combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,142
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,142
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
YTF Lancar Anugerah Wanita Teknologi 2026, Pencalonan Dibuka Di Seluruh Negara
Kredit Foto: MIGHT
Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) melancarkan Anugerah Wanita Teknologi 2026, sebuah inisiatif peringkat kebangsaan bagi mengiktiraf wanita Malaysia yang cemerlang dalam kepimpinan, inovasi dan pencapaian teknologi, yang membantu membentuk masa depan negara.
YTF dalam kenyataan hari ini memaklumkan pencalonan akan dibuka dari 10 Ogos hingga 5 Sept 2026, dan mengalu-alukan sektor industri, akademia, kerajaan, syarikat pemula niaga, institusi penyelidikan serta sektor lain berteraskan teknologi untuk mengemukakan pencalonan sendiri dan pihak ketiga.
Anugerah itu menampilkan dua kategori, iaitu anugerah Senior Women in Technology, yang menawarkan hadiah wang tunai RM30,000 dan sijil bagi menghargai golongan profesional dengan pengalaman sekurang-kurangnya 20 tahun, dan telah memberikan sumbangan besar dalam bidang berkaitan teknologi.
Sementara itu, anugerah Junior Women in Technology, yang menawarkan hadiah wang tunai RM15,000 dan sijil, mengiktiraf penyelidik, ahli akademik, ahli teknologi dan inovator baharu berusia 35 tahun ke bawah atau mereka yang mempunyai pengalaman profesional kurang daripada 10 tahun.
“Anugerah itu bertujuan meraikan wanita Malaysia yang sumbangan mereka telah memajukan bidang sains, teknologi dan inovasi (STI), selain mencetuskan inspirasi untuk lebih ramai wanita menyertai bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), serta menggalakkan generasi akan datang menjadi inovator dan pemimpin,” menurut kenyataan itu.
Menurut YTF, Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia untuk Teknologi Tinggi (MIGHT) ialah Rakan Teknikal bagi anugerah berkenaan.
Inisiatif berkenaan menggabungkan komitmen berterusan YTF sejak penubuhannya pada 2004 dalam memperkasakan wanita dengan kepakaran MIGHT dalam bidang teknologi masa depan, inovasi dan pembangunan ekosistem, selaras dengan moto YTF, iaitu Women in Search of Excellence (WiSE).
Pencalonan yang layak akan dinilai berdasarkan pencapaian profesional, kepakaran teknologi, inovasi, kepimpinan, impak terhadap negara dan masyarakat, sumbangan ke arah memajukan wanita dalam teknologi, penglibatan komuniti serta sumbangan keseluruhan terhadap ekosistem inovasi.
Penerima anugerah akan diraikan pada Majlis Makan Malam Gala YTF pada 17 Okt 2026, manakala individu dan organisasi yang berminat boleh mengemukakan pencalonan melalui portal rasmi https://might.org.my/women-in-technology-awards/.