BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fenomena cuaca panas, kemarau dan jerebu seluruh negara sepanjang tahun 2026

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Cuaca Panas: Bomba Pulau Pinang Padam 12 Kebakaran Terbuka Dalam Tempoh 12 Jam​

52b81dd6c6141eaf4b0e42c7ea8ee0e4697392041d6cc

Foto: JBPM Pulau Pinang

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang memadam 12 kebakaran terbuka dalam tempoh 12 jam hari ini, susulan cuaca panas dan kering yang melanda negeri itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM negeri John Sagun Francis berkata dari 8 pagi hingga 8 malam, pihaknya menerima 29 panggilan kecemasan dengan 17 daripadanya melibatkan kes kebakaran.

“Daripada keseluruhan kes kebakaran itu, 10 kejadian melibatkan kebakaran lalang dan belukar yang dipengaruhi oleh keadaan cuaca kering serta berangin ketika ini,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Selain itu, beliau berkata dua kes kebakaran sampah turut direkodkan di Kepala Batas dipercayai berpunca daripada aktiviti pembakaran sisa secara terbuka oleh penduduk setempat.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar menghentikan sebarang aktiviti pembakaran terbuka, selain tidak membuang puntung rokok merata-rata bagi mengelakkan risiko kebakaran yang lebih serius khususnya dalam keadaan cuaca panas dan kering.

 

Hampir 3,000 Kebakaran Terbuka Dilaporkan Sejak Awal Tahun - Bomba​

257292e5b16792667f0eea233b9460156978bd8042d51

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sebanyak 2,917 kes kebakaran terbuka melibatkan kawasan seluas 328 hektar dilaporkan bagi tempoh 1 Jan hingga hari ini, peningkatan ketara sebanyak 300 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataan memaklumkan sehingga hari ini seluas 287 hektar daripada jumlah keluasan yang terlibat dalam kebakaran terbuka itu berjaya dipadamkan, manakala baki 41 hektar masih dalam tindakan pemadaman.

"Jumlah ini menunjukkan peningkatan yang amat signifikan berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya iaitu 729 kes pada 2025 yang melibatkan keluasan 11.19 hektar dan 66 kes pada 2024 dengan keluasan 55.03 hektar," menurut kenyataan itu.

Menurut JBPM kebakaran belukar dikenal pasti sebagai penyumbang utama apabila mencatatkan 2,187 kes atau 75 peratus bagi tempoh berkenaan berbanding 440 kes (60 peratus) pada tahun lepas dan 53 kes (80 peratus) pada 2024.

Selain itu, kebakaran di tapak pelupusan sampah haram turut menyumbang kepada peningkatan kumulatif kes di seluruh negara dengan 431 kes direkodkan pada tempoh sama, berbanding 244 kes pada 2025 dan hanya sembilan kes pada 2024.

Menurut JBPM peningkatan ketara itu boleh dikaitkan dengan keadaan cuaca semasa yang panas, kering serta berangin yang dijangka berterusan di kebanyakan kawasan Semenanjung Malaysia hingga 31 Jan ini, berdasarkan analisis terhadap model ramalan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

"Keadaan cuaca panas, kering dan berangin ini berpotensi meningkatkan risiko kemerebakan kebakaran terbuka, terutamanya melibatkan kawasan belukar dan tapak pelupusan sampah haram, selari dengan trend peningkatan kes yang direkodkan JBPM sepanjang tempoh berkenaan," menurut kenyataan itu.

Kes kebakaran terbuka yang masih aktif setakat ini tertumpu di Johor melibatkan kawasan di Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Desa Selatan Kampung Lepau serta Tapak Pelupusan Sampah Bukit Tuatau Bandar Penawar dan operasi pemadaman sedang giat dijalankan oleh JBPM Johor.

"JBPM sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi dan menasihatkan orang awam agar tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka serta sentiasa mematuhi peraturan dan langkah keselamatan yang ditetapkan bagi mengelakkan kejadian yang boleh mengancam keselamatan nyawa, harta benda dan alam sekitar," menurut kenyataan itu.

