BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peristiwa terkini dan viral sepanjang BANJIR dan RIBUT dalam negara tahun 2025

Projek Jalan Pintasan Cameron Highlands Masih Pada Peringkat Kajian Penilaian - JKR​

d5b8d863cc623cad0e3446bc6d263d72699fd41b94b2c


Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan dakwaan mengaitkan banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands dengan projek jalan pintasan di situ adalah tidak tepat kerana tiada kerja pembinaan fizikal dilaksanakan setakat ini.

JKR dalam kenyataan memaklumkan Kementerian Kerja Raya (KKR) mengambil maklum laporan dan kebimbangan berhubung kejadian itu termasuk gesaan supaya kerja projek jalan pintasan Cameron Highlands dihentikan sementara.

“Pada masa ini, projek masih berada pada peringkat reka bentuk dan kajian penilaian. Sehingga kini, tiada sebarang kerja pembinaan fizikal berkaitan projek dilaksanakan di tapak kecuali kerja penyelenggaraan rutin di jalan sedia ada.

“Oleh itu, sebarang dakwaan yang mengaitkan kejadian banjir kilat itu dengan aktiviti pembinaan fizikal projek adalah tidak tepat,” menurut kenyataan itu.

JKR memaklumkan projek itu melibatkan pembinaan Jalan Pintasan Tanah Rata, menaik taraf Jalan Persekutuan FT59 dari Tanah Rata ke Kea Farm serta Jalan Persekutuan FT434 (Jalan Griddle).

Selain itu, JKR memaklumkan semakan awal mendapati banjir di kawasan Taman MARDI dan Padang Awam di Tanah Rata, Cameron Highlands yang dilaporkan itu berlaku di jalan sekunder dengan lokasi kejadian bukan sebahagian daripada jajaran jalan utama dalam projek tersebut.

Bagaimanapun, JKR memaklumkan satu kejadian tanah runtuh berskala kecil telah berlaku di Jalan Tengkolok, iaitu kawasan di bawah skop penyelenggaraan rutin kontraktor projek.

“Kerja pembersihan sisa runtuhan dilaksanakan dengan segera dan telah selesai bagi memastikan keselamatan serta kelancaran pengguna jalan raya,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, KKR memaklumkan pelaksanaan projek tertakluk kepada semua penilaian, kelulusan dan syarat teknikal ditetapkan pihak berkuasa berkaitan termasuk Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), Penilaian Impak Sosial (SIA), keperluan geoteknikal dan kelulusan pihak berkuasa tempatan.

 

JBPM Pastikan Aspek Kebajikan Pegawai Hilang Di Nepal Terpelihara​

a49a4798c2c7eb5bc5f0a636e655bf62688ed1739ca10

Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Nor Hisham Mohammad

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan memastikan aspek kebajikan dua pegawainya yang gagal dihubungi susulan kejadian banjir kilat di Rasuwa, Nepal pada bulan lepas terus terpelihara.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata pihaknya telah merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai aspek pembayaran gaji dan pencen membabitkan kedua-dua pegawainya itu.

Beliau berkata berdasarkan semakan, Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan di Ibu Pejabat JBPM Mohd Sani Harul dijadualkan berpencen pada 23 Sept ini manakala tempoh perkhidmatan Pegawai Akademi JBPM Wilayah Tengah Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa masih lama.

“Kita akan rujuk kepada pihak JPA mengenai (kebajikan mereka),” katanya ketika ditemui pemberita pada Persidangan Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam 2026 di sini hari ini.

Kedua-dua pegawai itu sebahagian daripada kumpulan 10 rakyat Malaysia dalam perjalanan menuju Everest Base Camp (EBC) yang bertolak ke Nepal pada 24 Ogos lepas.

Menurut laporan media, banjir kilat melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet itu pada 26 Ogos lepas berpunca daripada hujan lebat serta runtuhan glasier di sepanjang laluan Sungai Bhote Koshi, sekali gus mengganggu rangkaian komunikasi dan memutuskan akses jalan raya utama menghubungkan kawasan berkenaan dengan Kathmandu.

Hari ini, media melaporkan sebanyak 55 rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi susulan banjir dan tanah runtuh di Nepal serta China, manakala usaha untuk mendapatkan kepastian mengenai status setiap individu terus dilaksanakan.

 

Pasukan SMART Sertai Misi HADR Di Nepal Selamat Pulang Ke Tanah Air Awal Pagi Tadi​

909350171c70f16aba0c7b524422b4616aa799e23b6af

5573b80c7dd3cc3b3bb9fa686a84c6d06aa799f59ef7b

Kredit: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART)

Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) di Nepal selamat pulang ke tanah air pada 2 pagi tadi.

Komander SMART Penguasa Kanan Bomba 1 (PgKB 1) Abdul Manaf Che Isa berkata anggota pasukan berkenaan berlepas dari Kathmandu pada 3 petang semalam (waktu tempatan) menaiki pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan singgah sebentar di Kolkata, India bagi mengisi minyak.

“Setibanya di Pangkalan Udara TUDM Subang, kami menjalani pemeriksaan kesihatan oleh pegawai kesihatan dari Kementerian Kesihatan dan semua 11 anggota yang terlibat dalam misi ini disahkan sihat,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan pasukan berkenaan akan pulang pada Sabtu atau Ahad.

Beliau berkata peralatan seperti dron milik pasukan itu telah diserahkan kepada pasukan penyelamat di Nepal untuk kegunaan misi pencarian mangsa bencana banjir kilat dan tanah runtuh di negara itu.

Pasukan SMART MAS01 yang menyertai HADR tiba di negara itu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu pada 5 Sept dengan membawa peralatan SAR seberat 12.4 tan.

 
Back
Top
Log in Register