BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peristiwa terkini dan viral sepanjang BANJIR dan RIBUT dalam negara tahun 2026

14141737828179973-361246.jpg

14141737828179973-361247.jpg


Penduduk cemas tanah bahagian belakang rumah panjang runtuh


BINTULU: Penduduk Rumah Maisie Jambai cemas setelah tanah di bahagian belakang rumah panjang yang didiami mengalami gelongsoran serta runtuh pada pagi semalam.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Bintulu Steven Kong Kai Seng yang sempat meninjau ke lokasi kejadian mengarahkan agar Sarawak Energy Berhad (SEB) memutuskan bekalan elektrik buat sementara waktu bagi mengalihkan tiang kabel yang terjejas.

"Saya turut mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bintulu menyediakan laluan sementara dengan memasang kanvas di sepanjang kawasan terjejas yang mana Pusat Khidmat Parlimen Bintulu amat komited memastikan keselamatan penduduk terjamin, terutama ketika musim hujan sekarang.

"Mujurlah tiada sesiapa yang berada di laluan berkenaan semasa berlakunya runtuhan tanah," jelasnya.

Kong turut difahamkan bahawa kejadian seumpama itu bukan pertama kali berlaku kerana insiden serupa pada 2014 juga melibatkan bahagian belakang rumah panjang terbabit.

oleh
Ambrose Rirang

Artikel Utusan Borneo
 
ceb38254e30bf058509874c9ef6bf05e695db207ed432

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Ahmad Izram Osman (tengah) beramah mesra bersama penerima sumbangan kebajikan pada Program Sumbangan Kebajikan Persatuan Kebajikan JBPM dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Sinar Murni (PERISMA) 2026 di Pejabat JBPM Terengganu di sini.

Turut sama Pengarah JBPM Terengganu Nor Mahathir Muhamad (lima kiri).

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaksanakan sebanyak 898 operasi pemindahan dan menyelamat mangsa banjir di seluruh negara dalam tempoh 13 Nov hingga semalam.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Ahmad Izram Osman berkata operasi berkenaan melibatkan seramai 4,747 mangsa yang dipindahkan atau diselamatkan menerusi operasi di air, darat dan udara.

Selain itu, beliau berkata dalam tempoh sama, JBPM turut melaksanakan sebanyak 8,174 operasi atau kerja pemantauan di semua lokasi termasuk pantai, sungai dan kawasan banjir bagi memastikan keselamatan orang awam sepanjang Monsun Timur Laut (MTL).

“Sepanjang tempoh MTL iaitu dari 13 Nov hingga semalam, JBPM menerima sebanyak 873 panggilan kecemasan daripada orang awam yang memerlukan pelbagai bentuk bantuan.

“Bagi negeri yang tidak mempunyai Pasukan Gerak Cepat (PGC) seperti Kelantan dan Perlis, JBPM telah menghantar pasukan bantuan dari Kuala Lumpur, Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur, Selangor, Kedah serta Pulau Pinang,” katanya pada Program Sumbangan Kebajikan Persatuan Kebajikan JBPM dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Sinar Murni (PERISMA) 2026 di Pejabat JBPM Terengganu di sini petang semalam.

Turut hadir, Pengarah JBPM Terengganu Nor Mahathir Muhamad.

Pada program itu, Ahmad Izram menyampaikan sumbangan wang tunai serta barangan keperluan kepada 16 anggota bomba yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan sebanyak enam kematian akibat lemas direkodkan di seluruh negara dalam tempoh 1 Jan hingga semalam.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengelakkan sebarang aktiviti di air sehingga berakhirnya musim MTL.

 
a31bcb212b62d2dc68c1aa3799fd141f6915f41cdb6f4


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 11 pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu diramal di Sik dan Baling, Kedah serta Hulu Perak di Perak.

Amaran sama juga melibatkan beberapa kawasan di Kelantan termasuk Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang serta di Sarawak (Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya) dan Mukah.

