BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peristiwa terkini dan viral sepanjang BANJIR dan RIBUT dalam negara tahun 2026

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Tujuh Negeri Dan Kuala Lumpur Hingga 9 Malam​

a436eae4ceaa6d71457e85e04f5fd4a96aa6793a02f22

fb Malaysian Meteorological Department

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah Kedah (Kulim, Bandar Baharu, Baling dan Sik) dan Perak (Hulu Perak, Selama dan Muallim).

Amaran sama dikeluarkan di Kelantan bagi kawasan Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh manakala di Terengganu melibatkan Hulu Terengganu, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Besut.

Di Pahang, kawasan terjejas ialah Cameron Highlands, Lipis dan Jerantut manakala di Selangor bagi kawasan Hulu Selangor dan Gombak.

Sementara itu, di Sarawak, kawasan terlibat ialah Sibu, Sarikei, Betong, Mukah, Kapit (Song).

 

RM1.46 Bilion Diperuntuk Bagi Lapan Projek Tebatan Banjir Di Melaka​

af4a1c10675da9a78f04a1f56def2b2c6aa78a808caec

70361d05add0b81e20d6ba9bfe2994a86aa78a9e8192b

Kredit: JPS Melaka

Kerajaan Persekutuan meluluskan lapan projek pembangunan tebatan banjir di Melaka bernilai keseluruhan RM1.46 bilion bagi tempoh 2021 hingga 2026, dalam usaha meningkatkan tahap perlindungan penduduk di kawasan berisiko banjir.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka Mohd Adnan Ahmad Fauzi berkata projek berkenaan adalah sebahagian daripada usaha bersepadu Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan kerajaan negeri bagi mengurangkan risiko serta impak kejadian banjir di negeri itu.

Beliau berkata projek berkenaan ialah Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Alor Gajah Fasa 1, RTB Bandar Jasin, RTB Bandar Merlimau, RTB Sungai Putat, RTB Sungai Duyong serta projek menaik taraf Kolam Tebatan Banjir Krubong-Durian Tunggal sebagai kolam dwifungsi untuk tebatan banjir dan sumber air negeri.

"Daripada enam projek yang sedang dilaksanakan itu, lima dijangka siap sepenuhnya menjelang suku keempat 2027, manakala satu lagi projek dijangka siap pada 2030.

"Dua projek masih di peringkat prapelaksanaan pula ialah RTB Sungai Melaka Fasa 1 dan RTB Sungai Baru di Alor Gajah, yang kini berada pada fasa reka bentuk," katanya kepada Bernama.

Mohd Adnan berkata walaupun setakat ini tiada projek RTB siap sepenuhnya, data hotspot banjir yang dikeluarkan Unit Hidrologi JPS Melaka serta Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) menunjukkan penurunan daripada 157 hotspot banjir pada 2021 kepada 106 hotspot pada tahun lepas.

“Apabila semua projek RTB ini siap sepenuhnya, kita menjangkakan lebih 50,000 penduduk di Melaka akan mendapat perlindungan daripada risiko banjir,” katanya.

Mohd Adnan berkata keberkesanan projek yang sedang dilaksanakan dinilai menerusi data pemantauan kejadian banjir termasuk kekerapan, tempoh dan kedalaman banjir, keluasan kawasan terjejas serta data hujan.

Beliau berkata data berkenaan sentiasa dipantau Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi Melaka serta Pusat Ramalan dan PRABN bagi membantu JPS menilai keberkesanan langkah mitigasi yang dilaksanakan.

 

Banjir Di Kamunting, Satu PPS Dibuka Malam Ini​

e29f2dc2899d794dc4cfc015e4192caa6aa801a7a49e4

Kredit: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perak

Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Changkat Larah, Kamunting, di Larut Matang dan Selama malam ini berikutan kejadian banjir yang berlaku di Changkat Larah.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Larut Matang dan Selama Mohd Nasrul Menhat berkata PPS tersebut dibuka pada 8.30 malam ini.

