BTC USD 75,879.3 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas Pengerusi TH, Bekas KSU Perbendaharaan Tiba Di Mahkamah Bagi Prosiding Reman

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Bekas Pengerusi TH, Bekas KSU Perbendaharaan Tiba Di Mahkamah Bagi Prosiding Reman​

87b42c32344665ae81d4b8b87a0afc026a8fa05797cfa

Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan tiba di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi prosiding reman berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai institusi berkenaan.

Bekas Pengerusi  Lembaga Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan tiba di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi prosiding reman berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai institusi berkenaan.

Kedua-dua lelaki berusia dalam lingkungan 60-an itu tiba pada 9.31 pagi dengan memakai baju reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga.

Turut kelihatan, seorang bekas ketua pegawai eksekutif TH, yang sebelum ini direman pada 21 Ogos lepas.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman mengesahkan mereka ditahan pada 4 petang selepas hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya bagi membantu siasatan.

Laporan RCI TH didedahkan kepada umum pada 29 Julai, yang merekodkan pelbagai kelemahan pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 serta  menyenaraikan pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik.

Laporan itu turut menyebut bahawa wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat.

 
Back
Top
Log in Register