Al-Quran & Hadith : Jalan ke Syurga

CG Sponsors




boca120879

Fun Poster
Joined
Dec 27, 2018
Messages
440
Reaction score
73
Points
30
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Muhammad bin Rafi', diceritakan oleh Abdurrazaq, diceritakan oleh Ibnu Juraij,
diceritakan oleh Musa bin Uqbah, daripada Abu An Nadlr,


bahawa Abu An Nadlr pernah menerima sepucuk surat
daripada suku Aslam
yang bernama Abdullah bin Abu Aufa (sahabat Nabi s.a.w.),

Abdullah bin Abu Aufa menulis surat kepada Umar bin Ubaidullah
ketika Umar bin Ubaidullah berangkat untuk memerangi orang-orang Haruriyah,
dan memberitahu kepadanya

“Suatu ketika Rasulullah s.a.w. pernah bertemu dengan para musuh,
lalu Rasulullah s.a.w. menunggu hingga matahari condong ke arah barat.

Setelah itu,
Rasulullah s.a.w. berdiri di antara para sahabat
seraya bersabda,

"Wahai kaum Muslimin,
janganlah kalian berharap bertemu dengan musuh,

dan mohonlah kesihatan kepada Allah,

namun apabila kalian bertemu dengan mereka
maka bersabarlah.

Ketahuilah oleh kalian semua,
bahawa syurga berada di bawah naungan pedang."

Kemudian Rasulullah s.a.w. berdiri sambil bermunajat,
"Ya Allah,
dzat yang menurunkan Al-Qur'an,
dzat yang menggerakkan awan,

dzat yang dapat mengalahkan pasukan Ahzab,
hancurkanlah mereka semua
dan berikanlah kemenangan ke atas kami."


(Hadith Muslim no. 3276)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Last edited:
Sponsored Post

boca120879

Fun Poster
Joined
Dec 27, 2018
Messages
440
Reaction score
73
Points
30
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Muhammad bin Abdullah bin Abdul Hakam, daripada Syu'aib, daripada Al Laits bin Sa'd,
daripada 'Ubaidullah bin Abi Ja'far, diceritakan oleh Hamzah bin Abdullah,
diceritakan oleh Abdullah bin Umar,
Rasulullah bersabda,


"Jika seseorang tidak berhenti
meminta-minta
(daripada manusia lain),

dia datang pada Hari Kiamat
dalam keadaan wajahnya
tiada daging
sedikit pun."


(Hadith Nasa'i no. 2538)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 

boca120879

Fun Poster
Joined
Dec 27, 2018
Messages
440
Reaction score
73
Points
30
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Ishaq bin Manshur, diceritakan oleh Abu Ghasan Bahlul,
diceritakan oleh Musa bin 'Ubaidah, daripada Abdullah bin Dinar, daripada Abdullah bin Umar,


"Orang-orang fakir Muhajirin mengadu
kepada Rasulullah s.a.w.
atas kurnia Allah
yang diberikan kepada orang-orang kaya,

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Wahai orang-orang miskin,
mahukah aku beri khabar gembira
kepada kalian?

Sesungguhnya orang-orang fakir miskin
daripada kaum Mukminin
akan masuk syurga
sebelum
orang-orang kaya
dengan jarak setengah (1/2) hari
yang setara dengan lima ratus (500) tahun."


Kemudian Musa bin 'Ubaidah membaca ayat ini,

وَإِنَّ يَوْمًا عِنْدَ رَبِّكَ كَأَلْفِ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ
(Sesungguhnya sehari (1) di sisi Tuhanmu
adalah seperti seribu (1000) tahun
menurut perhitunganmu)

(Surah Al-Hajj 22:47)

(Hadith Ibnu Majah no. 4114)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Last edited:

boca120879

Fun Poster
Joined
Dec 27, 2018
Messages
440
Reaction score
73
Points
30
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Muhammad bin Al Mutsanna, diceritakan oleh 'Abdul Wahhab, diceritakan oleh Ayyub,
daripada Abu Qilabah, diceritakan oleh Malik bin Al Huwairits,


"Kami menemui Rasulullah s.a.w.
dan ketika itu kami masih muda sebaya umurnya,

kemudian kami bermukim
di sisi Rasulullah s.a.w. (rumah Rasulullah s.a.w.)
selama dua puluh (20) malam.

Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang berperibadi lembut.

Maka ketika Rasulullah s.a.w. menganggak
bahawa kami sudah rindu
dengan isteri-isteri kami,

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Kembalilah kalian
menemui isteri-isteri kalian,
tinggallah bersama mereka,
ajari
dan suruhlah mereka,”

dan Rasulullah s.a.w. menyebut beberapa perkara
yang sebahagian kami ingat
dan sebahagiannya tidak,

“dan solatlah
sebagaimana kalian melihat
aku solat.

Jika solat telah tiba,
hendaklah salah seorang
di antara kalian melakukan azan

dan yang paling tua
menjadi imam."


(Hadith Bukhari no. 6705)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

 

boca120879

Fun Poster
Joined
Dec 27, 2018
Messages
440
Reaction score
73
Points
30
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Ahmad bin Hanbal, diceritakan oleh Abu Mu'awiyah,
diceritakan oleh Dawud bin Abu Hind, daripada Abu Harb bin Abul Aswad, daripada Abu Dzar,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Jika salah seorang daripada kalian
marah


dan dia dalam keadaan berdiri,
hendaklah dia duduk.