“Mohon penyelarasan, bantuan dan kerjasama semua jabatan dan agensi dalam hal ini (pembukaan PPS),” katanya dalam kenyataan ringkas malam ini.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Larut Matang dan Selama dalam kenyataan berasingan memaklumkan kawasan yang dinaiki air atau terputus hubungan membabitkan jalan utama Taman Larah Damai dan jalan utama Taman Lela.

Jumlah sebenar mangsa masih belum dipastikan.

Menurut PKOD, paras air sungai tinggi berikutan hujan berterusan sejak petang tadi dengan keadaan semasa cuaca pula hujan renyai.

 

JKM Tambah Baik PPS, Sedia Kemudahan Sokongan Untuk OKU Hadapi Musim Tengkujuh​

72454b50a958a10c7e1c9a41b990bcc86aa8f86bf2721

Ketua Pengarah JKM Datuk Che Murad Sayang Ramjan

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang menambah baik kemudahan di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara bagi memastikan keperluan golongan Orang Kurang Upaya (OKU), terutama kategori penglihatan dan pendengaran diberikan perhatian sewajarnya ketika menghadapi musim tengkujuh.

Ketua Pengarah JKM Datuk Che Murad Sayang Ramjan berkata antara penambahbaikan yang diberi perhatian ialah penyediaan ruang khusus untuk OKU serta kemudahan sokongan seperti jurubahasa bagi mereka yang mempunyai masalah pendengaran.

“Golongan OKU juga minta supaya hak mereka diberi perhatian di PPS. OKU ini banyak kategori, ada penglihatan dan ada pendengaran. Bagi kategori pendengaran, mereka minta jurubahasa manakala kategori penglihatan mahu ruang untuk mereka.

“Itu yang kami beri perhatian. Sebab itu saya katakan dari segi persiapan, JKM sentiasa menambah baik. Apa sahaja keperluan untuk semua golongan ini, termasuk bagi mereka yang sakit terlantar dan sebagainya, supaya kebajikan mereka terjaga,” katanya selepas merasmikan Program Latih Amal dan Simulasi Pengurusan PPS Peringkat Pulau Pinang di Dewan Serbaguna Sungai Jawi di sini hari ini.

Che Murad berkata kesiapsiagaan JKM menghadapi musim tengkujuh turut meliputi aspek logistik, termasuk memastikan depoh bekalan bencana mempunyai stok mencukupi untuk menampung keperluan mangsa sekurang-kurangnya tiga hingga empat hari sebelum bantuan tambahan daripada agensi berkaitan tiba.

Menurut Che Murad, latihan simulasi pengurusan PPS yang dilaksanakan setiap tahun penting bagi memastikan semua agensi berkaitan sentiasa bersedia serta memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku bencana.

Beliau ketika mengulas mengenai kawasan yang diberi perhatian menjelang musim tengkujuh berkata JKM sentiasa mendapatkan perkembangan terkini daripada Jabatan Meteorologi Malaysia, dengan tumpuan khusus kepada negeri yang berpotensi berdepan risiko banjir, terutama di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor.

“JKM turut memastikan 6,000 sukarelawan kami sentiasa diberikan latihan amal bagi membolehkan mereka digerakkan apabila diperlukan.

“Sebanyak 9,000 PPS telah dikenal pasti di seluruh negara, namun tidak semua pusat berkenaan perlu diaktifkan secara serentak kerana kejadian banjir lazimnya hanya melibatkan negeri atau kawasan tertentu pada satu-satu masa,” katanya.

 

Banjir Surut, PPS Dewan Changkat Larah Ditutup​

6fd6ca168451fce6470f082e9263995f6aa9102ee7cda

Kredit: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perak

Pusat Penempatan Sementara (PPS) Dewan Changkat Larah, Kamunting yang menempatkan mangsa banjir di daerah Larut, Matang dan Selama ditutup hari ini selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Larut, Matang dan Selama Mohd Nasrul Menhat berkata PPS berkenaan ditutup pada 2 petang selepas banjir di kawasan terjejas surut sepenuhnya.

"Kerjasama semua jabatan dan agensi yang terlibat dalam pengoperasian PPS ini amatlah dihargai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, sebanyak 76 orang daripada 24 keluarga ditempatkan di PPS berkenaan dengan kesemuanya terdiri daripada penduduk Taman Larah Damai, Kampung Changkat, Taman Lela dan Taman Kamunting Mutiara.

