BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peristiwa terkini dan viral sepanjang BANJIR dan RIBUT dalam negara tahun 2026

0b447dd15977f25000b4ef9298a3677d69593ebd5cb08

fb Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - JPS

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) hari ini mengeluarkan Ramalan Awal Banjir bagi negeri Kelantan berikutan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) JPS memaklumkan, banjir dijangka berlaku antara 5 hingga 8 Januari ini di 10 jajahan, melibatkan beberapa lembangan sungai utama di negeri berkenaan.

Jajahan terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Bachok, Machang, Kota Bharu, Pasir Puteh, Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang, melibatkan antaranya Lembangan Sungai Kelantan, Sungai Golok, Sungai Semerak, Sungai Kemasin, Sungai Lebir, Sungai Galas dan Sungai Nenggiri.

"JPS akan melaksanakan pemantauan berterusan akanhebahan amaran banjir akan dikemas kini sekiranya hujan signifikan berterusan di lembangan sungai terlibat. Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada tarikh yang dijangkakan,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, semua agensi pengurusan bencana serta penduduk, khususnya di kawasan berisiko diminta berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

Orang ramai juga disarankan mendapatkan maklumat dan amaran semasa melalui portal publicinfobanjir.water.gov.my atau laman Facebook PublicInfoBanjir.

Hari ini, MetMalaysia mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) susulan jangkaan hujan berpanjangan di beberapa negeri bermula minggu hadapan.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan berterusan dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu bermula 5 hingga 8 Jan ini.

 
2fce72186b4058e95ed80e26c875da66695941e4de1ea

fb Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Kinabalu mengisytiharkan daerah itu dilanda bencana banjir pada malam ini.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan berkata pengisytiharan itu dibuat berdasarkan laporan serta maklumat lapangan yang diterima daripada agensi-agensi berkaitan.

“Sehubungan dengan itu, Pusat Kawalan Operasi Bencana Kota Kinabalu telah diaktifkan bertempat di Bilik Mesyuarat, Tingkat 1, Bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Orang awam boleh menghubungi talian hotline pusat itu 088-210 011 atau 088-239 681 untuk menyalurkan maklumat atau aduan berkenaan bencana sekitar Kota Kinabalu.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah memaklumkan beberapa jalan di Kota Kinabalu tidak boleh dilalui akibat banjir kilat malam ini, antaranya Jalan Tongkuzu, Jalan Ulu Kionsom 1, Jalan Undan, Jalan Likas Industries, Jalan Rampayan dan Jalan Gudon.

“Setakat ini tiada jalan alternatif yang boleh dilalui pengguna jalan raya. Pengguna diminta mengambil langkah berjaga-jaga dan mengelak menggunakan jalan itu,” katanya dalam kenyataan berasingan.

Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mereka yang dipindahkan akibat banjir di Beaufort bertambah kepada 300 orang daripada 108 keluarga malam ini, berbanding 282 orang daripada 102 keluarga petang tadi.

“Semua yang terjejas ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon. Sebanyak tujuh kampung terjejas banjir di Beaufort,” katanya dalam kenyataan lain.

 
ffeb8e0243b9c1cae128f1bd276d13ed6959d5f2db7a2


Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat manakala Sarawak dan Johor mencatatkan penurunan menjadikan keseluruhan mangsa sebanyak 1,523 orang pada pagi ini.

Di SABAH, sebanyak 495 orang daripada 159 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 282 orang daripada 102 keluarga direkodkan petang semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan peningkatan itu susulan Kota Kinabalu dilanda banjir semalam, selain Beaufort.

Banjir di Kota Kinabalu melibatkan sebuah kampung dengan 180 orang daripada 46 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Masjid Al-Munir, Kampung Darau manakala di Beaufort, 315 orang daripada 113 keluarga dari lapan kampung berada di Pusat Pemindahan Kekal Dewan Selagon.

Di SARAWAK, jumlah mangsa banjir menurun kepada 943 orang daripada 243 keluarga setakat 7 pagi ini, berbanding 1,052 orang daripada 264 keluarga pada semalam.

JPBN Sarawak memaklumkan mereka ditempatkan di lapan PPS, iaitu SJK Chung Hua Batu Kawa dengan 211 orang, SJK Chung Hua Sungai Tengah (191 orang), Dewan Serbaguna Taman Malihah (132 orang) dan Masjid Darul Istiqlaal (128 orang).