 
54d41eb3cb37e2c4ebec0182d1c8abb065d0b0e61080f

-- Gambar hiasan

Keadaan cuaca panas, kering dan berangin yang sedang dialami kawasan utara Semenanjung Malaysia, atau lebih dikenali sebagai ‘musim timur’, bukan fenomena luar biasa, sebaliknya merupakan keadaan cuaca lazim semasa tempoh peralihan pergerakan Monsun Timur Laut (MTL).

Pakar meteorologi Universiti Malaya (UM) Prof Emeritus Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata MTL dipengaruhi luruan monsun (cold surge), iaitu angin timur laut atau timur yang kencang, serta zon penumpuan tekanan rendah yang dikenali sebagai ‘monsoon trough’.

Profesor Institut Sains Laut dan Bumi (IOES), UM itu berkata dalam tempoh Januari hingga Februari, ‘monsoon trough’ bergerak ke selatan sejajar dengan pergerakan suria, berbanding kedudukannya di utara Semenanjung dan selatan Thailand pada awal MTL antara November hingga Disember, yang lazimnya membawa hujan lebat.

“Keadaan panas dan kering ketika ini berada dalam kelaziman iklim di utara Semenanjung dan selatan Thailand kerana zon monsoon trough telah bergerak ke bahagian selatan Laut China Selatan.

“Negeri-negeri di utara kini berada di luar zon penumpuan tersebut, menyebabkan mereka mengalami musim timur atau musim kering dengan langit cerah, cuaca kering dan berangin, manakala taburan hujan dijangka meningkat mulai April,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata susulan pergerakan zon ‘monsoon trough’ itu, kawasan di selatan Semenanjung termasuk Johor serta Sabah dan Sarawak kini menerima taburan hujan yang lebih kerap.

Selain itu, katanya fenomena Madden-Julian Oscillation (MJO) atau Ayunan Madden-Julian, iaitu keadaan yang mempengaruhi pembentukan ribut petir dan cuaca lembap di kawasan tropika, kini berada pada fasa kering bagi kawasan utara negara.

Fenomena MJO merupakan sebahagian daripada variasi iklim bermusim di kawasan tropika yang berayun dalam tempoh antara 20 hingga 60 hari dan lazim berlaku ketika ketiadaan fenomena El Nino atau La Nina.

 

Hampir 5,000 Pokok Nanas Terjejas Akibat Kebakaran Tanah Gambut Di Muar​

8bcc1e684a3ebc2dd0a32b582b6d723c697c2c75a699a

Kredit gambar: Kamarul Halim M Kamal

Kebakaran tanah gambut melibatkan kebun nanas di Kampung Parit Hj Abd Aziz, Sungai Balang Besar di sini menyebabkan seorang pekebun kerugian kira-kira RM10,000 selepas hampir 5,000 pokok tanaman itu terjejas.

Abd Malik Kadri, 60, berkata kejadian itu kali pertama berlaku sejak dia mengusahakan tanaman kontan di kawasan tanah gambut berkenaan kira-kira lima tahun lepas, yang sebelum ini ditanam dengan kelapa sawit.

Kebakaran itu, katanya disedari pada pagi Selasa melibatkan tanaman nanas jenis Morris dan Josapine sebelum dia cuba memadamkan api sendiri, namun gagal lalu menghubungi pihak bomba.

“Pada Selasa, sepasukan bomba dari Batu Pahat datang memadam kebakaran, namun semalam kebun seluas kira-kira 1.01 hektar ini kembali berasap dan terbakar semula.

“Mungkin disebabkan tanah gambut yang mampu menyimpan bara api, ditambah cuaca panas dan berangin, menyebabkan kebun saya terbakar semula,” katanya kepada Bernama.

Abd Malik berkata dia sempat memetik sebahagian hasil beberapa hari sebelum kebakaran berlaku, namun tanaman baharu dilihat mula layu dan berkemungkinan sukar untuk terus hidup serta mengeluarkan hasil.

Sementara itu, pekebun berhampiran, Mohammad Musa Jamil, 61, berkata ladang miliknya turut terjejas apabila 15 pokok kelapa sawit terbakar dan dia kini mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak kebakaran merebak.

“Saya akan elakkan pembakaran terbuka pada musim panas, terutama ketika melupuskan pelepah kelapa sawit dan akan segera menghubungi bomba jika berlaku kebakaran kerana api di tanah gambut sukar dipadamkan,” katanya.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar berusaha memadam kebakaran seawal 8 pagi, namun operasi berdepan kesukaran mendapatkan sumber air berikutan parit berhampiran kering.

