BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peristiwa terkini dan viral sepanjang BANJIR dan RIBUT dalam negara tahun 2026

19379ce2ebe7110865ae17fc0d9ebe3b695f12fbee98b

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam menaiki sampan ketika meninjau serta berjumpa penduduk yang terjejas akibat banjir di Kampung Tamalang Along, Beaufort semalam.

Beberapa kawasan rumah di kampung itu masih digenangi air susulan hujan lebat yang berlaku dua hari lalu di daerah ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Situasi banjir di Sarawak semakin pulih manakala Sabah mencatatkan sedikit peningkatan jumlah mangsa setakat 8 pagi ini.

Di Sarawak, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu, Miri berkurangan kepada 135 orang daripada 46 keluarga berbanding 185 orang daripada 54 keluarga pada 4 petang semalam.

Sementara itu, Sabah menyaksikan sedikit peningkatan jumlah mangsa banjir di daerah Beaufort dan Tenom kepada 1,224 orang daripada 433 keluarga pagi ini berbanding 1,206 orang daripada 425 keluarga petang semalam.

Sekretariat JPBN Sabah memaklumkan bencana itu menjejaskan penduduk di sembilan kampung di Beaufort dan lima kampung di Tenom.

Menurut kenyataan itu, Beaufort merekodkan 661 mangsa banjir daripada 223 keluarga manakala di Tenom, seramai 563 orang daripada 210 keluarga terjejas.

Sebanyak lapan PPS dan satu pusat pemindahan kekal (PPK) kini beroperasi di kedua-dua daerah bagi menempatkan semua mangsa yang terjejas.

 
5c9de88fe696e121d85c92c333d5981869491dfe8c585

--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

Situasi banjir di Sarawak menunjukkan perkembangan lebih baik apabila jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) terus berkurangan, manakala di Sabah pula kekal tidak berubah setakat malam ini.

Di SARAWAK, hanya daerah Miri masih dilanda banjir dengan 105 mangsa berlindung di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu, Subis berbanding 135 orang pagi tadi.

Sementara itu di SABAH, jumlah mangsa bencana itu melibatkan daerah Beaufort dan Tenom kekal sebanyak 1,224 orang sejak pagi tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, Beaufort merekodkan 661 mangsa, manakala di Tenom 563 orang.

Kesemua mangsa adalah penduduk dari 14 kampung, masing-masing sembilan kampung di Beaufort dan lima kampung di Tenom.

Sehingga kini, sebanyak lapan PPS dan satu pusat pemindahan kekal (PPK) beroperasi di kedua-dua daerah berkenaan.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa kawasan di Sabah, Sarawak dan Semenanjung malam ini.

Hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda beberapa daerah di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) serta Limbang.

Cuaca sama juga diramal berlaku di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau), Sandakan (Telupid dan Beluran), Kudat serta Wilayah Persekutuan Labuan.

 
14143307363166261-361875.jpg

14143307363166261-361876.jpg

14143307363166261-361877.jpg

14143307358034637-361865.jpg

14143307358034637-361866.jpg

14143307358034637-361867.jpg

14143307358034637-361868.jpg

14143307358034637-361869.jpg

14143307358034637-361870.jpg

14143307358034637-361871.jpg

14143307358034637-361872.jpg

14143307358034637-361873.jpg

14143307358034637-361874.jpg


Pemindahan mangsa banjir di Kampung Tanjung Batu ke PPS Dewan Serbaguna Kampung Bijuray Monggag, krokong.

Sumber APM Bau
 
14143308740562317-361879.jpg

14143308740562317-361880.jpg

14143308740562317-361881.jpg


#OPERASI

𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐏𝐌 𝐓𝐔𝐌𝐏𝐀𝐓

JENIS KES: POKOK TUMBANG (PT)
HARI/TARIKH : RABU ( 07/01/2006)
SUMBER PANGGILAN : MERS
MASA : 2138H - 0012H
LOKASI : KG DALAM, TUMPAT
KEKUATAN : 01x Pegawai, 04x LLP
LOGISTIK : JMC(CD018)
STATUS KES : POKOK DIALIH DAN KAWASAN DIBERSIHKAN. OPERASI BERJAYA.