PPS lain ialah Dewan R, Piang Kampung Sinar Budi Baru (104 orang), Dewan Masyarakat Stapok (97 orang), Dewan Surau Nurul Najhin Stapok (55 orang) dan Dewan Masyarakat Trusan (25 orang).

Sementara itu di JOHOR,  jumlah mangsa banjir juga menurun kepada 85 orang daripada 25 keluarga setakat 9 pagi ini berbanding 92 orang daripada 27 keluarga, semalam.

Pengerusi JPBN Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata lima PPS masih beroperasi di Segamat, iaitu Balai Raya Kampung Batu Badak yang menempatkan 36 orang daripada 11 keluarga dan Dewan Serbaguna Kampung Tasek (15 orang, empat keluarga).

 
c4bd6ec81875e6db61848f76283cc479695a051e18225

87eb9fa3a3dee0259f55cd9aec7ea711695a050bd27f3

KOTA KINABALU, 4 Jan -- Keadaan perkampungan Rampayan Laut yang masih digenangi banjir lumpur yang melanda kawasan tersebut malam tadi.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Penduduk Kampung Rampayan Laut di sini menyifatkan banjir semalam yang paling buruk pernah dialami kerana paras air naik dengan cepat sehingga tidak sempat menyelamatkan barangan rumah.

Jalinah Md Jali, 62, yang ditemui semasa sedang membersihkan rumah berkata banjir sehingga paras pinggang itu tidak pernah berlaku sepanjang tinggal di kampung itu sejak kecil, kerana kebiasaannya, banjir hanya di luar rumahnya.

“Air naik dengan cepat menyebabkan perabot, barangan elektrik seperti peti sejuk dan kelengkapan rumah lain musnah. Sedih kerana sudah tinggal di sini lebih 60 tahun tidak pernah banjir seteruk ini,” katanya.

Jalinah berkata Kampung Rampayan Laut kini semakin dikenali kerana kerap banjir setiap kali hujan lebat dan berharap wakil rakyat serta agensi berkaitan dapat mencari penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi masalah itu.

Seorang lagi mangsa, Jali Jawi, 52, berkata banjir yang bermula kira-kira 5.30 petang dan surut awal pagi tadi lebih teruk kerana berlaku serentak dengan air pasang besar.

“Banjir mula berlaku setiap kali hujan lebat lebih dua jam. Tapi semalam lain, air juga masuk ke kawasan masjid (di kampung itu) yang tidak pernah berlaku kerana kawasan itu yang lebih tinggi,” katanya.

Tinjauan Bernama mendapati banjir mula surut dengan hampir seluruh kawasan masih dipenuhi lumpur tebal sehingga menyukarkan penduduk membersihkan kediaman mereka.

Sisa perabot rosak dan barangan rumah yang dihanyutkan air bertaburan sementara penduduk melakukan kerja pembersihan termasuk mengeluarkan lumpur dari dalam rumah serta menjemur barangan yang masih boleh diselamatkan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir di negeri itu pada pagi ini sebanyak 495 orang, iaitu 180 mangsa di Kota Kinabalu dan bakinya di Beaufort.

 
Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang di sini sedia untuk digunakan selepas dinaik taraf daripada sebuah pusat pemindahan sementara (PPS).

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Meor Ismail Meor Akim berkata kerja menaik taraf sebuah bangunan asrama sekolah yang tidak digunakan lagi itu dilakukan dari Julai hingga Disember tahun lepas dengan kos kira-kira RM907,000.

Beliau berkata projek menaik taraf PPS kepada PPKB itu ialah yang ketiga disiapkan selepas PPKB Dewan Taman Kota Jaya dan PPKB Dewan Arena Segitiga dengan kedua-duanya terletak di Kota Tinggi, Johor.

“Perancangan kita hendak mewujudkan 15 PPKB di seluruh negara, sama ada bina baharu atau menaik taraf PPS bagi memberi keselesaan kepada mangsa banjir.

