Pejabat Mufti SG ringkaskan khutbah Jumaat susuli cuaca panas & jerebu
Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) akan perketat langkah keselamatan di masjid, termasuk rondaan dan pemantauan CCTV, susuli kes kesalahan seksual serius libatkan mangsa belia di premis masjid. (Gambar fail: BERITA Mediacorp)
SINGAPURA: Pejabat Mufti Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) membuat penyesuaian bagi penyampaian khutbah Jumaat di seluruh masjid tempatan menyusuli keadaan cuaca yang semakin panas serta fenomena jerebu yang mula menjejas beberapa kawasan di negara ini.
Menurut catatan yang dimuat naik di akaun Instagram rasminya, Pejabat Mufti memaklumkan bahawa khutbah Jumaat akan diringkaskan bermula minggu ini, Jumaat (21 Ogos), sepanjang tempoh cuaca mencabar ini berlangsung.
IKLAN
Lazimnya khutbah pertama panjangnya sekitar enam hingga tujuh muka surat. Dengan perubahan ini, panjangnya kurang daripada empat muka surat.
Langkah berkenaan diambil bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan para jemaah semasa berhimpun dan menunaikan ibadah di masjid.
"Semoga langkah ini dapat memudahkan para jemaah untuk berhimpun, beribadah dan kekal selesa dalam keadaan cuaca yang mencabar ini," jelas Pejabat Mufti dalam catatan tersebut.
Pejabat Mufti turut mendoakan agar seluruh umat Islam di Singapura sentiasa dilindungi serta dikurniakan kesihatan yang baik dalam menghadapi keadaan cuaca semasa.
Jemaah yang ingin membaca atau mendapatkan teks penuh koleksi khutbah Jumaat boleh melayari laman rasmi di go.gov.sg/khutbahmuis.
Pejabat Mufti SG ringkaskan khutbah Jumaat susuli cuaca panas & jerebu
SINGAPURA: Pejabat Mufti Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) membuat penyesuaian bagi penyampaian khutbah Jumaat di seluruh masjid tempatan menyusuli keadaan cuaca yang semakin panas serta fenomena jerebu yang mula menjejas beberapa kawasan di negara ini. Menurut catatan yang dimuat naik di...