BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peristiwa terkini dan viral sepanjang BANJIR dan RIBUT dalam negara tahun 2026

5bff192897ccf921637022ccf9435d4d695c783bb8306


Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak terus meningkat setakat 8 pagi tadi manakala situasi di Sabah menunjukkan trend pemulihan.

Di SARAWAK, jumlah mangsa meningkat kepada 2,831 orang daripada 826 keluarga berbanding 1,172 orang daripada 349 keluarga pada 4 petang semalam.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak kesemua mangsa tersebut ditempatkan di 39 PPS yang beroperasi hari ini.

Antara kawasan terjejas  Bau, Kuching, Kota Samarahan, Simunjan, Gedong, Serian, Sibu, Mukah dan Bintulu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sarawak hingga hari ini.

Di SABAH, jumlah mangsa banjir berkurang kepada 462 orang daripada 157 keluarga setakat 8 pagi tadi, berbanding 503 orang daripada 173 keluarga semalam.

Sekretariat JPBN Sabah memaklumkan dua pusat pemindahan di Beaufort masih beroperasi yang menempatkan penduduk dari 12 kampung manakala satu PPS dibuka di Tawau.

 
Pemantauan dron APM di lokasi Kg Hilir dan Kg Hulu Serian mendapati keadaan masih dilanda banjir

Sumber APM Sarawak
 
da3ef0871fe388963dbbc6ffc3717f1a69620d9959526

Kredit: Pejabat Pembangunan Negeri Melaka

Sebanyak 400 kampung di seluruh negara akan dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI dengan peruntukan RM500,000 untuk setiap kampung bagi projek yang akan dilaksanakan pada tahun ini.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim berkata pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI diteruskan selepas banyak impak positif daripada pelbagai aspek antaranya sosial, ekonomi dan kebajikan dapat dilihat kepada komuniti setempat.

Beliau berkata inisiatif itu juga dilihat bukan sahaja menyelesaikan masalah rakyat malah merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.

"Kita tidak perlu projek-projek mega, projek mewah dan sebagainya sebaliknya ia perlu menyelesaikan masalah atau kerumitan yang berlaku dalam komuniti seperti menyelesaikan masalah banjir yang kebanyakannya disebabkan kegagalan sistem perparitan.

"Selain itu, ia juga boleh melibatkan pembangunan prasarana atau fasiliti asas lain yang dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat tetapi tidak diselenggara dan dijaga dengan baik seperti gelanggang futsal atau sepak takraw," katanya kepada Bernama pada Majlis Peluncuran Program Kampung Angkat MADANI Kampung Sungai Putat, di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya merangkap Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abd Halim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh Kerk Chee Yee dan Pengarah Pembangunan Negeri Melaka Mohd Shahril Shari.

Terdahulu, Muhammad Kamil berkata sebagai contoh, Program Kampung Angkat MADANI Kampung Sungai Putat melibatkan pelaksanaan sebanyak 11 projek fizikal dan program kebajikan serta kemasyarakatan membabitkan peruntukan RM1 juta.

Beliau berkata projek fizikal membabitkan pembinaan dewan terbuka, tandas baharu di Masjid Kampung Sungai Putat dan mercu tanda Kampung Angkat MADANI, menaik taraf sistem perparitan dan saliran, balai raya dan pintu gerbang Kampung Sungai Putat, pemasangan lampu solar di beberapa lokasi dan penurapan jalan.

 
d5e5fb79f8cc606a2487ccff216fb5db6954de6227987


Sebanyak 3,383 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak dan Sabah setakat petang ini, dengan kedua-dua negeri mencatatkan penurunan jumlah mangsa.

Di SARAWAK, jumlah mangsa berkurang kepada 3,019 daripada 888 keluarga, berbanding 3,031 orang daripada 876 isi keluarga pagi tadi.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri  (JPBN) Sarawak, kesemua mangsa ditempatkan di 40 PPS iaitu Serian sebanyak 23 PPS, Samarahan (empat), Balai Ringin (tiga), Miri (tiga), Bintulu (dua) serta  masing-masing satu PPS di Kuching, Simunjan, Gedong, Sibu dan Mukah.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sarawak hingga hari ini.

