BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peristiwa terkini dan viral sepanjang BANJIR dan RIBUT dalam negara tahun 2026

14305958664383885-421717.jpg

14305958664383885-421718.jpg

14305958664383885-421719.jpg


SELANGOR 01/09/2026.

Ribut di Felda Bukit Cherakah, sebelah Puncak Alam.
 



SELANGOR 01/09/2026.

Hujan ribut di Puncak Alam.
 

JPBN Sabah Nasihat Golongan Berisiko Elak Aktiviti Luar​

8aa646fc7a87e084fecab6852b9c90396a969f63199dc

Pemandangan berjerebu dirakam di sekitar Jeti Marina Awam Labuan dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 165. Selain Labuan, beberapa kawasan lain turut mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat, iaitu Miri (177), Kota Kinabalu (156) dan Bandar Seri Begawan, Brunei (163). - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan aktiviti luar susulan kualiti udara yang kurang baik di beberapa kawasan di negeri itu.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Media dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Sabah, nasihat itu khususnya kepada kanak-kanak, warga emas, wanita mengandung serta individu yang mempunyai masalah pernafasan selain mereka turut diminta mengelakkan aktiviti fizikal dan lasak.

“Orang ramai yang perlu berada di luar rumah disaran memakai pelitup muka bersesuaian, minum air secukupnya dan menjaga kebersihan diri selepas melakukan aktiviti luar.

“Orang ramai juga dinasihatkan memastikan pengudaraan dalam bangunan berada pada tahap baik bagi mengurangkan risiko pendedahan kepada udara tercemar,” menurut kenyataan itu.

JPBN juga mengingatkan orang ramai tidak melakukan pembakaran terbuka dan sentiasa mengikuti perkembangan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) serta nasihat terkini Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan pihak berkuasa kesihatan.

Mereka yang mengalami gejala seperti batuk, sesak nafas atau sakit dada dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan.

JPBN Sabah memaklumkan akan terus memantau perkembangan kualiti udara di seluruh negeri dan menasihatkan orang ramai supaya berwaspada bagi mengurangkan risiko kesihatan akibat pendedahan kepada udara tercemar.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS) empat kawasan di Sabah mencatatkan IPU tahap tidak sihat setakat 5 petang ini.

Kota Kinabalu merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 177, diikuti Kimanis (166), Keningau (165) dan Tawau (153) manakala Sandakan pada tahap sederhana (93).

 

Enam Kawasan Di Sarawak Catat IPU Tahap Berbahaya Setakat 5 Petang​

8ee709f4869762a15fe3802f97d4243b6a96ac535865d


Enam kawasan di Sarawak mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap berbahaya setakat 5 petang ini, dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian merekodkan bacaan tertinggi iaitu 377.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), lima lagi kawasan yang mencatat bacaan IPU tahap berbahaya ialah Kuching (351), Sarikei (339), Sibu (325), Samarahan (323) dan Sri Aman (304).

Tiga kawasan mencatat bacaan tahap sangat tidak sihat, iaitu Bintulu (250), Mukah (243) dan Samalaju (230) manakala 11 pada tahap tidak sihat dengan stesen pemantauan di Institut Latihan Perindustrian Miri merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 191 diikuti Miri (186), Kapit (186), Kota Kinabalu (177), Limbang (173) serta Labuan (170).

Turut mencatat bacaan tidak sihat ialah Kimanis (166), Keningau (165), Politeknik Kota Kinabalu (159) dan Tawau (153) di Sabah manakala Johan Setia di Selangor (156).

Sementara itu, 48 kawasan di seluruh negara dilaporkan berada pada tahap sederhana.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 adalah berbahaya.

 

Sultan Pahang Titah Kerajaan Negeri, Agensi Pergiat Usaha Cegah Banjir Lebih Awal​

7a1c26096c41d444281de644d4bf9c7a6a96e9ef0c574

kredit: FB Kesultanan Pahang

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan kerajaan negeri dan agensi berkaitan supaya mempergiatkan usaha pencegahan banjir lebih awal, khususnya di negeri berkenaan.

Menurut hantaran di Facebook Kesultanan Pahang hari ini, Al-Sultan Abdullah bertitah bahawa pihak berkaitan perlu memberikan perhatian segera terhadap kerja-kerja pembersihan dan pendalaman parit serta longkang, khususnya di kawasan yang sering dilanda banjir ketika memasuki bulan September.

