combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,122
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,122
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
RCI TH: Bekas Menteri Akan Didakwa Isnin Depan - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abd Halim Aman bercakap pada sidang media dipejabatnya hari ini. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Seorang bekas menteri akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Isnin depan berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan penemuan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman berkata pihaknya telah mengesyorkan tiga pertuduhan terhadap individu berkenaan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalah guna harta dengan curang.
Bercakap dalam sidang media khas di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini, beliau berkata bekas menteri itu turut mempunyai kaitan dengan aset di Arab Saudi.
Beliau berkata setakat ini, lima individu telah didakwa di mahkamah susulan penemuan laporan RCI TH melibatkan bekas Timbalan Pengurus Besar Pembinaan TH Properties Sdn Bhd, bekas Pengurus Keselamatan dan Kesihatan TH Properties Sdn Bhd, bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Ketua Pegawai Eksekutif Alam Maritim Sdn Bhd serta bekas Ketua Pegawai Operasi TH.
Selain itu, daripada 14 kertas siasatan yang dibuka SPRM sebelum ini, enam telah diselesaikan dengan dua membawa kepada pertuduhan manakala empat lagi diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.
Abd Halim berkata lapan lagi kertas siasatan adalah inisiatif SPRM daripada hasil penemuan laporan RCI TH, dengan pihaknya memperakukan siasatan terhadap pelaburan yang didapati meragukan dan mengecewakan.
"Setakat ini, kita telah perakukan tiga termasuk yang akan didakwa Isnin ini, selebihnya masih dalam proses kerana melibatkan entiti luar negara seperti Arab Saudi dan Singapura.
"Proses itu mengambil masa kerana kita perlu melalui proses bantuan perundangan bersama, mendapatkan dokumen daripada pihak luar negara dan merakam percakapan," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau menafikan dakwaan terdapat pemimpin kanan UMNO yang akan dipanggil memberi keterangan kepada suruhanjaya itu selepas Perhimpunan Agung UMNO minggu depan.