“Kita juga amat berharap PPKB ini dapat digunakan di luar musim banjir supaya projek ini tidak dianggap sebagai pembaziran,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci PPKB SMK Matang hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Malaysia Datuk Wan Hashim Wan Rahim dan Pengarah Pendidikan Terengganu Kamsah@Kamal Mohamed.

Meor Ismail berkata PPKB SMK Matang mampu menempatkan lebih 200 mangsa banjir pada satu-satu masa dan mempunyai pelbagai fasiliti lebih selesa termasuk tandas mesra orang kurang upaya (OKU).

Selain tujuh bilik, pusat itu mempunyai sebuah stor yang boleh dijadikan sebagai pangkalan hadapan bagi menempatkan barangan keperluan serta makanan mangsa banjir.

Sementara itu, Meor Ismail berkata semua agensi berkaitan telah siap siaga untuk menghadapi fasa seterusnya luruan Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula esok.

 
6bb316300f1760ea9fda699f42469013695a0e6622f61

161ce7d85bd980a89bf058e44cd68c66695a0e4d44ed9

3b854de05b05c21f6a35b338f8ba36a5695a0e82c280c


Jabatan Kerja Raya (JKR) Labuan melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mengurangkan masalah banjir di beberapa kawasan di pulau itu.

Pengarah JKR Labuan Mohd Faizul Ali Hanapiah berkata inisiatif itu diambil ekoran laporan air bergenang di beberapa lokasi menyebabkan mereka mengambil langkah proaktif mengenal pasti lokasi kerap berlaku banjir untuk intervensi segera.

“Semasa musim hujan dan ditambah dengan air pasang besar, beberapa kawasan perumahan serta perkampungan telah terjejas.

“Sebagai sebahagian daripada CSR kami, JKR telah turun padang untuk menilai situasi dan melaksanakan langkah mitigasi di kawasan yang paling memerlukan bantuan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mohd Faizul berkata 10 petugas teknikal jabatan digerakkan dalam operasi itu dengan dibantu kelengkapan serta jentera berkaitan bagi melaksanakan tugasan seperti pembersihan saliran dan kerja tanah bagi meningkatkan aliran air serta mengurangkan risiko banjir berpanjangan.

Beliau berkata aktiviti CSR hari ini memfokus pantai di Kampung Sungai Labu yang merupakan antara lokasi telah dikenal pasti kerana kedudukannya yang rendah di pesisiran pantai dan terdedah kepada risiko air pasang besar dalam tempoh hujan lebat.

Mohd Faizul berkata inisiatif itu mencerminkan komitmen jabatan yang bukan hanya terhadap pembangunan infrastruktur tetapi juga kesejahteraan komuniti, terutamanya dalam membantu penduduk semasa cuaca mencabar.

“JKR akan terus memantau situasi dan bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan dan komuniti setempat untuk memastikan usaha mitigasi dilakukan dengan cekap, terutamanya semasa kemuncak musim monsun,” katanya.

Penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan melaporkan isu berkaitan saliran atau banjir kepada pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan segera.

 
d5e5fb79f8cc606a2487ccff216fb5db6954de6227987


Sebanyak 607 mangsa banjir masih berlindung di pusat pemindahan di tiga negeri dengan Sabah merekodkan pertambahan petang ini.

Di SABAH, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) memaklumakan jumlah mangsa di Kota Kinabalu dan Beaufort meningkat kepada 510 orang daripada 164 keluarga berbanding 495 orang daripada 159 keluarga pagi tadi berikutan hujan sejak Jumaat.

"Di Beaufort, seramai 328 mangsa daripada 118 keluarga dari lapan kampung ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal Dewan Selagon yang telah beroperasi sejak petang Jumaat.

"Bagi Kota Kinabalu pula, 182 mangsa daripada 46 keluarga berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Masjid Al-Munir, Kampung Darau," menurut kenyataan itu.

Pihak berkuasa dan agensi penyelamat sedang memantau rapi paras air serta keadaan semasa di lokasi terlibat selain membantu memindahkan penduduk ke kawasan lebih selamat.

Di SARAWAK, JPBN memaklumkan hanya satu PPS beroperasi iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu, Miri yang menempatkan 47 mangsa daripada 18 keluarga setakat 4 petang ini.

Sementara itu, banjir di Kuching dan Lawas pulih sepenuhnya dan kesemua lapan PPS ditutup secara berperingkat bermula 12.30 tengah hari tadi.