 
43399a8dff4cd87fda3dc441b8af4b04695c7dd968d9e

Kredit: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah

Sebanyak 1,783 mangsa banjir masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri dengan Sabah merekodkan pertambahan mangsa pagi ini.

Di SABAH, jumlah mangsa meningkat sedikit kepada 1,450 orang daripada 512 keluarga yang ditempatkan di 10 PPS berbanding 1,429 orang daripada 504 keluarga direkodkan malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan peningkatan disebabkan pertambahan mangsa di Beaufort.

Beaufort merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 627 orang daripada 211 keluarga di empat PPS manakala Tenom (563 orang, 210 keluarga) dan Kota Belud (260 orang, 91 keluarga).

Di SARAWAK, JPBN memaklumkan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu, Miri menempatkan 308 orang daripada 99 keluarga berkurangan berbanding 332 orang daripada 109 keluarga pada petang semalam.

Mereka dari Kampung Kawang, Kampung Jenggalas, Kampung Rambai, Kampung Pintasan, Kampung Masjid, Kampung Kuala Lajung, Kampung Majelin dan Kampung Kelapa, Bekenu.

Di JOHOR, jumlah mangsa pagi ini ialah 25 orang daripada lapan keluarga berbanding 27 orang daripada sembilan keluarga, semalam.

Pengerusi JPBN Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata mereka dari Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu Lima ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat.

“Amaran hujan berterusan dikeluarkan bagi Mersing dan Kota Tinggi,” katanya dalam kenyataan.

 
6961b5a45d463a744207f1df351ea0df69213fd300818

Gambar Hiasan

Situasi banjir di Johor kini dilaporkan pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di daerah Segamat ditutup pada 2 petang ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Asman Shah Abd Rahman, berkata PPS berkenaan adalah Balai Raya Kampung Batu Badak yang telah dibuka sejak 28 Dis lalu, dan semua mangsa kini dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Pada pagi tadi, PPS tersebut masih menempatkan 25 mangsa daripada lapan keluarga.

Sebelum ini, banjir yang melanda Johor terutamanya di daerah Segamat telah menjejaskan beberapa kawasan, termasuk Jementah, Buloh Kasap, Tenang serta Pemanis.

 
3134e74b45c05649739e217444e484b36950f7a73b6b2


Keadaan banjir di Sabah dan Sarawak beransur pulih apabila jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di negeri itu mencatatkan penurunan pada petang ini berbanding pagi tadi.

Di SABAH, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Belud ditutup pada 1 tengah hari tadi apabila semua 260 orang daripada 91 keluarga di situ dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan hanya dua daerah masih terjejas banjir iaitu Tenom dan Beaufort dengan jumlah mangsa sebanyak 1,206 orang daripada 425 keluarga di sembilan PPS setakat 4 petang ini.

Di SARAWAK, JPBN memaklumkan jumlah mangsa di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu, Miri berkurangan kepada 185 orang daripada 54 keluarga pada 4 petang berbanding 308 orang daripada 99 keluarga pagi tadi.

Mereka dari Kampung Kawang, Kampung Jenggalas, Kampung Rambai, Kampung Pintasan, Kampung Masjid, Kampung Kuala Lajung, Kampung Majelin dan Kampung Kelapa, Bekenu.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan rondaan di kawasan terjejas banjir mendapati paras air menunjukkan trend menurun dan cuaca baik.

 
9cac564b3987fa8502d1da50f31d9a91671cd55c3366d

-- Gambar hiasan

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang masih berpotensi berlaku dari semasa ke semasa di kawasan yang lazimnya tidak terjejas dengan Monsun Timur Laut sekiranya wujud keadaan atmosfera yang kondusif bagi membolehkan pembentuan cuaca ekstrem itu.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Ambun Dindang berkata selain pantai timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang lazimnya mengalami cuaca ekstrem ketika Monsun Timur Laut, pantai barat ketiga-tiga wilayah itu juga bepotensi dilanda cuaca seperti itu sekiranya keadaan atmosfera menggalakkan pembentukan ribut petir berkenaan.