 

Bomba Sedia Guna Telaga Tiub Padam Kebakaran Tanah Gambut Di Muar​

073f7c9c37780b538520f023a8099054697ef303952f2


Penggunaan telaga tiub atau tube well akan menjadi alternatif dalam usaha memadamkan kebakaran tanah gambut yang melibatkan ladang kelapa sawit seluas 18 hektar di Batu 13/14, Mukim Ayer Hitam, di sini, yang berlaku sejak semalam.

Ketua Bomba Zon 4 Penguasa Kanan Bomba II Nor Shuhada Amsari berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) bagi pelaksanaan kaedah berkenaan, berikutan kekurangan sumber air di kawasan berkenaan.

“Setakat ini, kita telah mendapat bekalan air dari dua lori tangki air Ranhill SAJ dan satu lori tangki air daripada Majlis Perbandaran Muar. Kita jangkakan juga keluasan kebakaran akan meningkat hari ini disebabkan angin kuat serta cuaca yang panas dan kering,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata dua sektor kebakaran baharu dibuka hari ini membabitkan Sektor C dan D.

“Setakat ini, 40 peratus kebakaran di Sektor C telah berjaya dipadamkan, manakala Sektor D mencatat 10 peratus pemadaman. Sektor B telah dipadamkan sepenuhnya, manakala 60 peratus kebakaran di Sektor A telah berjaya dikawal,” katanya.

Nor Shuhada berkata kebakaran masih belum dapat dipadamkan sepenuhnya disebabkan struktur tanah gambut yang kompleks, kekurangan sumber air, cuaca panas, serta angin yang menyebabkan api terus merebak di bawah permukaan tanah.

Sementara itu, Pengarah JMG Johor Noorazhar Ngatimin berkata telaga tiub yang paling hampir terletak di kawasan Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) di Ayer Hitam manakala dua lagi terletak di Parit Jono dengan kesemua telaga tersebut kini berada dalam keadaan sedia digunakan.

“Setakat ini, telaga berkenaan belum diaktifkan kerana menunggu arahan rasmi. Jika diperlukan, telaga ini akan digunakan, namun buat masa ini pihak berkuasa menggunakan alternatif lain,” katanya.

Beliau berkata apabila berlaku kebakaran, air dari telaga ini boleh digunakan untuk pemadaman serta membasahkan kawasan terbakar bagi mengekang perebakan api.

 

Kakak Bomba Antara Barisan Hadapan Operasi Kebakaran Tanah Gambut Di Simpang Renggam​

efda088fc4d6aedc592377af97cbadbe69802b21295dc

a835a8e1fbafb1fd140d9a5fea4c947869802aec591d9

Anggota bomba wanita, Nur Fitrah Syuhada Asmayor, 23, antara individu wanita yang terlibat dalam operasi memadam kebakaran ladang tanah gambut yang berlaku di Simpang Renggam yang berkeluasan sembilan hektar.

Mula menyertai pasukan penyelamat itu pada 2024, beliau menyatakan inilah kali pertama terlibat dalam operasi yang berskala besar dan juga mencabar.

fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Oleh Kamaru Halim M Kamal

KLUANG, 2 Feb (Bernama) – Ketika operasi pemadaman kebakaran di sebuah ladang tanah gambut di Simpang Renggam di sini, perhatian turut tertumpu kepada dua wanita yang terlibat dalam proses itu.

Seorang daripadanya bertugas di lapangan kebakaran ladang nanas dan kelapa sawit tersebut manakala seorang lagi mengetuai operasi pemadaman yang melibatkan kawasan seluas lebih sembilan hektar.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor Siti Hajar Sanusi berkata sepanjang mengetuai zon itu sejak 2023, operasi itu ialah kebakaran ladang tanah gambut paling besar dikendalikan beliau.

Beliau yang mula menyarung uniform jabatan pada 2012 sebagai Ketua Cawangan Penyiasatan Kebakaran di Zon 1 berkata sebagai ketua operasi, tanggungjawabnya ialah menentukan kaedah dan cara pemadaman serta menyelesaikan permasalahan sepanjang operasi termasuk mencari sumber air.

