BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peristiwa terkini dan viral sepanjang BANJIR dan RIBUT dalam negara tahun 2026

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Empat Negeri Hingga Tengah Malam​

1f6084de98f91c9fe3fa342166c9706760768cc2eab40


Beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Sarawak dan Sabah dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat serta angin kencang hingga tengah malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran cuaca yang dikeluarkan pada 8.30 malam memaklumkan seluruh Perlis terlibat manakala di Kedah, kawasan dijangka terjejas ialah Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar.

Di Sarawak, amaran itu meliputi Mukah (Dalat, Matu dan Mukah), Kapit (Bukit Mabong dan Belaga), Miri (Bario dan Marudi) serta Limbang.

Menurut MetMalaysia, kawasan yang terlibat di Sabah ialah Pedalaman (Sipitang dan Tenom) serta Sandakan (Sandakan dan Labuk & Sugut).

 

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 10 Negeri, Wilayah Persekutuan​

7925f2c1a797afe6e71fabab12024c9f6915f43b36996


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hingga 5 petang ini.

Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang selain Perak meliputi Kerian, Larut Matang, Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Muallim, Batang Padang, Kampar dan Kinta.

Di Pahang, kawasan terlibat ialah Bera, Rompin, Kuantan, Cameron Highlands, Maran dan Pekan, manakala Selangor (Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Petaling, Gombak, Sepang dan Hulu Langat).

Di Negeri Sembilan, amaran melibatkan Jempol dan Jelebu, manakala di Johor melibatkan Segamat.

Amaran sama untuk Sarawak melibatkan Mukah (Mukah), Miri, Bintulu, Sibu (Selangau dan Kanowit), Limbang, Kuching (Kuching dan Bau), Sarikei (Julau), Kapit (Belaga).

Di Sabah pula,  kawasan terlibat  ialah Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Membakut, Keningau, Tambunan, Tenom dan Sipitang), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) serta Sandakan (Kinabatangan).

 

Struktur Siling KIA Alami Kerosakan Akibat Hujan Lebat, Angin Kencang - Malaysia Airports​

a5c41b889abf62f7e4e277ba592638676a8d6b0292260

4531926a52c0af915a83b0be586ee4346a8d6b0c01715

16e530b04fb5b1808c15b7c5feaf86116a8d6b148a616

Sebahagian struktur siling di laluan mengambil dan menurunkan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) mengalami kerosakan akibat hujan lebat serta angin kencang petang ini.

Sebahagian struktur siling di laluan mengambil dan menurunkan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) mengalami kerosakan akibat hujan lebat serta angin kencang petang ini.

Malaysia Airports memaklumkan kawasan terjejas telah dipastikan terkawal manakala pasukan petugas lapangan terbang itu telah menjalankan pemeriksaan dan menyelaras tindakan susulan yang diperlukan.

“Keutamaan kami adalah memastikan kesejahteraan dan keselamatan penumpang, pengguna lapangan terbang serta petugas,” menurut Malaysia Airports dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, operasi di lapangan terbang berkenaan berjalan seperti biasa namun usaha sedang ditumpukan bagi memastikan penumpang dapat memasuki terminal dengan selamat dan lancar.

 

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Beberapa Negeri Sehingga 9 Malam Ini​

53516c39f8f82a9f6457fae0a3a0c284676f86b90e26b


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu meliputi seluruh Kelantan dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Di Perak, kawasan yang terlibat ialah Larut Matang dan Selama, Kerian, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim manakala di Terengganu amaran meliputi Kemaman, Hulu Terengganu, Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Selain itu, kawasan dijangka terjejas di Pahang ialah Bentong, Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Raub, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin; Hulu Selangor di Selangor serta Muar, Segamat, Johor Bahru, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Sementara itu, di Sarawak amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Miri (Telang Usan dan Bario), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Kapit, Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Sri Aman, Samarahan (Simunjan, Sebuyau dan Gedong) dan Serian.

Di Sabah pula, kawasan dijangka terjejas termasuk Pedalaman, Sandakan (Tongod, Sandakan, Labuk dan Sugut dan Telupid) dan Pantai Barat.

 
14301648332947477-420230.jpg





14301648332947477-420235.jpg

14301648332947477-420236.jpg


Struktur siling Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching rosak akibat hujan, angin kencang

BERNAMA

KUCHING: Sebahagian struktur siling di laluan mengambil dan menurunkan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) mengalami kerosakan akibat hujan lebat serta angin kencang petang ini.

Malaysia Airports memaklumkan kawasan terjejas dipastikan terkawal, manakala pasukan petugas lapangan terbang itu menjalankan pemeriksaan dan menyelaras tindakan susulan yang diperlukan.