Beliau berkata antara faktor utama yang mempengaruhi kejadian cuaca ekstrem ialah arah dan kelajuan tiupan angin serta penumpuan angin di sesuatu kawasan.

“Sepanjang musim Monsun Timur Laut, perkara yang paling dibimbangkan ialah kehadiran luruan monsun kerana ia boleh menyebabkan hujan berterusan antara satu hingga tiga hari,” katanya ketika ditemu bual menerusi program “Malaysia Petang Ini” terbitan BERNAMA TV, di sini hari ini.

Ambun berkata hujan berterusan itu boleh berlaku pada intensiti sederhana hingga lebat dan berpotensi meningkatkan risiko bencana sekiranya keadaan berkenaan berlarutan.

Sebagai peringatan kepada orang ramai agar sentiasa bersiap siaga menghadapi bencana, beliau berkata kebiasaannya MetMalaysia akan mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang  dengan tiga tahap keseriusan iaitu Waspada (Kuning), Buruk (Oren) dan Bahaya (Merah).

“Peringkat waspada menunjukkan potensi risiko cuaca ekstrem yang masih perlu diberi perhatian serius oleh masyarakat.

“Walaupun monsun dijangka berakhir pada Mac, kehadiran luruan monsun yang membawa hujan lebat itu boleh berlaku bila-bila masa dan memerlukan pemantauan berterusan,” katanya.

Ambun turut memaklumkan MetMalaysia menjalankan pemantauan cuaca 24 jam dan akan mengeluarkan amaran awal sebaik sahaja tanda-tanda luruan monsun dikenal pasti.

 
2789332568ab076dcedeb8289d5d866b695e4ce3242f5

BEAUFORT, 7 Jan -- Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam menaiki sampan ketika meninjau serta berjumpa penduduk yang terjejas akibat banjir di Kampung Tamalang Along hari ini.

Beberapa kawasan rumah di kampung itu masih digenangi air susulan hujan lebat yang berlaku dua hari lalu di daerah ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Bencana banjir yang kerap melanda daerah Beaufort, khususnya di kawasan Lumadan menyebabkan kerugian hingga jutaan ringgit melibatkan kemusnahan tanaman pertanian, haiwan ternakan dan kerosakan harta benda penduduk.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Ruslan Muharam berkata penduduk kawasan itu kadangkala terpaksa berdepan banjir hingga 10 kali dalam setahun.

"Dianggarkan lebih 10,000 petani yang tanaman seperti buah-buahan dan padi terjejas banjir dijangka sukar untuk mendapatkan hasil yang diharapkan.

"Kita telah minta mereka melaporkan kerosakan yang dialami kepada pegawai pertanian daerah untuk dibawa ke peringkat negeri seterusnya ke Persekutuan bagi proses tuntutan bantuan," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan banjir dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Kampung Batandok dan Dewan Kampung Padas Damit, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan itu berkata kerajaan negeri sentiasa berusaha secara berterusan untuk mengatasi masalah banjir, khususnya menerusi projek tebatan banjir.

Beliau berkata pelaksanaan projek tebatan banjir telah berjaya mengurangkan risiko bencana tersebut yang sebelum ini sering menjejaskan pekan Beaufort.

“Pekan lama Beaufort yang dahulunya kerap ditenggelami air kini berada dalam keadaan lebih terkawal hasil pembinaan sistem tebatan banjir tersebut

"Itu adalan fasa pertama tebatan banjir dan fasa seterusnya akan kita usahakan," katanya menambah sebuah PPS kini sedang dalam perancangan dibina di Kampung Padas Damit.

Ruslan berkata kawasan pembinaan PPS itu kini sedang dikenal pasti yang dijangka mampu menempatkan kira-kira 1,000 mangsa dari kampung berdekatan.

 
361526-361526.jpg

14142642360330213-361528.jpg

14142642360330213-361529.jpg

14142642360330213-361530.jpg

14142642360330213-361531.jpg

14142642360330213-361532.jpg

14142642360330213-361533.jpg

14142642360330213-361534.jpg


08-01-2026
Terima panggilan kes pokok tumbang pada jam 01.12 minit pagi, team sukarelawan terus digerakkan ke lokasi di senibong permas jaya.sampai dilokasi benar berlaku pokok tumbang menghalang keseluruhan jalan.team sukarelawan terus menjalankan kerja pemotongan dan membuka jalan. Kes tamat pada jam 03.00 minit pagi.