Di SABAH, mangsa banjir menunjukkan trend penurunan apabila 364 mangsa daripada 136 keluarga direkodkan, berbanding 462 orang daripada 157 keluarga pada pagi hari ini.

Sekretariat JPBN Sabah memaklumkan dua PPS di Beaufort masih beroperasi iaitu Pusat Pemindahan Kekal Dewan Selagon dan Dewan Sri Dayang Shahbandar Padas Damit.

 
14144334303322893-362357.jpg

14144334303322893-362358.jpg

14144334303322893-362359.jpg

14144334303322893-362360.jpg

14144334303322893-362361.jpg

14144334303322893-362362.jpg

14144334303322893-362363.jpg

14144334303322893-362364.jpg

14144334303322893-362365.jpg

14144334303322893-362366.jpg


MAKLUMBALAS ADUAN TUNGGUL KAYU MENGHENTAM JAMBATAN PADANG TENGKU

JKR Lipis telah menerima aduan berkaitan tunggul kayu yang menghentam struktur Jambatan Padang Tengku, Seksyen 112.20, Jalan Lipis–Gua Musang (FT008).

Susulan aduan tersebut, Jurutera Daerah JKR Lipis bersama Jurutera Jalan JKR Lipis telah turun ke tapak bagi melaksanakan Pemeriksaan Pengesahan (Confirmatory Inspection) untuk mengesahkan insiden serta menilai keadaan sebenar jambatan.

Pemeriksaan terperinci telah dijalankan ke atas: ▪️ Komponen tiang jambatan
▪️ Tetopi cerucuk
▪️ Bahagian bawah dek jambatan

Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecacatan atau kerosakan struktur akibat insiden berkenaan.


JKR Lipis akan mengaturkan kerja-kerja melupuskan tunggul kayu tersebut dalam masa terdekat serta akan terus memantau sebarang tanda pergerakan atau risiko dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan berterusan.

JKR Lipis juga telah memulakan pelaksanaan Pemeriksaan Mandatori Tahunan Jambatan bagi tahun 2026 susulan beberapa gelombang insiden banjir baru-baru ini agar keadaan semua aset jambatan dan pembetung dapat dikenalpasti.

🔧 JKR Lipis sentiasa komited dalam memastikan penyenggaraan jalan dan jambatan dilaksanakan secara proaktif, dengan mengutamakan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya sebagai keutamaan utama.

Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama orang awam dalam menyalurkan maklumat demi keselamatan bersama.

Keselamatan Anda, Tanggungjawab Kami.

JKR Negeri Pahang
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Kementerian Kerja Raya Malaysia

Sumber JKR
 
8565928d32b28baa4f01871b98aec74068fbaae744f86

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, bercakap pada sidang media mengenai kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak merampas dadah syabu seberat 3,094.69 gram, dianggarkan bernilai RM117,598.22, dalam serbuan ke atas dua premis berasingan di Sibu.

Polis sedang mengesan waris terdekat seorang gelandangan lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Stesen Pam No. 4 Rancangan Tebatan Banjir di Jalan Maju, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata tiada dokumen pengenalan diri dijumpai pada lelaki itu, yang berusia lingkungan lewat 40-an, ketika ditemukan di lokasi.

"Pada 8.55 pagi semalam polis menerima panggilan telefon daripada orang awam yang ternampak seorang lelaki tidak sedarkan diri di bawah tangga di stesen berkenaan.