“Umum melihat menjadi ketua seperti mudah tetapi pada saya ini tanggungjawab besar yang diamanahkan dan perlu dipikul sebaiknya,” katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kebakaran.

Anak jati Parit Sulong, Batu Pahat itu berkata operasi kebakaran tanah gambut ialah tugasan paling mencabar kepada anggota dan pegawai bomba kerana bara api boleh muncul berulang kali di tempat sama, berbeza daripada kebakaran lain yang kebiasaannya terus padam.

“Cabaran lain ialah cuaca panas dan kering, angin, debu serta asap selain pemantauan teliti yang perlu dilakukan berhari-hari termasuk memeriksa setiap inci kawasan ladang bagi memastikan tiada lagi bara api,” katanya.

Mengimbau pembabitannya dalam pasukan penyelamat, ibu kepada tiga anak itu mengakui kerjaya sebagai pegawai bomba bukan pilihan utama kerana lebih meminati bidang pendidikan semasa di bangku sekolah.

 

Cuaca Panas: Paras Air Empangan Di Johor Masih Terkawal - Exco​

1b6398bdb461cf2aae1ef422b9d15b616981be25cc07b

658b7a90130722459f67527bffe979f36981be5cbe5fb


Paras air 16 empangan di Johor masih berada pada tahap selamat dan beroperasi dengan baik walaupun negeri ini berdepan cuaca panas berpanjangan selama lebih sebulan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata secara keseluruhan, kapasiti empangan di Johor melebihi 70 peratus sekali gus menunjukkan bekalan air mentah masih mencukupi untuk menampung keperluan semasa.

“Sebanyak 10 daripada empangan berkenaan dioperasikan Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ), manakala Jabatan Pengairan dan Saliran (empat), Petronas dan PUB Singapura masing-masing satu,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Projek Menyiapkan Baki Kerja Jambatan Konkrit Jalan Gelang Patah-Pendas di sini hari ini.

Fazli berkata bagaimanapun terdapat empat empangan yang mencatatkan paras air di bawah 60 peratus dan perlu diberi perhatian rapi walaupun belum berada pada tahap kritikal.

Empangan berkenaan ialah Empangan Upper Layang dengan paras 46.89 peratus, Empangan Pulai 1 (47.63 peratus), Empangan Gunung Pulai 2 (56 peratus) serta Empangan Lower Layang yang berada pada paras 60.33 peratus.

“Empat empangan ini berada di bawah pengurusan BAKAJ dan setakat bacaan hari ini, semuanya masih belum mencapai paras kritikal. Semua empangan dan loji rawatan air masih beroperasi dengan baik,” katanya.

Mohamad Fazli berkata empangan di Johor mempunyai margin simpanan air yang direka untuk menampung cuaca panas dan kering antara tiga hingga enam bulan.

“Kita sudah melalui (tempoh) lebih sebulan tanpa hujan. Jadi, mesyuarat koordinasi akan diadakan esok bagi menyusun kawasan yang perlu bersedia sekiranya berlaku penutupan atau pengurangan operasi loji, namun buat masa ini keadaan masih terkawal,” katanya.

Beliau berkata cadangan pelaksanaan pembenihan awan akan dibincangkan, namun pelaksanaannya bergantung kepada keperluan serta faktor cuaca termasuk kelajuan angin yang boleh menjejaskan keberkesanan operasi tersebut.

 

Johor Mohon Operasi Pembenihan Awan Tingkat Kelembapan Di Kawasan Terjejas Kebakaran​

3dc28e981180bca6dee1945dd6a162076982f32f90f05

630ae344491430a84bb266bef2ec7ebd6982f33f874d5

Kredit: FB - Onn Hafiz Ghazi

Kerajaan Negeri Johor telah mengemukakan permohonan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi pelaksanaan operasi pembenihan awan untuk meningkatkan kelembapan di kawasan terjejas kebakaran terbuka.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam hantaran menerusi Facebook berkata inisiatif itu merupakan langkah tambahan usaha pemadaman kebakaran yang sedang dijalankan di kawasan terlibat.

Beliau berkata pihaknya memandang serius kejadian kebakaran tanah gambut di beberapa kawasan akibat cuaca panas dan kering berpanjangan tanpa hujan melebihi 25 hari, kebelakangan ini.

