BTC USD 61,713.5 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemburu Saham

Buku yang penah baca

1) Adam Khoo
2) Conrad LIm
3) Razali Razman

iqrak. tuntutan ilmu ni kena berterusan. saya sokong baca buku apapun yg bermanfaat.

engineer macam saya lagi kena banyak baca buku2 financial. al-maklum jenis kami ni tak reti untung rugi. yg kami tau, pasang jalan. saya suka dynaquest's stock performance guide tu pasal most financial ratios ada kat sana. dia umpama car traders magazine, cuma kereta tukar jadi company.

Personal Money juga bagi saya tak rugi subscribe tiap2 bulan utk org buta financial macam saya ni. Personal Money bulan ni punyer pun cerite pasal Financial Ratios. Dalam tu pun ada section yg rekomen buku2 terkini utk dibaca. Walaupun sesetengah akauntan kata ni kacang, tapi kadang2 dia org ni juga sampai skrg tak reti nak banding company ni strong, yg ni lagi baguih dari yg tu,etc. - sorry bukan nak kutuk akauntan, maksud saya kalau ada ilmu accounting pun tapi tak pernah asah diri sendiri guna figures untuk judge company strength, susah juga.

Bukan saja kita kena tahu kereta yg kita nak beli tu bagus, kita nak kena tau jugak kereta ni ada masalah lain tak macam harga spares, tempat service, makan minyak ke tak, user's complaints, etc. Car Traders tak bagi tau, tapi kadang2 kita 'Google'. Utk saham pulak, cara google samalah seperti baca paper punyer financial section, personal money, Edge Daily, dll untuk mengetahui keadaan ekonomi sebenar di luar sana. Takkan kita nak beli AIRASIA kalau company tu dah tinggal 1 pesawat? - umpamanya.

trading direct ekuiti ni nak kena experience sendiri. umpama masuk hutan redah sendiri baru tahu pahit maungnya, umpama berumahtangga jugak. Susah org nak jadi family advisor atau marriage counselor, kalau sendiri tak pernah kawin. jadi start trading dari awal, kalau ada anak, ajar dia trading saham, bagi modal dekat dia sikit, dan cut sikit dia punyer allowance, suruh dia guna beli saham. InsyaAllah, sebelum 40 tahun dia jadi expert, jadi jutawan dan kerja bagi dia sebagai menghabiskan masa dan ibadat semata-mata. bukan macam saya, kena kerja sampai pencen lah.
 
Last edited:

Bro mana nak carik saham undervalue? Nak tengok saham undervalue guna FA or TA analisis?
 
Bro mana nak carik saham undervalue? Nak tengok saham undervalue guna FA or TA analisis?

Wow hari ni saja, IRR (Internal Rate of Return) utk semua saham2 saya turun dekat 13%. Saya terus jual satu kerana sudah mencecah -10%. Cobaan.

Satu soalan yg sgt baik mengenai undervalue/overvalue. terimakasih kerana bertanya.

Utk undervalue selalu org tgk PER = Price Earning Ratio = Market value per share / Earnings per share. Jadi kira FA not TA.

Kaedah 1
Pakai harga semata2. Ni kira TA. Contohnya
AIRASIA

52wk range: 1.07 - 4.00, anything 33% from low to high kira undervalue. Above 33% kira overvalue.
Jadi dalam kes ni (4.00 - 1.07)*0.33+1.07 = 2.04

Anything above 2.04 kira overvalued.

Kaedah 2 - Combined FA & TA - Ho Kok Mun
dlm How to make money from your stock investment even in a falling market.
Mengira Intrinsic Value dan current price mesti rendah bukan saja dari Kaedah 1 tapi kena rendah juga dari Intrinsic Value. Tapi selalunya, saya tak pernah jumpa lagi, yg Intrinsic Value rendah dari Kaedah 1

Kaedah 3
Tgk Dynaquest PER cth utk AirAsia
5-YA (5 year average) PER range = 6.8 - 11.1
10YA PER range = 17.3 - 25.8

2011 EPS (sen) 20.0 E (E for estimate)

Hari ni AIRASIA 3.95

PER hari ni = 3.95 / 0.20 = 19.75

kesimpulan, kalau banding 5YA memang overvalued
kalau banding dgn 10YA 19.75 kira the right value, boleh juga kata undervalue pasal towards the low end near 17.3 and not near or above 25.8

Kaedah 4

Tengok Reuters

Reuters kata beli. Anah panah duduk tgh2 antara Hold & Buy. Kira Kaedah 3 tu nampak betul. Kaedah 1 & 2 kira terlebih conservative / over protective.

Kalau nak tgk lebih detail di Reuters, click Financials tab. Kita boleh lihat P/E Ratio (TTM) Twelve Trailing Months = 11.58 lagi rendah berbanding dgn Industry 23.47, Sector 18.69 atau S&P 500 15.04. Jadi kira masih undervalued walaupun harga kira dilinkungan yg tertinggi dalam sejarah. Kenapa? jawapannya Airasia buat duit, walaupun harga saham tinggi, EPS juga naik dari tahun ke tahun, EPS=2.1 pada tahun 2004 dan 27.8P pada tahun 2010, jadi ratio PER ni boleh dikira pakai. Bila tak boleh dikira pakai? Kalau EPS growth tak steady, ada tahun rugi lagi, -ve EPS, jadi PER tak dapat dikira (Not Meaningful). Kalau jumpa company macam ni, naik turun, naik turun EPS dia, PER tak boleh apply sangat.

Kaedah 5
Yg paling senang. PER antara 8 ke 15 kira ON.

Kesimpulan
Kalau pakai Kaedah 1 saja umpama beli kereta murah tanpa periksa keadaan mekanikal kereta, kira pakai belasah, janji murah - risk tinggi. silap2 bukan dapat kereta tapi dapat besi buruk, saya tak rekomen.

Kalau pakai Kaedah 2 umpama mencari kereta yg condition dia macam baru dgn harga murah giller. Berjanggut tunggu. Andai kata KLSE merudum lagi macam 2008, baru boleh jumpa banyak company.

Kaedah 3 - saya rekomen, tapi kena beli Dynaquest dulu, belek tiap2 hari, baru paham.

Kaedah 4 - time2 malas dan tak ada masa

Kaedah 5 - sepintas lalu, kalau tgh dok buru memburu, yg PER dah 30X letak tepi dulu

tapi PER hanya satu dari banyak lagi ratio yg elok kita belek jugak umpama D/E Ratio, Free Cash flow to Capital, EBITDA, EPS, ROE.

secara umumnya PER amat berguna utk kita rasa ramai org suka share ni dan expect earnings yg besar dari company ni, kalau menghampiri 15. kalau kurang dari 8, ramai org tak harap company ni bagi big earnings, kemungkinan bukan pisang goreng panas. antara 8 ke 15, oklah, kira org pandang jugak company ni.
 
+ 22 nampak mcm merah plak

DJ -49 (-0.43%) walaupun nampak OK tapi masih awal nak kata. kata jobless rate turun. apa2 pun kalau american panic, tak der savings lain, jual giller2, merudum lagi macam 2008. kalau diorang relax, pikir long term, pikir Apple ipod, iphone iMac ni memang power, sayang nak jual, kira tak jadi merudum. kita tunggu dan berdoa agar semua di dunia tak merudum.
 
Back
Top
Log in Register