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir menurun kepada 50 mangsa daripada 15 keluarga petang ini berbanding 85 mangsa daripada 25 keluarga pagi tadi.

Pengerusi JPBN Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata dua PPS masih beroperasi di Segamat iaitu Balai Raya Kampung Batu Badak yang menempatkan 36 mangsa daripada 11 keluarga manakala 14 mangsa daripada empat keluarga berlindung di Dewan Serbaguna Kampung Tandong.

 
Yang dok rumah landed akan menghadapi

Yang flat yang kondo tak rasa la banjir

Tapi teringat movie flood netflix

Apartment pun kena banjir
 
098e14c16efb666797a2000d01613f70693a3983c6541


Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) serta pusat pemindahan kekal (PPK) di Sabah dan Sarawak meningkat sedikit pagi ini manakala di Johor kekal.

Di SABAH, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 513 orang daripada 177 keluarga berbanding 510 orang daripada 164 keluarga semalam, menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah.

Kenyataan itu memaklumkan di Beaufort, seramai 338 orang daripada 120 keluarga dari lapan kampung masih berlindung di PPK Dewan Selagon manakala di Kota Kinabalu, 158 orang daripada 53 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Masjid Al-Munir, Kampung Darau.

“Kota Belud menjadi daerah terbaru terjejas banjir dengan sebuah PPS dibuka di Dewan Kampung Lentigi yang menempatkan 17 mangsa daripada empat keluarga,” menurut JPBN.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa tempat di kawasan pedalaman di Sabah mengalami ribut petir pada sebelah pagi, petang dan malam ini dengan suhu antara 22 hingga 33 darjah Celsius.

Di SARAWAK, JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu, Miri meningkat kepada 166 orang daripada 53 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 47 orang daripada 18 keluarga pada 4 petang semalam.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di JOHOR kekal 50 orang daripada 15 keluarga setakat 8 pagi, dan mereka ditempatkan di dua PPS di Segamat.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata 36 mangsa daripada 11 keluarga tempatkan di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak dan 14 mangsa daripada empat keluarga di PPS Dewan Serbaguna Kampung Tandong.

Beliau berkata dua sungai di negeri itu berada pada paras amaran iaitu Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat dengan bacaan 8.41 meter serta Jeti Sungai Tekam, Segamat pada 3.76 meter manakala cuaca semua daerah di Johor dilaporkan cerah pagi ini.

 
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semua kementerian diarah supaya memastikan projek-projek kecil dilaksanakan dengan segera dan ia dikenal pasti seawal bulan depan.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata projek berkenaan termasuk pembinaan jalan desa serta kuarters dan menaik taraf klinik daif dengan membenarkan kaedah lantikan terus kontraktor bagi projek bernilai sehingga RM200,000 serta sebut harga sehingga RM1 juta.

Beliau berkata bagi mempercepat pelaksanaan projek terbabit, kerajaan telah mengeluarkan waran am perbelanjaan untuk tahun ini lebih awal iaitu pada 31 Dis 2025 berbanding amalan sebelum ini sama ada bulan Mac atau April.

"Kerajaan memperuntukkan RM2.4 bilion bagi projek kecil untuk kumpulan kontraktor G1 hingga G4 yang kebanyakannya dikendalikan oleh kontraktor bumiputera.

"Pelaksanaan harus bermula sekarang di peringkat negeri dan pejabat daerah, dan semua proses perlu dipercepat," katanya ketika menyampaikan Amanat Tahun 2026 pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Anwar berkata pemulihan sekolah daif juga dibenarkan dan terbuka kepada prakelayakan kontraktor.

“Projek lain berjalan ikut jadual... saya tidak bimbang sangat tentang projek tebatan banjir kerana ia berjalan ikut keperluan... perumahan awam, projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Lebuhraya Pan Borneo yang sudah bermula... tetapi saya tekankan tentang projek-projek kecil yang harus dijalankan lebih cepat.

“Seperti kes jambatan roboh di Kuala Krai... betul ada masalah kerana tanah itu adalah tanah swasta... Menteri Besar dan Kerajaan Negeri memberikan kerjasama untuk kita segera perbaiki," katanya.

 
Back
Top
Log in Register