Jika rasa marahnya hilang
(maka itu yang dikehendaki),


jika tidak,
hendaklah dia berbaring."


(Hadith Abu Daud no. 4151)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 

boca120879

Fun Poster
Joined
Dec 27, 2018
Messages
440
Reaction score
73
Points
30
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Qutaibah, diceritakan oleh Sufyan, daripada 'Amr bin Dinar, daripada 'Amru bin Aus,
diceritakan oleh 'Abdullah bin 'Amru bin Al 'As,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Puasa yang paling dicintai Allah a.w.j.
adalah puasa Nabi Daud a.s.,
Nabi Daud berpuasa sehari
dan berbuka sehari
(tidak puasa berterusan).

Solat yang paling dicintai Allah a.w.j.
adalah solat Nabi Daud,
Nabi Daud tidur separuh (1/2) malam
lalu bangun (untuk solat) pada sepertiganya (1/3 terakhir),
lalu tidur lagi pada seperenamnya (1/6 terakhir)."


(Hadith Nasa'i no. 1612)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 

boca120879

Fun Poster
Joined
Dec 27, 2018
Messages
440
Reaction score
73
Points
30
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Ibnu Basyar, diceritakan oleh Yahya, diceritakan oleh Ibnu 'Ajlan, daripada Al Qa'qa',
daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Allah akan merahmati seseorang yang bangun malam
kemudian solat
lalu membangunkan isterinya,
apabila isterinya menolak,
dia akan memercikkan air ke muka isterinya,

dan Allah akan merahmati seorang isteri
yang bangun malam
lalu solat,
kemudian dia membangunkan suaminya,
apabila suaminya enggan,
maka isterinya akan memercikkan air ke muka suaminya."


(Hadith Abu Daud no. 1113)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 

boca120879

Fun Poster
Joined
Dec 27, 2018
Messages
440
Reaction score
73
Points
30
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh 'Ubaidullah bin Sa'd, diceritakan oleh bapa saudaranya, diceritakan oleh bapanya (Sa'd),
daripada Ibnu Ishaq, daripada Hisyam bin 'Urwah, daripada bapanya ('Urwah), daripada Aisyah,


“Nabi s.a.w. mengutuskan seseorang
untuk menemui Uthman bin Mazh'un,

lalu Uthman datang
kepada Nabi s.a.w.,

maka Nabi s.a.w. bersabda,
"Apakah kamu membenci sunnahku?"

Uthman menjawab,
"Tidak,
demi Allah wahai Rasulullah…
bahkan sunnahmu lah
yang amat kami cari."

Nabi s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya aku tidur,
aku juga solat,
aku berpuasa
dan juga berbuka,
aku juga menikahi wanita.

Bertakwalah kepada Allah,
wahai Uthman,

sesungguhnya keluargamu
mempunyai hak atas dirimu,

tetamu-mu
mempunyai hak atas dirimu,

dan kamu pun
memiliki hak atas dirimu sendiri,

oleh kerana itu berpuasa
dan berbukalah,

kerjakanlah solat
dan tidurlah."


(Hadith Abu Daud no. 1162)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 

boca120879

Fun Poster
Joined
Dec 27, 2018
Messages
440
Reaction score
73
Points
30
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Muhammad bin Hatim, diceritakan oleh Yahya bin Sa'id, daripada Yazid bin Kaisan,
diceritakan oleh Abu Hazim, daripada Abu Hurairah,
Nabi s.a.w. bersabda,


"Barangsiapa yang mensolatkan jenazah,
maka baginya pahala satu (1) qirath,

dan siapa yang menghantarnya
hingga jenazah itu diletakkan di liang kubur,
maka baginya pahala dua (2) qirath."

Ada yang bertanya,
"Wahai Abu Hurairah,
seperti apakah dua (2) qirath itu?"

Abu Hurairah menjawab,
"Iaitu seperti Gunung Uhud."

(Hadith Muslim no. 1572)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 

boca120879

Fun Poster
Joined
Dec 27, 2018
Messages
440
Reaction score
73
Points
30
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Ahmad bin Mani', daripada Abbad bin Abbad, daripada Washil,
daripada Yahya bin Uqail, daripada Yahya bin Ya'mar, daripada Abu Dzar,

Nabi s.a.w. bersabda,

"Setiap hari
setiap persendian anak Adam
harus disedekahi,

salam yang diberikan kepada orang yang dijumpainya
adalah sedekah,

setiap perintahnya kepada kebaikan
adalah sedekah,

setiap larangannya daripada yang mungkar
adalah sedekah,

membuang benda yang mengganggu jalan
adalah sedekah,

dan persetubuhannya dengan isteri
adalah sedekah."

Para sahabat bertanya,
"Wahai Rasulullah,
mendatangi isteri dengan syahwat
juga dihitung sebagai sedekah?"

Nabi s.a.w. menjawab,
"Apa pendapatmu jika itu dia lakukan
kepada yang bukan haknya,
apakah dia berdosa?"

Nabi s.a.w. lalu bersabda lagi,
"Dan itu semua boleh diganti
dengan dua (2) rakaat (solat) Dhuha."


(Hadith Abu Daud no. 4564)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register