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kelantan
APM Tumpat
Mohd Fuad

Sumber APM Tumpat
 
14143313261193565-361883.jpg

14143313261193565-361884.jpg

14143313261193565-361885.jpg

14143313261193565-361886.jpg

14143313261193565-361887.jpg

14143313261193565-361888.jpg

14143313261193565-361889.jpg

14143313261193565-361890.jpg

14143313261193565-361891.jpg

14143313261193565-361892.jpg


LAPORAN AWAL KEJADIAN BANJIR KILAT DI RUMAH PANJANG SENABONG, SUNGAI SERINTONG

Selangau, APM Selangau telah melaksanakan pemantauan awal di Rumah Senabong, Sungai Serintong, Selangau susulan hujan lebat berterusan sejak semalaman. Hasil tinjauan mendapati laluan ke rumah panjang serta beberapa bahagian struktur rendah telah dinaiki air.

Setakat ini, tiada pemindahan dilakukan dan keadaan di lokasi masih terkawal. Pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa.

𝙃𝙐𝘽𝙐𝙉𝙂𝙄 𝘼𝙋𝙈 𝙎𝙀𝙇𝘼𝙉𝙂𝘼𝙐 𝙎𝙀𝙆𝙄𝙍𝘼𝙉𝙔𝘼 𝘽𝙀𝙍𝙇𝘼𝙆𝙐 𝙆𝙀𝘾𝙀𝙈𝘼𝙎𝘼𝙉 𝘿𝙄 𝙏𝙀𝙈𝙋𝘼𝙏 𝘼𝙉𝘿𝘼 𝘿𝙄 𝙏𝘼𝙇𝙄𝘼𝙉 𝙃𝙊𝙏𝙇𝙄𝙉𝙀 𝘼𝙋𝙈 𝙎𝙀𝙇𝘼𝙉𝙂𝘼𝙐 084-891285 (24 𝙅𝙖𝙢).

"SEDIA, PANTAS, BERINTERGRITI"

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Mohtar Samat
APM Sarawak

𝑼𝑵𝑰𝑻 𝑷𝑬𝑹𝑯𝑼𝑩𝑼𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑨𝑾𝑨𝑴 𝑫𝑨𝑵 𝑫𝑶𝑲𝑼𝑴𝑬𝑵𝑻𝑨𝑺𝑰 𝑨𝑷𝑴 𝑺𝑬𝑳𝑨𝑵𝑮𝑨𝑼

Sumber APM Selanggau
 
14143313976399917-361894.jpg

14143313976399917-361895.jpg

14143313976399917-361896.jpg

14143313976399917-361897.jpg

14143313976399917-361898.jpg

14143313976399917-361899.jpg

14143313976399917-361900.jpg

14143313976399917-361901.jpg


HUJAN BERLARUTAN DI SEKITAR DAERAH SAMARAHAN


SAMARAHAN : Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Samarahan telah melaksanakan rondaan serta pemantauan berterusan di beberapa lokasi berisiko banjir bagi memastikan situasi semasa sentiasa berada di tahap terkawal .

Tumpuan pemantauan meliputi kawasan rendah, laluan utama serta penempatan yang kerap terjejas ketika hujan lebat di daerah Samarahan.

Masyarakat di nasihati agar sentiasa berwaspada dengan keadaan persekitaran dan cuaca pada masa kini .

Hubungi APM Samarahan jika anda menghadapi sebarang kecemasan di talian 082-672999 atau talian kecemasan 999.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
Mohtar Samat

Unit Perhubungan Awam dan Dokumentasi APM Samarahan

Sumner APM Samarahan
 
e01658754b18e9da305a123b13b46117696064f223024

Kredit Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak.

Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat semula manakala di Sabah kekal dengan keseluruhan 952 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi ini.

Di SARAWAK, mangsa banjir yang dipindahkan meningkat kepada 319 orang daripada 93 keluarga pada 8 pagi ini berbanding 105 orang daripada 37 keluarga pada 4 petang semalam selepas tujuh PPS baru dibuka malam tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), PPS yang baru dibuka itu adalah PPS Dewan Serbaguna Kampung Bijuray Mongag, Krokong di Bau; Balai Raya Kampung Betong Kanowit, PPS Dewan Taman Duranda Emas, PPS St Peter Simpok, PPS Dewan Serbaguna Kampung Lintang Baru dan ⁠PPS SK Tanah Merah di Siburan serta PPS SK Endap di Samarahan.

PPS SMK Bekenu, Subis di Miri juga masih kekal beroperasi.

Di SABAH pula, mangsa banjir di daerah Beaufort kekal 633 orang daripada 215 keluarga yang berlindung di Pusat Pemindahan Kekal Dewan Selagon, Dewan Resendensi PR1MA Woordford Estate dan Dewan Sri Dayang Shahbandar Padas Damit.

Sekretariat JPBN, dalam satu kenyataan memaklumkan bencana itu menjejaskan penduduk di 12 kampung di daerah itu sejak seminggu lepas, antaranya Kampung Suasa, Kampung Bangkalalak, Kampung Mentulud, Kampung Naparan dan Kampung Bukau.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk bermula 6.30 pagi tadi sehingga esok di Sarawak, melibatkan kawasan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong (Pusa dan Betong).

Amaran hujan berterusan tahap waspada juga dikeluarkan di bahagian lain negeri berkenaan, iaitu Kuching (Lundu), Sri Aman (Lubok Antu), Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri (Subis).

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web dan laman media sosial rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca atau menghubungi talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

 
Lelaki maut, tiga terselamat dihanyut arus banjir

Abdul Rahemang Taiming

Tawau : Seorang lelaki disahkan meninggal dunia manakala tiga lagi terselamat selepas dihanyutkan arus banjir dalam kejadian membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan dua motosikal di Kampung Sungai Udin, dekat sini, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.34 malam.

Beliau berkata, kejadian berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang membawa dua motosikal dipercayai cuba melalui jalan raya yang dinaiki air sebelum dihanyutkan arus banjir yang deras.

"Dua lelaki berada di dalam kenderaan pacuan empat roda manakala dua lagi adalah penunggang motosikal yang menumpang di belakang pikap berkenaan.

"Tiga mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala seorang lagi mangsa lelaki lingkungan usia 30-an dilaporkan hilang, dengan dua lelaki berusia 27 dan 23 tahun yang berada di dalam kenderaan pacuan empat roda serta seorang penunggang motosikal lelaki disahkan selamat," katanya satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut beliau, pasukan bomba dari BBP Tawau dengan kekuatan lapan anggota dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Merotai dan PBS Umas digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 45 kilometer dan tiba pada jam 10.47 malam.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan menggunakan kaedah pencarian permukaan di sepanjang tebing sungai dengan radius kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dipercayai hanyut.




Artikel : Harian Metro
 
a39c29d3d57386e248332fce0257d3a06960d661de190

b2cc4944b2fc824fb01de2b0b046c83b6960d6c08803f

5fa2184b59384e39093150bb7f26230e6960d70e97506

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah beramah mesra dengan rakyat jelata selepas meninjau rumah bantuan mangsa banjir Bulan Sabit Merah Emirates (ERC) dan Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) pada majlis penyerahan di Kampung Sungai Perdak di Kuantan.

Turut kelihatan, Setiausaha Agung ERC, H.E Ahmed Sari Almaztouei.