"Siasatan awal yang dijalankan mendapati tiada unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lelaki itu yang juga seorang gelandangan sering dilihat di sekitar Jalan Maju.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai identiti mangsa diminta menghubungi Ketua Balai Polis Sentral merangkap pegawai penyiasat kes ASP Binsin Lunjong melalui talian 017-8025675 bagi membantu siasatan.

 
d5e5fb79f8cc606a2487ccff216fb5db6954de6227987


Penduduk Kampung Tanjung Batu Keramat di sini mahu tindakan proaktif diambil bagi menangani masalah banjir yang sering melanda kampung itu dan insiden terbaharu Khamis lepas disifatkan mereka sebagai yang terburuk.

Ketua Kampung Abdul Rahman Borhan, 70, berkata air yang deras dan naik sehingga melepasi paras pinggang pada Khamis lepas memaksa penduduk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Biasanya apabila banjir hanya sehingga paras buku lali saja tetapi pada malam Khamis lalu...dari semasa ke semasa air semakin meningkat dan deras, rumah saya juga banjir tetapi tidak seteruk di kawasan hujung kampung.

“Angkatan Pertahanan Awam (APM) menasihati penduduk kampung pindah dan saya mohon kepada pengerusi masjid agar Dewan Masjid Al-Mukarramah digunakan sebagai PPS sebelum APM membantu memindahkan penduduk menggunakan perahu pukul 3 pagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Penduduk, Mohd Fadzil Ismail, 43, juga memohon kerajaan mengambil perhatian serta langkah sewajarnya untuk menangani masalah banjir yang menyebabkan orang kampung terpaksa berjaga-jaga kerana risaukan keselamatan mereka.

Mengimbas kejadian malam Khamis itu, beliau berkata air deras mulai masuk ke kawasan rumahnya pada 12 tengah malam dan paras air semakin meningkat pada pukul 2 pagi justeru memaksa keluarganya berpindah ke PPS.

“Kita harap wakil rakyat Tanjung Batu mengambil perhatian, ambil langkah sewajarnya tangani masalah banjir ini, kasihan rakyat apabila hujan, tidur pun tidak lena, kita terpaksa berjaga kerana risau keselamatan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu Dr Andi Md Shamsureezal Mohd Sainal berkata satu perjumpaan akan diadakan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran minggu depan bagi mencari penyelesaian jangka masa pendek menangani masalah banjir berkenaan.

“Hal ini melibatkan kesejahteraan penduduk, kita perlu cari solusi jangka pendek, kalau menunggu tebatan banjir itu akan memakan masa lama,” katanya sambil menambah 20 daripada 200 rumah di kampung itu terjejas banjir.

 
be07ff361220e88a1801a1479fd00ac169622c2657655

Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengangkat tilam untuk kegunaan penduduk Kampung Ranchan yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Ranchan,Serian.


-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Penduduk sekitar daerah Serian kini dalam keadaan berjaga-jaga susulan paras air Sungai Batang Kayan menunjukkan trend peningkatan sejak semalam, dengan beberapa kampung di kawasan itu diklasifikasikan sebagai zon merah bencana banjir.

Tinjauan Bernama mendapati penduduk sedia berpindah pada bila-bila masa sekiranya keadaan bertambah buruk berikutan hujan lebat berterusan.

Setiausaha Kampung Tebakang Bidayuh Micheal Linjet, 59, berkata kenaikan paras air yang mendadak sejak petang semalam memaksa tujuh keluarga melibatkan 15 mangsa di kampung berkenaan berpindah.

Beliau berkata bagaimanapun pemindahan mangsa ke pusat pemindahan sementara (PPS) hanya bermula pagi ini atas faktor keselamatan.

“Keadaan gelap dan paras air yang naik dengan cepat menyebabkan kami tidak berani melakukan pemindahan lebih awal selaras nasihat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Kami menunggu arahan rasmi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dengan kerjasama agensi berkaitan sebelum pemindahan dilaksanakan pagi ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mengulas persediaan menghadapi banjir, Micheal berkata pihaknya telah melaksanakan simulasi pengurusan banjir sebelum bermulanya Monsun Timur Laut (MTL) memandangkan Kampung Tebakang Bidayuh dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi.