Semalam, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Larut Matang dan Selama memaklumkan beberapa kawasan di daerah berkenaan dinaiki air atau terputus hubungan susulan paras air sungai yang tinggi akibat hujan berterusan.

 

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL Dan Sembilan Negeri Hingga 9 Malam​

1492049e64ef45648da9233089a098eb6a17fd10b61dc


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kuala Lumpur dan sembilan negeri hingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Di Kedah, kawasan dijangka terjejas ialah Sik, Kuala Muda, Kubang Pasu, Padang Terap dan Baling manakala di Perak meliputi Kerian, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak, Bagan Datuk, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim serta Larut, Matang dan Selama.

Amaran sama dikeluarkan bagi Kemaman di Terengganu manakala di Pahang melibatkan Cameron Highlands, Rompin, Kuantan dan Jerantut.

Di Selangor, amaran itu membabitkan kawasan Hulu Langat, Gombak, Hulu Selangor, Sabak Bernam dan Kuala Selangor manakala di Negeri Sembilan meliputi Kuala Pilah dan Jempol.

Di Johor, amaran melibatkan Kota Tinggi, Kulai, Johor Bahru, Kluang, Mersing, Segamat, Tangkak dan Muar manakala di Sarawak, kawasan terjejas ialah Miri (Beluru dan Marudi), Betong (Betong dan Pusa), Bintulu (Tatau), Kapit (Kapit, Song dan Belaga), Kuching (Kuching dan Bau), Serian, Samarahan, Sri Aman, Sibu (Selangau) dan Limbang.

Di Sabah pula, kawasan dijangka terjejas ialah Sandakan (Kinabatangan, Tongod dan Telupid), Tawau (Lahad Datu dan Kalabakan), Pedalaman (Beaufort, Pensiangan, Tambunan, Keningau dan Membakut), serta Pantai Barat (Ranau, Penampang, Kota Kinabalu dan Papar).

 

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Tiga Negeri​

0593b6fcec5990b900200291d60d0853661bc72ef30d7


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah hingga 11 pagi ini serta di seluruh Pulau Pinang hingga 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang terjejas di Sarawak ialah Limbang, Miri (Miri dan Subis) dan Kuching (Lundu dan Kuching).

Di Sabah, amaran sama melibatkan Pantai Barat (Penampang, Putatan, Papar, Tuaran,Ranau dan Kota Kinabalu) , Pedalaman (Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Tambunan, Keningau dan Tenom).

 




14316242106380509-425577.jpg

14316242106380509-425578.jpg


Lelaki maut ditimpa pokok tumbang ketika kerja menebang

VIETNAM - Seorang lelaki berusia 67 tahun maut selepas dihempap sebatang pokok yang sedang ditebang ketika dia menunggang motosikal di sebuah jalan raya di wilayah Thanh Hóa.


Ketika mangsa melalui Jalan Wilayah 511, sebatang pokok yang sedang ditebang di hadapan sebuah rumah tiba-tiba tumbang ke arah jalan.

Pokok berkenaan kemudian menghempap mangsa menyebabkan dia terjatuh dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Pihak berkuasa sedang meneliti keadaan ketika kerja penebangan dilakukan termasuk aspek keselamatan bagi memastikan pokok tidak membahayakan pengguna jalan raya dalam siasatan lanjut.

#PuteraKarya
Kredit ➡️ Putera Karya

Geng Nova Okaida didakwa ceroboh kubur, bakar mayat geng CV

BRAZIL- Kematian seorang lelaki yang ditembak mati di bandar ini bertukar lebih sadis apabila anggota geng Nova Okaida didakwa menceroboh kuburnya, membuka keranda dan membakar mayat mangsa.

Mangsa, Jonailton José Venâncio 22 tahun yang dikenali dengan nama samaran ‘Jubita’, dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan jenayah Comando Vermelho (CV).

Jonailton ditembak mati pada 10 September di sebuah dapur komuniti di kawasan Costa e Silva, João Pessoa, negeri Paraíba.

