bila baca thread nie rasa minat juga bermain
saham dgn maklumat dari tt nie.
harap tt dapat memberi sumbangan dan analisis.
modal minimum brpa tt.
nk tya tt above and between 7,6,5.5 apa dia
newbie bertaya
sila rujuk post saya yg
ini. di bawah tajuk Fundamental Analysis.
Ia mengikut rating yg diberi oleh Dynaquest's Stocks Performance Guide utk memudahkan org2 seperti saya yg kurang celik bab2 financial menilai kukuh ataupun tidak sesuatu company. Lagi tinggi ratingnya lagi kukuh fundamental company tersebut.
walaupun kejayaan masa lepas tidak semestinya menjamin kejayaan masa depan, pertumbuhan sesuatu company dapat dinilai dari prestasi financialnya yg lepas2. kerana perniagaan yg tidak berkembang tidak harus mempunyai nilai harga saham yg menaik kerana semata-mata spekulasi yg melampau. kecualilah company2 yg tak berkembang ini mempunyai rekod untung yg konsisten dan dapat memberi pulangan dividen tetap & tinggi dari rate yg diberi oleh bank2 melalui fix deposit.
apa yg cuba saya tunjukkan melalui pegangan saham saya sejak 18/08/11 adalah semasa kedudukan ekonomi yg meleset ini, kita lebih baik memilih company2 yg berlandaskan fundamental dahulu sebelum menilai melalui technical (market behaviour) dan bukannya membeli saham company2 menggunakan TA semata2 tanpa menilai kukuh ke tidak kedudukan financialnya.
modal? bergantung kpd simpanan potfolio masing2 dan faktor umur masing2, bukan apa takut kena heart attack. kalau boleh sila baca Personal Money utk makluman lebih lanjut. Saya dulu mula beli 2, 3 company saja dalam $1,000 satu. Alhamdulillah bila sudah merasa rugi, rugi, rugi kerana kurang ilmu kemudian untung, untung, untung, rugi, untung, untung, untung, rugi, barulah saja berani menggunakan keuntungan serta menambah jumlah pelaburan.
secara umum utk org islam berumur 35-40 tahun yg katakan mempunyai cash sebanyak $10,000 saya cadangkan:-
1. 50% - $5,000 disimpan dalam bentuk cash di Tabung Haji atau unit trust yg lain janji islamic compliant.
2. 20% - $2,000 disimpan dalam bentuk emas di Kuwait Finance House.
3. 20% - $2,000 digunakan utk direct trading/investment ke bursa saham.
4. 10% - $1,000 utk monthly payment rumah yg bukan didiami.
nombor 2 & 3 tu boleh adjust, contohnya 30% direct equity dan 10% gold time2 KLCI bullish yakni diwaktu pertumbuhan ekonomi yg pesat.
nombor 1 boleh diturunkan kpd 40% dan 4 dinaikkan kpd 20% janji cash yakni nombor 1 sudah mencapai 6 kali gaji bulanan.
ini terpulang kpd individu yg rasa dia expert kat mana. ada org letak 100% dgn direct equity sebab dia expert dlm ilmu saham tapi dia pandai mempelbagaikan pegangan saham2nya seperti ada pegangan di US, Japan, China & Singapore dan pada masa yg sama membeli blue chip & highly resistance type stocks sebanyak 50% atau lebih dari total potfolionya. tak semestinya nak ikut Personal Money, tapi Personal Money punya guideline bagi saya cukup baik utk org2 yg kurang celik dgn personal finance seperti saya ni, almaklum saya ni engineer.
bab umur, kalau anak saya umur belasan tahun, sebab dia masih muda, tiada tanggungan, dan boleh menunggu bertahun2, saya suruh dia invest 100% dgn apa yg dia ada.
cth: katakanlah kita gostan balik tahun 1990, bapak saya kata "cek ooi hang pi beli saham NESTLE 100 unit" pakai duit2 yg hang ada dalam tabung campur duit raya, kalau kurang habaq mai, aku tambah"
ok saya pun beli 100 unit, satu unit $7.50 jadi modal saya $750. Kalau sekarang saya masih simpan 100 unit tu, harga terkini sudah menjadi $4,890. Berapa keuntungan? 552% bahagi 20 tahun = 27.6% setahun.
habaq mai kat saya ada tak cara pelaburan lain yg boleh bagi 27% setiap tahun selama 20 tahun? itu tak termasuk 3-5% dividen tahunan dalam tempuh tu lagi.
pendapat saya, kita ni terlalu lama dilalaikan oleh amanah2 saham yg diguna pakai oleh company2 yg bagi kereta2 mewah kpd direktor2 & manager2 selepas di public listed kan lepas tu company tu rugi dan delisted dari bursa malaysia. emmm... kalau nak komen banyak lagi.. tapi malas dan membuang masa... baik gunakan masa mencari ilmu utk melabur sendiri terus di bursa saham.