.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati penerima rumah bantuan mangsa banjir Bulan Sabit Merah Emirates (ERC) dan Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) supaya menjadikan kediaman itu selesa untuk seisi keluarga.

Baginda bertitah semua penerima juga perlu hidup dalam suasana muhibah dan harmoni selain menjaga kebersihan kawasan persekitaran kampung masing-masing.

“Saya ingin menasihatkan supaya jagalah rumah percuma ini dengan sebaik mungkin, saya juga mengingatkan supaya tidak ada usaha untuk menyewakan ataupun menjual kediaman ini.

“Walaupun kecil tetapi usaha ini besar sekali untuk kita semua dan kita harus berterima kasih serta bersyukur ke hadrat Allah," titah baginda ketika berucap pada Majlis Penyerahan Rumah ERC dan Ru’RASA bagi daerah Bentong di Kampung Sungai Perdak di sini hari ini.

Turut berangkat Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pada majlis berkenaan, Al-Sultan Abdullah berkenan menyampaikan kunci rumah kepada 32 keluarga membabitkan 28 rumah ERC dan empat rumah Ru’RASA di Kampung Sungai Perdak.

Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam pembinaan rumah berkenaan bagi membantu mangsa yang ditimpa musibah banjir itu.

Sultan Pahang bertitah sebanyak 121 rumah ERC telah siap dibina, termasuk pembelian perabot dengan nilai keseluruhan berjumlah RM12.2 juta yang melibatkan tujuh daerah di Pahang.

Seorang penerima, Chow Loy Kee, 67, berkata beliau amat gembira menerima rumah berkenaan selepas terpaksa menghuni sebuah kontena milik anak saudaranya di satu kebun durian di Karak.

 
f7f436b4be17d25a0b21a7a1c144238c6960eb5d6fd1e

61bd934670f096b3cf87217f84aa658f6960eb7784cd9


Sebanyak 36 nelayan dari Kampung Pantai Pelindung di sini menerima bantuan bakul makanan menerusi Tabung Kebajikan dan Bencana Alam Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi meringankan beban kos sara hidup khususnya ketika musim tengkujuh.

Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil berkata bantuan itu disalurkan kepada nelayan berpendapatan rendah daripada golongan B40 yang berdaftar dengan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuantan

“Bantuan ini melibatkan bekalan makanan harian seperti beras, gula, minyak masak, tepung, kicap, sardin, kopi dan teh,” katanya pada Majlis Rahmah Mesra MADANI bersama Nelayan PNK Kuantan, di sini hari ini.

Beliau berkata lima nelayan dari Balok turut menerima Bantuan Tabung Kebajikan dan Bencana Alam LKIM berjumlah RM7,000 kerana terjejas susulan banjir dan air pasang besar luar biasa mengakibatkan bot mereka terbalik pada November lepas.

“Jumlah Bantuan Tabung Kebajikan dan Bencana Alam LKIM bagi tahun 2025 adalah sebanyak RM95,150 dan telah diterima oleh 51 orang penerima,” katanya.

Pada majlis sama, Muhammad Faiz turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM50,000 bagi menaik taraf bangsal nelayan Kampung Beserah selain menyerahkan cek cura RM50,000 bagi pembinaan bangsal nelayan Kampung Pantai Pelindung.

Sementara itu, penerima bantuan Azan Tuan Mamat, 60, menzahirkan syukur atas bantuan wang tunai daripada LKIM bagi menggantikan botnya yang tenggelam akibat hujan lebat dan arus deras.

“Alhamdulillah, bantuan ini sangat membantu dan dapat meringankan beban terutama untuk menampung perbelanjaan keluarga,” katanya.

Beliau berkata hujan lebat dan banjir besar yang melanda Balok pada November tahun lepas telah menyebabkan kerosakan enjin, jaring serta peralatan menangkap ikan dengan anggaran kerugian RM5,000.

 
Back
Top
Log in Register