Mangsa dipercayai memasuki premis berkenaan ketika cuba melarikan diri daripada sekumpulan individu sebelum ditembak.

Kematiannya kemudian dikatakan diraikan anggota Nova Okaida, kumpulan yang dipercayai menjadi pesaing CV.

Dua hari selepas pengebumian, pada 12 September, anggota Nova Okaida didakwa pergi ke Tanah Perkuburan São José, Cruz das Armas lalu menceroboh kubur mangsa.

Keranda dipercayai dibuka sebelum mayat dikeluarkan dan dibakar. Kepala mangsa juga turut dibawa keluar dari kawasan perkuburan.

Dalam kejadian itu, pengawal keselamatan tanah perkuburan turut ditawan.

Rakaman kejadian kemudian tersebar di media sosial, mencetuskan kejutan kerana tindakan terhadap mayat berkenaan.

Pada 13 September, satu kepala manusia ditemui di dalam sebuah beg di kawasan Gramame, selatan João Pessoa.

Polis sedang menjalankan pemeriksaan forensik bagi menentukan sama ada kepala itu milik Jonailton.

Ibu mangsa yang enggan identitinya didedahkan berkata, dia mengetahui mengenai keadaan mayat anaknya selepas melihat maklumat mengenai kejadian itu di media sosial.

Comando Vermelho (CV) dan Nova Okaida ialah dua kumpulan jenayah terancang yang bersaing untuk menguasai wilayah dan kegiatan pengedaran dadah di João Pessoa, Paraíba.

Nova Okaida mempunyai sejarah hubungan dengan kumpulan Okaida yang kemudian berpecah dan berkembang menjadi kumpulan yang bersaing dengan CV.

Persaingan itu mencetuskan perang antara kumpulan, termasuk pertelingkahan bersenjata dan pembunuhan sebagai tindakan balas.

#PuteraKarya
Kredit ➡️ Putera Karya
 


‘4 kanak-kanak leka bermain dalam saliran air, bimbang tragedi Kulim berulang’


PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan empat kanak-kanak mandi dan bermain di dalam sebuah saliran air di Seksyen 25, Shah Alam mengundang kebimbangan orang ramai.

Ini kerana dakwa mereka, tindakan kanak-kanak tersebut boleh mendatangkan insiden buruk seperti yang berlaku di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan, Kulim, Kedah kelmarin.

Berdasarkan perkongsian di aplikasi TikTok, seorang pengguna dikenali sebagai @Mr.hazz22, berkata, aksi kanak-kanak terbabit sama seperti kejadian di Kulim kelmarin.

“Budak nakal main parit sama kes di Taman Desa Kayangan, Karangan, Kulim, Kedah. Bakal berulang tragedi ni tak sampai 24 jam kalau aku tak cegah ni. Di jambatan Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam, Selangor,” tulis individu itu.

Menerusi klip video yang dikongsi individu terbabit, kelihatan kumpulan kanak-kanak terbabit sedang bermain di dalam sebuah saliran yang terletak berhampiran kunci air.

Lebih membimbangkan kata individu itu, lokasi terbabit adalah kawasan yang kerap berlakunya banjir, sekali gus boleh mengundang bahaya sekiranya aktiviti kanak-kanak itu tidak dicegah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna menyokong tindakan individu itu yang telah memarahi kumpulan kanak-kanak itu agar segera beredar dari parit berkenaan.

“Bagus bang, marah kan je. Mereka ni tak sayang nyawa betul, esok da mati dalam kunci air mak pak sedih la, apa la. Terima kasih bang marahkan mereka,” tulis @Pipibard.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @Aifizah.

“Suka dengan masyarakat macam ni, perasaan macam orang tua dulu-dulu. Anak siapa pun kalau buat benda tak betul, semua ditegurnya,”ujarnya.

Terdahulu, dalam kejadian di Kulim kelmarin, empat kanak-kanak maut selepas terjatuh ke dalam longkang dipercayai ketika mahu mengambil bola.

Dua mangsa berusia 12 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala dua lagi masing-masing berusia lapan dan 10 tahun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. – KOSMO! ONLINE

Sumber : Kosmo Online
 
Back
Top
Log in Register