"Keutamaan kami adalah memastikan kesejahteraan dan keselamatan penumpang, pengguna lapangan terbang serta petugas," menurut Malaysia Airports dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, operasi di lapangan terbang berkenaan berjalan seperti biasa namun usaha sedang ditumpukan bagi memastikan penumpang dapat memasuki terminal dengan selamat dan lancar.

Artikel Berita Harian
 

17 Kawasan Rekod IPU Tidak Sihat, Sri Aman Tertinggi​

d58fa602bae4ef2564a2c4e7fbc9582c6a8d6c83ebb0b

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sebanyak 17 kawasan di enam negeri dan dua Wilayah Persekutuan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, setakat 8 pagi ini.

Berdasarkan data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), tiga kawasan di Sarawak mencatatkan kualiti udara tidak sihat, dengan Sri Aman merekodkan bacaan IPU tertinggi 167, diikuti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian (166) dan Samarahan (162).

Lima kawasan di Selangor turut mencatatkan bacaan melebihi 100, iaitu Johan Setia dan Shah Alam masing-masing dengan IPU 158, Klang (151), Banting (144) dan Petaling Jaya (123).

Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dua kawasan merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Cheras (159) dan Batu Muda (152), manakala Nilai (162) dan Seremban (158) bagi Negeri Sembilan.

Lima lagi kawasan merekodkan tahap IPU tidak sihat ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya (159); Tangkak, Johor (153), Bukit Rambai (143) dan Alor Gajah (128) di Melaka; serta Taiping, Perak (108).

Selain itu, 49 kawasan di seluruh negara merekodkan kualiti udara pada tahap sederhana, dua kawasan mencatatkan bacaan baik, manakala tiada kawasan mencatatkan bacaan sangat tidak sihat atau berbahaya setakat pagi ini.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan rekod catatan di 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

 

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 10 Negeri, Kuala Lumpur Hingga 9 Malam​

75b6a3b9f363606b95366bbed872648f64b28382533a3


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 10 negeri dan ibu negara sehingga 9 malam ini.

Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan amaran itu meliputi seluruh negeri Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Pendang, Pokok Sena dan Padang Terap) dan Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Perak Tengah).

Negeri yang turut terjejas ialah Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat, Machang, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok dan Kuala Krai), Terengganu (Kuala Nerus, Setiu, Kuala Terengganu, Marang dan Besut) dan Negeri Sembilan (Jelebu).

Amaran turut melibatkan negeri Pahang (Jerantut, Raub, Temerloh, Bentong dan Bera) dan Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat).

Sementara itu, di Sarawak amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Kapit (Song), Sibu (Kanowit dan Selangau), Sarikei (Julau), Mukah (Matu, Dalat, Daro dan Tanjung Manis), Kuching dan Bintulu (Tatau).

Di Sabah pula, kawasan dijangka terjejas termasuk Pedalaman (Tambunan dan Pensiangan), Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Telupid, Paitan dan Labuk & Sugut).

 

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Tiga Negeri Hingga 3 Petang​

53516c39f8f82a9f6457fae0a3a0c284676f86b90e26b


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri hingga 3 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan amaran itu melibatkan Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).

Amaran sama turut dikeluarkan di Kedah bagi kawasan Yan, Kuala Muda dan Kulim.

Sementara itu di Sabah, kawasan terjejas ialah Pantai Barat (Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan dan Papar), Pedalaman (Membakut dan Pensiangan) serta Tawau (Kalabakan, Semporna dan Tawau).

 
14302633075233125-420517.jpg


14302633075233125-420519.jpg

14302633075233125-420520.jpg






MARAN, 27 Ogos – Sebanyak tujuh rumah di FELDA Jengka 7, FELDA Jengka 5 dan FELDA Bukit Tajau mengalami kerosakan akibat ribut yang melanda kawasan berkenaan kelmarin.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Maran, enam rumah rosak akibat angin kencang, manakala sebuah lagi dihempap pokok tumbang.

Kerosakan melibatkan struktur rumah, termasuk atap zink dan papan dinding yang tercabut.


Layari laman portal berita.rtm.gov.my untuk berita selanjutnya atau ikuti laporan berita penuh di semua platform siaran televisyen dan radio RTM.

Dapatkan berita terkini di Channel WhatsApp Berita RTM! Follow kami di https://whatsapp.com/channel/0029VavQxy21t90TQpwl281t

Yang sahih di RTM'
#RTM #BeritaRTM
 



Ribut di Paya Bunga Square, Kuala Terengganu.
 
Back
Top
Log in Register