“Setakat ini, terdapat tiga kawasan utama terlibat iaitu Bakri Batu 13 dan 14, Muar; Bio-Desaru, Tanjung Balau di Kota Tinggi serta Sungai Linau, Simpang Renggam, Kluang.

"Kesemua kawasan dalam keadaan terkawal namun belum dipadam sepenuhnya. Operasi pemadaman dilaksanakan tanpa henti melibatkan lebih 300 anggota terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta agensi berkaitan," katanya.

Onn Hafiz berkata pihaknya sentiasa mengutamakan keselamatan rakyat dan kelestarian alam sekitar terus terpelihara.

"Operasi pemadaman diteruskan sehingga api padam sepenuhnya dengan sasaran penyelesaian dalam tempoh terdekat, bergantung kepada keadaan cuaca semasa. Semua kos operasi ditanggung Tabung Bencana Negeri Johor.

"Selain itu, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan terlibat terkawal, namun kita terus memantau aspek kesihatan awam. Penduduk juga dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar sekiranya terdapat asap tebal serta mendapatkan rawatan segera jika mengalami masalah pernafasan," katanya.

Pada masa sama, Onn Hafiz berkata paras takungan empangan dan kolam tadahan utama terkawal dan mencukupi untuk kegunaan domestik serta keperluan harian meskipun cuaca panas serta kering berpanjangan.

 
lembab....dah terbakar baru nak buat benih awan...patutnya tiap negeri buat benda yg sama...baru awan byk sikit jadi hujan...itu pun nak ajar kerr?alahaiiii
 

Paras Air Sungai Perak Surut Akibat Cuaca Panas, Nelayan Dan Petani Bimbang​

c962bf5ed771ed48b416ed927de0af4069844cdf7648d

ca7c3080c3794b731efa0e5a65e7076b69844d1c39cfe

02cfcda21bb1172a97ca4b9a5189031b69844d0b72a9c

2bd225792b01caf1cc467e1032ece41d69844cfc2d957

Keadaan pemandangan air Sungai Perak yang surut berikutan musim kemarau ketika tinjauan Bernama di Jambatan Nordin, Tanjung Belanja, Parit.

Cuaca panas dan ketiadaan hujan berpanjangan dipercayai menjadi antara punca utama penyusutan paras air Sungai Perak di kawasan Tanjung Belanja, Parit, sekali gus memberi kesan kepada nelayan dan petani di kawasan berkenaan.

Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Talang Tasik, Tanjung Belanja, Ali Aznan Yaakub berkata paras air sungai itu mula menunjukkan penurunan ketara lebih dua minggu lepas apabila tidak menerima hujan hampir tiga minggu.

“Dekat kawasan sini memang lama tak hujan, mungkin ada tetapi hanya dua tiga hari lepas, itu pun sekejap saja dan tidak kena kawasan kami dan disebabkan itu air sungai masih surut.

“Tahun-tahun lepas ada juga air surut, tapi tidaklah seteruk ini, kali ini pasir nampak banyak dan jelas, terutama dekat kawasan jambatan sehingga menyebabkan aktiviti menangkap ikan dan udang terpaksa dihentikan nelayan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata Sungai Perak di kawasan itu menjadi sumber pendapatan sampingan nelayan kecil dari beberapa kampung berhampiran termasuk Kampung Tepus, Copin dan Kampung Tua, yang bergantung kepada sungai untuk menambah rezeki.

Sementara itu, Pengurus Perniagaan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gunung Semanggol dan Selinsing, Roslina Mustafa turut menyuarakan kebimbangan apabila pesawah dan petani di kawasan berkenaan mengalami masalah air di kawasan pertanian mereka.

“Kemarau berpanjangan sejak hujung tahun lepas terus menjejaskan pesawah di kawasan Gunung Semanggol dan Selinsing sebab penyusutan paras air dekat Kolam Bukit Merah.

“Kekurangan hujan yang berlarutan sejak November tahun lalu menyebabkan bekalan air ke petak sawah semakin berkurangan,” katanya.

Beliau berkata bagi menangani perkara itu pihak berkuasa menetapkan jadual pengairan, namun bekalan air yang diagihkan secara berperingkat masih belum mencukupi untuk menampung keperluan semua kawasan sawah, khususnya di kawasan lebih tinggi.

 
Back
Top
Log in Register