Saham TNB jatuh, seret turun FBM KLCI

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
150,801
Reaction score
20,778
Points
1,661


KUALA LUMPUR: Petunjuk utama pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia jatuh untuk hari kedua berturut-turut hari ini terutamanya disebabkan kerugian TNB susulan pengumuman pemotongan tarif elektrik.

Ketika ditutup, indeks utama itu pada 1,798.95 mata, susut 12.17 mata selepas jatuh serendah 1,790.8 pada satu ketika.

TNB yang menyebabkan indeks komposit jatuh 4.55 mata, turun 46 sen kepada RM14.40 dengan 29 juta saham bertukar tangan.

Terdahulu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili mengumumkan keputusan Kabinet menurunkan tarif elektrik dengan pelepasan kos tidak seimbang (ICPT) 2.25 sen/kWh bagi pengguna di Semenanjung Malaysia bermula 1 Mac hingga 30 Jun 2015.

ICPT ialah mekanisme yang membolehkan TNB menunjukkan perubahan (sama ada peningkatan atau pengurangan) kos bahan api tidak terkawal dalam tarif elektrik setiap enam bulan.

Ketua Penyelidikan JF Apex Securities, Lee Chung Cheng memberitahu Bernama trend penurunan di Bursa Malaysia juga disebabkan kejatuhan harga minyak pada Selasa dengan harga minyak mentah Brent jatuh kepada AS$56 setong.

Dalam kalangan kaunter berasaskan minyak dan gas, Petronas Dagangan susut 58 sen pada RM18.10, Petronas Gas jatuh 30 sen kepada RM21.78, SapuraKencana merosot sembilan sen kepada RM2.84 dan Perisai Petroleum rugi 4.5 sen kepada 59 sen.

Pada papan skor, Indeks FBM Emas 67.88 mata lebih rendah pada 12,401.5, FBM 70 susut 16.6 mata kepada 13,458.32, Indeks FBMT100 kurang 66.79 mata kepada 12,088.1, FBM Ace merosot 92.12 mata pada 6,409.79 dan Indeks FBM Emas Syariah jatuh 94.51 mata kepada 12,886.3.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan turun 11.82 mata pada 15,903.83, Indeks Perusahaan kurang 17.54 mata pada 3,263.08, namun Indeks Perladangan menokok 40.32 mata kepada 8,053.55.

Keseluruhan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 508 berbanding 321, manakala 313 kaunter tidak berubah, 593 tidak didagangkan dan 12 lagi digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 2.19 bilion unit bernilai RM2.36 bilion daripada 2.47 bilion unit bernilai RM2.29 bilion yang diurusniagakan pada Selasa.

Dalam kalangan kaunter cergas, Asia Bioenergy jatuh satu sen kepada 13.5 sen manakala JAG susut 1.5 sen kepada 16 sen.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi pula, Public Bank turun 22 sen kepada RM18.56, Axiata merosot tiga sen kepada RM7.07, dan Sime Darby susut enam sen pada RM9.50. Maybank kekal pada RM9.10.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 1.55 bilion saham bernilai RM2.22 bilion daripada 1.89 bilion saham bernilai RM2.16 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 512.63 juta unit bernilai RM119.28 juta berbanding semalam yang mencatatkan 516.09 juta saham dengan nilai RM116.08 juta.

Waran meningkat kepada 121.02 juta unit bernilai RM26.38 juta daripada 67.22 juta unit dengan nilai RM12.52 juta sebelum ini.

Produk pengguna meliputi 199.91 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk perusahaan (214.78 juta), pembinaan (93.46 juta), perdagangan dan perkhidmatan (711.8 juta), teknologi (128.73 juta), infrastruktur (17.56 juta), SPAC (12.49 juta), kewangan (39.16 juta), hotel (8.35 juta), hartanah (83.15 juta), perladangan (26.18 juta), perlombongan (258,200), REITs (12.87 juta) dan tertutup/dana (17,000). - BERNAMA


http://www.bharian.com.my/node/34485
 
Sponsored Post

ipins

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2009
Messages
4,729
Reaction score
100
Points
33
turun tuk 3 bulan ke tariff.
gabra tak tentu pasal market nih...
lps 3 bln untung tnb naik blk la (kot?)
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
150,801
Reaction score
20,778
Points
1,661
10.18am skang 13.64, drop 76sen



Turun tarif, saham TNB susut 60 sen

Saham Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjadi kaunter paling aktif didagangkan pagi ini selepas kerajaan mengumumkan pengurangan tarif di Semenanjung Malaysia mulai 1 Mac hingga Jun 2015.

Saham TNB susut sebanyak 60 sen atau 4.1 peratus kepada RM13.80 dengan lebih 3.9 juta saham bertukar tangan pada awal urus niaga hari ini. - MalaysiaGazette
 

blogpstr

Active Member
Joined
Aug 9, 2011
Messages
1,063
Reaction score
28
Points
30
apa lagi. borong la time ni.... 3 bln lagi naik kot?
 

org sbn

Active Member
Joined
May 20, 2014
Messages
1,227
Reaction score
2
Points
25
Spekulasi je semua ni, nti naik balik..
 

myroadtax.com

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,906
Reaction score
581
Points
161
Ini masa orang berduit nak buat lagi banyak duit. Buy buy buy.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
150,801
Reaction score
20,778
Points
1,661
last week highest pg sampai 16.96

xfolow plak apsal mencanak cmtu
 

blankoguy85

Super Active Member
Joined
Dec 14, 2011
Messages
7,554
Reaction score
64
Points
70
strategi biznes menjadi gamaknya nie..

harga turun.. ada pemegang akan lepaskan saham..
yg berduit akan beli pula..

struggle 3bulan..
lepas tu...pommmm.. naik balik..

he he he he..
 

+kOoL+

Legendary Member
Joined
Apr 11, 2007
Messages
12,425
Reaction score
68
Points
120
sapa ada duit right time to buy ni.. susah la kaunter energy mcm ni nk rugi terus menerus
 
Sponsored Post
Top
Log in Register