“Baginda turut bertitah agar pihak berkaitan memastikan projek tebatan banjir yang sedang dilaksanakan secara berperingkat berjalan lancar dan disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan,” menurut hantaran itu.

Hantaran berkenaan memaklumkan Sultan Pahang bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz di sini hari ini.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah turut menitahkan kerajaan negeri dan agensi terlibat supaya terus memantau serta mengambil tindakan terhadap pencerobohan tanah secara haram di seluruh Pahang dengan lebih berkesan, tegas dan bijaksana berlandaskan undang-undang.

“Baginda turut menzahirkan rasa syukur kerana perkembangan kes-kes mahkamah berkaitan pencerobohan tanah haram dilihat memihak kepada Kerajaan Negeri Pahang,” menurut hantaran itu.

 

Ribut Petir, Hujan Lebat Landa Hampir Seluruh Negara Hingga Petang Ini​

75b6a3b9f363606b95366bbed872648f64b28382533a3


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri serta Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 5 petang ini.

MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 2.30 petang memaklumkan cuaca buruk itu dijangka berlaku di seluruh Perlis serta beberapa kawasan di Kedah meliputi Kuala Muda, Sik, Baling dan Langkawi.

Di Perak, kawasan yang terlibat ialah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Amaran sama meliputi Bachok, Kota Bharu, Jeli, Kuala Krai, Gua Musang dan Tanah Merah di Kelantan, manakala di Terengganu membabitkan Dungun, Hulu Terengganu, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu.

Di Pahang, kawasan terlibat ialah Temerloh, Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong dan Bera, manakala di Selangor meliputi Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sepang.

Amaran turut dikeluarkan bagi Seremban, Jelebu dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan serta Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Di Sarawak, cuaca buruk itu diramal berlaku di Miri, khususnya Marudi dan Beluru, serta Limbang, manakala di Sabah ialah Pedalaman meliputi Sipitang, Beaufort, Membakut, Keningau dan Tambunan, selain Ranau, Papar dan Penampang di Pantai Barat.

 

Ribut Petir, Hujan Lebat Dijangka Landa Kuala Lumpur Dan 12 Negeri Hingga 7 Malam Ini​

04e2792103145caae78403253a9e0f5967dd7ee53e5b1


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kuala Lumpur serta 12 negeri hingga 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu dijangka berlaku di seluruh Perlis, Kedah, Terengganu serta tiga kawasan di Pulau Pinang meliputi Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Di Perak, kawasan yang terjejas ialah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim, Selama, Kerian dan Larut Matang manakala di Kelantan (Gua Musang, Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai, Machang, Pasir Puteh dan Bachok) dan Pahang (Rompin, Pekan, Cameron Highlands, Lipis, Raub, Temerloh, Bentong, Bera dan Jerantut).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Negeri Sembilan (Tampin, Rembau, Jelebu, Seremban, Jempol dan Kuala Pilah) dan Johor (Segamat).

Di Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Sarikei (Meradong dan Julau) serta Kapit (Song) manakala di Sabah membabitkan Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Paitan, Telupid, Labuk dan Sugut).

 

Malaysia Perlu Beralih Daripada Mitigasi Banjir Reaktif Kepada Pencegahan - Pakar​

712d3af2422d54a51319da4288441a056a9819e7dc652

BERNAMA TV | Astro 502, unifi TV 631, MyTV 121. fb Bernama TV

Malaysia perlu beralih daripada pendekatan mitigasi banjir secara reaktif kepada pelaburan lebih besar dalam pencegahan, berikutan negara berdepan risiko iklim yang semakin meningkat, kata perunding bebas alam sekitar dan iklim Ahmad Afandi Nor Azmi.

Beliau berkata walaupun kerajaan terus membelanjakan berbilion ringgit untuk projek mitigasi banjir, penekanan perlu diberikan kepada langkah jangka panjang bagi mengurangkan pendedahan dan kerentanan sebelum bencana berlaku.

Ahmad Afandi berkata sebahagian besar perbelanjaan mitigasi banjir ketika ini digunakan untuk menangani masalah setempat akibat perancangan bandar dan kawalan pembangunan yang lemah, berbanding menangani risiko iklim daripada puncanya.

Menurut Ahmad Afandi, kehilangan kolam takungan banjir akibat pembangunan dan aktiviti pembalakan yang menyebabkan pemendapan kelodak di sungai boleh mengurangkan keupayaan sungai mengalirkan air banjir, sekali gus menyebabkan projek mitigasi digunakan untuk menangani masalah yang timbul akibat perancangan yang kurang baik, bukannya menangani secara langsung kesan perubahan iklim.