Sumber Sukarelawan Skuad Bencana

‼️ Hanya lelaki yang pernah alami benda ni, dia akan faham paniknya.

Masa kecil dulu, yang jenis lasak, buas, suka main dekat semak, rumput panjang, kebun, tepi parit. Petang balik, badan melekit peluh, seluar penuh pasir. Lepas mandi, baru perasan satu benda yang buat panik satu rumah.

Tiba tiba kawasan sulit jadi bengkak, gatal melampau, macam nak garu sampai menangis.

Nama dia Summer Penile Syndrome.

Puncanya selalunya datang daripada makhluk halus yang orang tak nampak masa main, iaitu chiggers. Chiggers ni larva tungau rumput yang duduk di kawasan lembap, rumput tebal, dan semak. Dia kecil sangat, boleh melekat pada kulit walaupun bawah pakaian.

Bila dia melekat, dia keluarkan “air liur” dan enzim yang buat kulit jadi sangat iritasi. Itu yang buat bengkak nampak dramatik, tapi kebanyakannya lebih kepada gatal berbanding sakit.
.

Apa yang biasa jadi
Gatal kuat, bengkak ketara, kadang nampak bintik gigitan kecil. Selalunya anak masih boleh kencing macam biasa, cuma tak selesa dan menggelabah.

Apa anda boleh buat?
Bilas bersih, kompres sejuk, pastikan anak tak garu sampai luka. Kalau gatal sangat, ubat alahan ikut nasihat doktor atau ahli farmasi boleh bantu.

Tapi jika anak susah kencing, sakit kuat, bengkak makin cepat membesar, warna jadi gelap, demam, atau ada nanah. Itu tanda perlu diperiksa segera.
.

Pencegahan paling mudah

Mandi lepas main rumput atau semak, tukar baju cepat, pakai seluar panjang bila masuk kawasan semak, dan guna repelan serangga yang sesuai.

Kalau anda pernah alami masa kecil, anda bukan sorang. Yang penting, tenangkan anak, pantau kencing, dan ambil langkah yang betul.

Kredit ➡️ Public Health Malaysia
 
Kehadiran buaya di kawasan penempatan penduduk yang dilanda banjir di Kampung Naparan Gadong memaksa penghuni berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Kampung Padas Damit di sini.

Siti Nortinah Tangkim, 33, berkata air banjir separas paha itu mengundang kehadiran buaya itu di kawasan rumahnya sebelum reptilia berkenaan membaham dua ekor anjing penduduk di kampung itu.

“Kali pertama buaya itu membaham seekor anjing dan kali kedua anjing juga. Jadi, untuk keselamatan kami pindahlah ke sini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Ibu kepada tiga cahaya mata dan kini sarat mengandung lapan bulan itu berkata serangan buaya berkenaan menyebabkan beliau bimbang akan keselamatan anak-anaknya sebelum berlindung di PPS itu semalam.

Siti Nortinah berkata kedudukan rumahnya yang berdekatan dengan Sungai Padas dan airnya melimpah menyebabkan reptilia itu mudah masuk ke kawasan kampung berkenaan.

Warga emas Risnah Madin, 66, dari Kampung Mentulud pula berpindah ke PPS Dewan Kampung Padas Damit apabila air banjir sedalam lebih satu meter itu menenggelamkan semua peralatan rumahnya.

Balu itu berkata pada mulanya air banjir hanya separas buku lali di kawasan luar rumahnya sebelum naik mendadak dan beliau hanya membawa dokumen penting ketika dibawa pasukan penyelamat ke PPS itu.

“Dalam setahun memang banyak kali rumah makcik kena banjir dan barangan elektrik seperti mesin basuh memang tidak dapat diselamatkan sekiranya air mendadak naik,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register