nampak macam ada 2 soalan.
soalan pertama. utk bahasa omputih mengenai Kontra secara ringkas sila rujuk di link
bursa malaysia ni.
saya tak pernah main kontra dan saya tak syorkan. UZAR dlm Money, You & Islam ada mengatakan ia haram kerana ada unsur2 pejudian dan membeli saham tanpa ada duit dlm akaun. Walaupun ramai yg sangkal, kata T+3 tu pun kira adik beradik, tapi saya tidak pernah miss utk memastikan duit saya dlm akaun sentiasa mencukupi sebelum menekan butang BUY tu. 3 hari lagi baru dia nak deduct, itu dia punyer hal, diluar bidang kuasa saya. Bagi saya baik tinggalkan apa2 yg syubhah. Ramai complaint kata susah ler, tak leh hiduplah, dll. Percayalah Allah jualah yg memberi rezeki dan saya sendiri dapat merasa rezeki datang lagi melimpah ruah jikalau kita pastikan segala urus niaga duit kita tiada unsur2 syubhah. utk keterangan dlm bahasa melayu, boleh rujuk di link
UZAR ini scroll dibawah sekali.
soalan kedua. boleh, nak order BUY 0.250 pun tak ada masalah, kalau memang tgk graph macam ada harapan nak turun boleh que rendah dari current SELL price. mana tau ada org desperate nak jual takut lagi rugi atau dia dah untung, dia terus jual at 0.250 anta punyer order terus matched.