Beliau berkata 18 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) termasuk penduduk yang tampil secara sukarela telah digerakkan bagi memastikan proses pemindahan berjalan lancar, termasuk bantuan aset seperti penggunaan perahu persendirian.

“Mereka turut digerakkan bagi kerja pemantauan, kawalan keselamatan dan persediaan menghadapi kemungkinan pemindahan secara besar-besaran sekiranya keadaan bertambah buruk,” katanya.

Bendahari kampung, Richard Ray Riggu, 57, berkata kebanyakan penduduk telah mula memindahkan barangan ke tempat lebih tinggi sejak bulan lepas sebagai langkah awal menghadapi banjir.

 
5bff192897ccf921637022ccf9435d4d695c783bb8306


KUCHING, 11 Jan (Bernama) — Situasi banjir di Sarawak terus menunjukkan trend peningkatan apabila 41 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat pagi ini, melibatkan beberapa bahagian utama di negeri itu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan PPS berkenaan membabitkan bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri yang kini menempatkan sebanyak 3,890 mangsa daripada 1,175 keluarga.

Jumlah itu bertambah berbanding 3,546 mangsa daripada 1,030 keluarga di 40 PPS malam tadi

Menurut JPBN Sarawak, antara PPS yang mencatat peningkatan pemindahan mangsa banjir adalah di bahagian Kuching, khususnya di daerah Serian yang dikenal pasti sebagai kawasan zon merah bencana, melibatkan PPS Ranchan dan PPS Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Batu 29.

Selain itu, trend peningkatan turut direkodkan di bahagian Sibu dan Bintulu, masing-masing membabitkan PPS Bukit Arip dan PPS Dewan Suarah Bintulu.

— BERNAMA

 
13fd94ef5b99bbf27a72a71635ad680c696350c23c765

Kredit: FB - JKR Daerah Rompin

Pemasangan jambatan keluli bermodular atau Bailey di Kampung Sungai Mok, Rompin telah siap dan laluan berkenaan dibuka kepada pengguna bermula pada hari ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Dearah Rompin menerusi hantaran di Facebook memaklumkan pemasangan jambatan sepanjang 30.48 meter jenis ZB200 itu telah bermula pada 6 Jan lepas dan berjaya disiapkan sepenuhnya dalam tempoh lima hari, iaitu semalam.

"Laluan tersebut telah dibuka semula kepada orang awam pada 11 Jan 2026, sekali gus memulihkan semula hubungan penduduk Kampung Sungai Mok dengan kawasan sekitarnya," menurut hantaran itu.

Jambatan berkenaan dipasang susulan jambatan sedia ada di kampung terbabit runtuh pada 2 Jan lepas, mengakibatkan laluan utama penduduk kampung terputus sepenuhnya.

Kejadian itu berpunca daripada peningkatan kadar aliran Sungai Mok susulan beberapa siri hujan lebat berterusan yang telah mengakibatkan arus deras.

"Keadaan tersebut menyebabkan berlakunya hakisan (scouring) pada struktur abutment jambatan sedia ada, seterusnya mengakibatkan kegagalan struktur dan runtuhan jambatan," menurut hantaran itu.

Sehubungan dengan itu, bagi menangani situasi kecemasan ini, JKR melaksanakan kerja-kerja penyambungan laluan yang terputus dengan segera.

Skop kerja awal melibatkan pengalihan struktur runtuhan jambatan sedia ada dan kerja-kerja perlindungan tebing sungai menggunakan kaedah rock fill bagi menstabilkan tebing serta mengurangkan risiko hakisan berterusan sebelum pemasangan jambatan itu bermula.

Sementara itu, JKR menerusi satu notis memaklumkan laluan berkenaan dibuka untuk semua kenderaan ringan dan had muatan kenderaan dibenarkan lapan tan dengan kelajuan 20 km/j.

 
Back
Top
Log in Register