BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Katakan 'NO' kepada servis internet 'YES'

loankereta

Fun Poster
Messages
980
Joined
Oct 1, 2009
Messages
980
Reaction score
6
Points
15
Share kepada sesiapa yg nak ambil servis YES

Saya begitu kecewa dengan servis yang diberikan oleh pihak syarikat penggendali perkhidmatan YES kerana telah tidak berlaku adil kepada saya.

Saya mengambil servis YES di Bkt Beruntung berhadapan dengan TESCO Bkt Beruntung pada 24/6/2013 pada kira-kira jam 1 tengahari.Saya telah membayar RM150 untuk mendapatkan servis internet tersebut.Satu modem saya terima dan berserta resit yang dikeluarkan oleh wakil pengedar Syarikat Yes bernama Mobile Entreprises beralamat di no 9 jalan maxwell Rawang.

Saya cuba 'activate' untuk menggunakannya pada 25 atau 26hb tetapi tidak berjaya mengaktivatenya dan saya gagal untuk mendapat perkhidmatan internet yang sepatutnya diberikan.
Saya membawa modem tersebut ke tempat saya beli pada 27hb 4ptg ke tempat jualan yang saya beli sebelum itu.
Sebelum itu kira pukul 1ptg saya mendapat pesanan menerusi telepon yang saya telah menggunakan kuota perkhidmatan tersebut sebanyak 80% (Monthly Data Quota) dan seterusnya pada pukul 3ptg saya mendapat sekali lagi pesanan telepon yang saya menggunakan sebanyak 100%(fully used monthly data quota)walaupun saya belum menggunakannya lagi.Saya mengambil pakej 4G berharga RM68
Setelah saya membuat pertanyaan tersebut di 'booth jualan' yes tersebut Mr Voz Lee penjual tersebut menyuruh saya membuat aduan ke kedai jualan mereka di Rawang.
Saya telah ke Rawang dan cuba mendapat infomasi dari perkhidmatan kedai mereka malangnya mereka menyuruh kami membuat panggilan terus ke syarikat YES dan tiada usaha untuk menolong pelanggan yang telah mengalami masaalah disebabkan tidak kecekapan syarikat mereka sendiri.
Saya terpaksa menghabiskan RM8 untuk berulang ulang kali membuat penggilan kepada syarikat kerana hanya komputer sahaja menjawap tanpa mendapat pertolongan operator.Setelah berkali kali menalepon baru ada respon setelah mengambil 1jam dari operator YES menjawap dengan jawapan yang mengecewakan dan meminta saya membayar untuk menambahkan quota tersebut dan mereka tidak boleh berbuat apa2 walaupun saya cuba ingin bercakap dengan pegawai atau pengurus syarikat tersebut.Operator tersebut mengatakan alasan sama akan diberikan oleh pengurus mereka sekiranya saya menanya soalan tersebut.
Saya tidak berpuas hati dan ingin membuat penamatan perkhidmatan YES dan membawa modem tersebut ke kedai YES rawang sekali lagi malangnya mereka menyuruh saya ke KL untuk menamatkan perkhidmatan tersebut.Selagi lagi saya rasa teraniaya dengan servis yang diberikan,kaunter yang ada hanya ingin memungut duit dan tiada servis dan tanggungjawap terhadap mutu perkhimatan yang diberi oleh syarikat yang diwakilinya.
Saya telah banyak menghabiskan masa beberapa hari dari masaalah modem sehingga untuk menamatkan perkhidmatan tersebut.Duit telepon dan minyak kereta saya perlu saya tanggung demi untuk mendapatkan perkhidmatan 'sampah' dari wakil syarikat dan Syarikat YES sendiri.
Sekarang saya perlu ke KL pula untuk terminate servis mereka sedangkan ini bukan kesalahan saya dan saya perlu menanggung segala kos pemulangan yang sepatutnya walaupun kesalahan ini adalah syarikat perkhidmatan YES tersebut.
 
Natang YES provider ni company cha ya nun alif. natang puok2 nih pandai bodek kerajaan, hasilnya skrg MOE dah ambik internet YES utk supply ke semua sekolah. better ambik internet dari provider yang sudah terkenal laa sng. YES 4G, P1WimaX semua tu tolak tepi.
 
Simpati kt tt...
 
YES ni bkn YTl pny ke
atau berjaya dah lupa la..
pg tribunal je terus tt
skrg isi borang online je
isi kat web ttpm
 
ok noted... takkan ambik servis ni
 
prepaid + vpn ok la....

report je kt skmm, cfm & nccc
 
Back
Top
Log in Register