Untuk sesiapa yg berminat ingin mengetahui cara saya memilih saham yg hendak dibeli. Bulan Ramadan ini kalau amalan sunat pun mendapat ganjaran tinggi apatah lagi amalan2 fardhu. Kerana menuntut ilmu itu amalan fardhu, sama2 kita menuntut ilmu dalam share trading ni:-
Sila rujuk Buruan menggunakan EOD data as of 23/08/2011 di atas.
Yg hijau bold bermaksud meeting all 3 RMO signals iaitu last bar biru, last arrow BUY & RMO value +ve iaitu BULLISH.
Yg tak bold hijau, saya akan lupakan. Di atas adalah 122 company drp 1083 company. 1083 companies tu tidak termasuk yg baru listed macam PCHEM dsb. Jadi pemburuan saya terhad kpd 122 company dan dalam 122 company ni pun sudah banyak kita jumpa yg meeting ketiga2 RMO buying signals.
Jadi hari ini selepas market ditutup ptg tadi, saya jumpa 9 company yg meeting the criteria. Nak beli semua? Jangan lagi, relax dulu, kecuali tak sayang duit. Dlm 9 company ni tak semua yg dikatakan 'hangat' atau jadi buruan pelabur-pelabur yg lain. Jadi saya buat another analysis dipanggil '5 Day Volume Surge' ke atas 122 company dan yg teratas adalah yg paling banyak ditradingkan dalam 5 hari yg lepas. Kenapa saya tak buat '1 day Surge'? Takut apa org putih panggil "warm2 chicken ****", bermaksud satu hari saja yg tinggi, the next day, tak ada permintaan, jadi 'supply & demand' dah kick in, bila tak ada org nak beli the next day, jgn le kita harap harga nak naik.
Yg paling menaraik adalah NESTLE. Kenapa? Sila klick
NESTLE dan tgk volume bar dia yg, org kata, "panas2 goreng pisang". Sila click 1Y button dan kita boleh lihat volume bar tinggi sejak akhir2 ini berbanding dgn sebelumnya dan dalam analisa '5 Day Volume Surge' adalah 3.9955 kali lagi tinggi dari 200 hari average volume. Jadi, bila ada permintaan, ada harapan kalau tak banyak pun sikit harga akan naik.
Tapi saya dah beli NESTLE hari Jumaat lepas pada $47.90 dan hari ni pun masih tutup pada $47.90 Jadi kata org melayu "takkan nak letak telur dalam raga yg sama?".
Mungkin kpd yg baru akan tanya harga NESTLE ni tak naik pun, betul ke merzmerzmerz ni? Saya punya jawapan, kena tgk juga KLCI index yg turun pada kadar 0.11% dan tak termasuk NAV unit trust yg lain2. Boleh periksa sendiri, sure lebih lagi turun, ada yg turun sampai 1.54%, siapa turun? biasa le kebanggaan ramai ASN (Jgn lupa kena bayar 5% lagi masa beli).
Jadi selain drpd NESTLE apa nak beli? Yang kedua tertinggi dalam list adalah DLADY dan nampak menarik, terutama masa2 roller coaster ride ni, ramai pelabur jual share beli emas dan banyak juga beli high dividen payout company macam DLADY ni. Kalau tak percaya sila tgk posting saya mengenai
high dividen payout company sebelum ini. Almost semua dlm list saya tu macam AMWAY, BIPORT, DIGI, DLADY, F&N duduk di volume ranking yg teratas, bukan di bawah sana.
setakat ini utk pengkongsian ilmu terutama pada diri saya sendiri ini.