BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RCI TH: SPRM Tahan Bekas Pengerusi TH, Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,134
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,134
Reaction score
346
Points
141

RCI TH: SPRM Tahan Bekas Pengerusi TH, Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan​

8a47c5b7a316a4e3fa37699beb22945568503045450a7


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan bagi membantu siasatan berhubung isu yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

SPRM dalam hantaran menerusi media sosial TikTok rasmi agensi itu memaklumkan kedua-dua individu lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira 4 petang tadi ketika hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

“Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan reman esok,” menurut hantaran itu.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Pada 15 Ogos lepas, SPRM telah menahan tujuh individu terdiri daripada seorang ketua pegawai eksekutif (CEO), seorang pengarah syarikat, seorang bekas pengarah syarikat dan empat bekas pengurusan kanan TH.

 
Back
Top
Log in Register