BTC USD 82,904.9 Gold USD 4,118.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadith : Jalan ke Syurga

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Musaddad bin Musarhad, diceritakan oleh Abdullah bin Daud,
diceritakan oleh Ashim bin Raja bin Haiwah, diceritakan oleh Daud bin Jamil, daripada Katsir bin Qais,


"Aku pernah duduk bersama Abu Darda
di masjid Damsyik,

lalu datanglah seorang lelaki ke arahnya dan berkata,
"Wahai Abu Darda,
sesungguhnya aku datang kepadamu
dari kota Rasulullah s.a.w.

kerana sebuah (1) hadith
yang sampai kepadaku

bahawa engkau meriwayatkannya
daripada Rasulullah s.a.w.

Dan tidaklah aku datang
kecuali untuk itu."

Abu Darda lalu berkata,
"Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Barangsiapa menempuhi jalan
untuk menuntut ilmu,

maka Allah akan mempermudahkannya
jalan ke syurga.

Sungguh, para Malaikat merendahkan sayapnya
sebagai keredhaan
kepada penuntut ilmu.

Orang yang berilmu
akan dimintakan ampun
oleh penduduk langit dan bumi
hingga ikan yang ada di dasar laut.

Kelebihan seorang alim
dibandingkan dengan ahli ibadah
seperti keutamaan bulan pada malam purnama
dibandingkan dengan seluruh bintang.

Para ulama
adalah pewaris para nabi,

dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham,
mereka hanyalah mewariskan ilmu.

Barangsiapa mengambilnya (ilmu),
maka dia telah mengambil bahagian yang besar."


(Hadith Abu Daud no. 3157)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Last edited:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Abdurrahman bin Mahdi, daripada Sufyan, daripada Alqamah bin Martsad,
daripada Thariq bin Syihab,


“Seorang lelaki yang telah meletakkan kakinya pada batang kayu
bertanya kepada Rasulullah s.a.w.,

"Jihad manakah
yang paling afdal?"

Rasulullah s.a.w. menjawab,

"Kalimat hak (kebenaran)
yang diungkapkan
di hadapan
penguasa zalim.”


(Hadith Ahmad no. 18076)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Muhammad bin Marzuq, diceritakan oleh 'Ubaid bin Waqid,
diceritakan oleh Sa'id bin 'Athiyyah Al Laitsi, daripada Syahr bin Hausyab, daripada Abu Hurairah r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Barangsiapa yang mudah
Allah mengabulkan doanya
ketika dalam keadaan sempit serta berduka,

maka hendaknya dia banyak berdoa
ketika dalam keadaan lapang (senang)."


(Hadith Tirmidzi no. 3304)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Qutaibah, daripada Malik, daripada Nafi’, daripada 'Abdullah bin 'Umar,

“Rasulullah s.a.w. menyebutkan
tentang sedekah
dan enggan untuk meminta-minta."

Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Tangan di atas lebih baik
daripada tangan di bawah.

Tangan di atas
adalah orang yang berinfaq

dan tangan yang di bawah
adalah orang yang meminta-minta."


(Hadith Nasa'i no. 2486)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Yahya bin Bukair, diceritakan oleh Al Laits, diceritakan oleh Khalid bin Yazid,
daripada Sa'id bin Abi Hilal, daripada Zaid bin Aslam, daripada ayahnya (Aslam), daripada Umar bin Khattab,


Ada seorang lelaki
pada masa Nabi s.a.w.,
namanya Abdullah,
dia digelar keldai,
dia suka membuat Nabi s.a.w. tertawa,

dan Nabi s.a.w. telah menyebatnya
kerana dia mabuk.

Pada suatu hari,
dia ditangkap lagi
dan Nabi s.a.w. memerintahkan
agar dia disebat.

Lantas salah seorang sahabat berkata,
“Ya Allah,
laknatilah dia,
kerana dia sering ditangkap.”

Maka Nabi s.a.w. bersabda,
"Janganlah kalian melaknat dia,

demi Allah,
setahuku,
dia mencintai Allah
dan rasul-Nya."


(Hadith Bukhari no. 6282)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Last edited:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Sa'id bin Sulaiman, daripada Isma'il bin Ja'far, daripada Abdullah bin Sa'id bin Abu Hind,
daripada ayahnya (Sa'id bin Abu Hind), daripada Ibnu Abbas,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Barangsiapa dikehendaki kebaikan
oleh Allah,

Dia akan memberikan
kefahaman agama
kepadanya."


(Hadith Darimi no. 2590)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Abu Ar Rabi' Az Zahrani, diceritakan oleh Isma'il bin Ja'far, daripada Al 'Ala`,
daripada ayahnya, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Harta tidak akan berkurang
kerana sedekah,

dan tidaklah Allah menambahkan
bagi seorang hamba
kerana sikap memberi maaf
kecuali kemuliaan,

dan tidaklah seseorang merendahkan diri
kerana Allah
melainkan Allah mengangkat darjatnya.”


(Hadith Darimi no. 1614)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Al Qasim bin Zakariya, diceritakan oleh Khalid bin Makhlad,
diceritakan oleh Sulaiman bin Bilal, diceritakan oleh Mu'awiyah bin Abu Muzarrid,
daripada Sa'id bin Yasar, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Tidaklah seorang hamba memasuki waktu pagi
pada setiap harinya,
kecuali ada dua malaikat yang turun.

Salah satunya memohon,
“Ya Allah,
berikanlah ganti
bagi dermawan
yang menyedekahkan hartanya.”

Dan satu lagi memohon,
“Ya Allah,
musnahkanlah harta
si bakhil."


(Hadith Muslim no. 1678)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh 'Abdullah bin Yusuf, diceritakan oleh Malik,
daripada Ishaq bin 'Abdullah bin Abu Thalhah,
diceritakan oleh Abu Murrah (bekas hamba 'Uqail bin Abu Thalib), daripada Abu Waqid Al Laitsi,


"Ketika Rasulullah s.a.w. berada di masjid,
maka datanglah tiga orang lelaki.

Dua orang berjumpa dengan Nabi s.a.w.
dan seorang lagi beredar.

Satu di antara dua orang ini
nampak bersemangat belajar
bersama Nabi s.a.w.,

sedang yang satu lagi
duduk di belakang mereka.

Setelah Rasulullah s.a.w. selesai (menyampaikan pengajaran),
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Mahukah kalian
aku beritahu tentang ketiga-tiga orang tadi?

Ada pun seorang di antara mereka,
dia meminta perlindungan kepada Allah
maka Allah lindungi dia.

Yang kedua,
dia malu kepada Allah
maka Allah pun malu kepadanya.

Sedangkan yang ketiga
berpaling daripada Allah
maka Allah pun berpaling daripadanya.”


(Hadith Bukhari no. 454)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)



 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Yahya, daripada Malik, daripada 'Amru bin Yahya Al Muzani,
daripada bapanya (Yahya Al Muzani),
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Tidak boleh membuat kemudaratan
pada diri sendiri

dan membuat kemudaratan
pada orang lain."


(Hadith Malik no. 1234)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Back
Top
Log in Register