berjalan berdasarkan bukti dan undang-undang.
Azman berkata perhatian sepatutnya diberikan kepada usaha memastikan TH kekal kukuh, dipercayai serta mampu memberikan manfaat kepada pendeposit untuk generasi akan datang.
Mengulas mengenai Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada Selasa lepas bagi membahaskan laporan RCI berkenaan, Azman berkata ia memberi ruang formal kepada Ahli Parlimen untuk membincangkan isu berkenaan, selain membolehkan rakyat menilai dan meneliti apa yang berlaku kepada TH.
“Apabila laporan ini sudah dibuka kepada umum, saya fikir Parlimen adalah tempat yang paling sesuai untuk perkara ini diterangkan dan diperjelaskan.
“Bukan untuk mencari siapa yang boleh dipersalahkan semata-mata, tetapi untuk kita faham apa yang berlaku, apa kelemahan yang telah dikenal pasti dan paling penting, apa tindakan pembetulan yang perlu dibuat selepas ini,” katanya.