Assalamualaikum w.b.t
Segala puji hanya pada Allah, Tuhan yg memberi rezeki kpd kita semua.
Sekadar berkongsi.
Seperti biasa bila kita dah beli, kita kena monitor tiap2 hari.
Apa yg saya buat, saya akan mark vertical line pada tarikh yg saya beli. Saya akan mark 2 horizontal line, satu biru & satu merah. yg biru harga yg dibeli, yg merah adalah 10% rugi punyer line utk bagi saya ingat, jgn tunggu dah, jual terus kalau harga menghampiri -10%.
Nak keluar 'Exit' dari sesuatu saham bagi saya lagi sukar dari pada membeli. beli senang, nak jual, banyak cabaran. cabaran2 yg terbesar adalah ego, tamak, tak disiplin, leka, dibuai mimpi, relax, tak buat kerja, biarkan ajer, antara faktor2 yg akan membuat trader gulung tikar.
kalau rugi senang, kita keluar. kalau tak leka yakni keluar SELL arrow signal dari RMO dan pada sama berdisplin iaitu EXIT bila exit signal keluar juga senang. yg paling susah bila sudah untung, bila nak keluar? adakah cukup dkt 30%? yang ni susah saya nak jawab. saya nak kena kumpulkan formula2, yg catatan2 lepas2, utk merumuskan bila nak keluar, kerana bagi saya ia banyak bergantung kpd faktor2 peribadi & luaran juga seprti KLCI index, dan index2 lain diluar sana.
saya mohon maaf jikalau tak sempat jawab semua soalan. diharap kawan2 semua bersabar ye.