Beliau berkata demikian pada program The Nation terbitan Bernama TV dalam episod bertajuk “Is Malaysia Ready For The Climate Risks Ahead?” di Wisma Bernama hari ini.

Ahmad Afandi berkata penekanan sebaliknya harus diberikan kepada usaha melindungi aset semula jadi seperti hutan tadahan air, paya bakau dan ruang hijau yang mampu menyediakan perlindungan lebih mampan serta kos efektif terhadap ancaman berkaitan iklim.

Beliau berkata Pemindahan Fiskal Ekologi (EFT) memberi insentif kira-kira RM250 juta setahun kepada negeri untuk melindungi hutan, paya bakau dan aset semula jadi lain manakala projek mitigasi banjir menerima berbilion ringgit dengan peruntukan mencecah RM11 bilion pada satu peringkat.

“Jadi, bayangkan jika 10 peratus daripada jumlah itu disalurkan kepada EFT bagi memberi insentif kepada negeri untuk memulihara hutan tadahan air dan paya bakau. Ia akan memberikan pulangan yang lebih baik dan membantu menjimatkan lebih banyak wang pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata penyelesaian berasaskan alam juga mampu memberikan manfaat melangkaui perlindungan banjir, termasuk pemuliharaan air, jaminan makanan dan perlindungan biodiversiti, selain mewujudkan peluang untuk menarik pelaburan swasta dalam usaha pemuliharaan.

 

Ribut Petir, Hujan Lebat Landa Beberapa Negeri Hingga Malam Ini - MetMalaysia​

3f4aa9d4f2d499ec287801feae87e3e76a994a6d787e4

fb Malaysian Meteorological Department

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri, yang diramal berlarutan sehingga 7 malam dan 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk sehingga 7 malam melibatkan seluruh Perlis serta Kedah merangkumi Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Turut diramal mengalami cuaca sama di Pulau Pinang melibatkan Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara, Pahang (Bentong dan Jerantut), Selangor (Gombak, Hulu Selangor dan Hulu Langat) serta Jelebu di Negeri Sembilan.

Sementara itu, amaran cuaca buruk yang dijangka berlarutan sehingga 9 malam pula melibatkan seluruh Kelantan.

Keadaan sama dijangka berlaku di Perak melibatkan kawasan Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta serta di Terengganu membabitkan Setiu, Hulu Terengganu, Dungun, Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

 

OPA Di Perlis Berhasil, Hujan Di Hampir Seluruh Negeri Dan Paras Air Empangan Timah Tasoh Meningkat​

e7294f714c17da6e73d4f6f200ceb97a6a9ab9175317c

Jalan lama di Empangan Tasik Timah Tasoh, di sini, kembali muncul susulan penyusutan paras air akibat cuaca panas berpanjangan. Laluan sepanjang kira-kira satu kilometer di Kampung Sahabat, Tasoh yang sebelum ini tenggelam selepas pembinaan empangan itu pernah menghubungkan Jalan Sahabat ke Batu 12, Kampung Tasoh. Gambar Fail

Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Perlis semalam membuahkan hasil apabila hujan di hampir seluruh negeri itu malam tadi hingga awal pagi hari ini, sekali gus menyumbang peningkatan paras air Empangan Timah Tasoh.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis Amir Budiman Abdullah berkata hujan dari 10 malam hingga 1 pagi itu membantu meningkatkan paras air empangan berkenaan iaitu merekodkan daripada 27 meter (m) kepada 27.15m.

Beliau berkata bacaan paras air itu merupakan paras air yang paling tinggi sejak Januari lepas dan paras tersebut juga adalah paras julat normal.

"Kawasan Parlimen Kangar dan Padang Besar menerima lebih hujan berbanding Parlimen Arau.

"Terdapat empat kawasan mengalami hujan sederhana lebat iaitu di Padang Besar, Ngulang, Kampung Bakau dan Kuala Perlis. Hanya satu kawasan terima hujan lebat iaitu di Tebing Tinggi," katanya dalam kenyataan kepada Bernama hari ini.

Amir Budiman berkata peningkatan paras empangan itu merupakan perkembangan positif susulan keadaan cuaca kering yang dialami sebelum ini.

Semalam Bernama melaporkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan OPA memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan peluang hujan di kawasan sasaran dan kawasan tadahan khususnya bagi membantu meningkatkan serta mengekalkan paras air empangan.

 
Back
Top
Log in Register