Al-Quran & Hadith : Jalan ke Syurga

CG Sponsors




boca120879

Fun Poster
Joined
Dec 27, 2018
Messages
428
Reaction score
65
Points
20
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

ذَٰلِكَ مَبْلَغُهُمْ مِنَ الْعِلْمِ
Itulah sejauh-jauh pengetahuan mereka.

إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ
Sesungguhnya Tuhanmu,
Dialah yang paling mengetahui
siapa yang tersesat daripada jalan-Nya


وَهُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اهْتَدَىٰ
dan Dia pulalah yang paling mengetahui
siapa yang mendapat petunjuk.


(Surah An-Najm 53:30)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Last edited:
Sponsored Post

boca120879

Fun Poster
Joined
Dec 27, 2018
Messages
428
Reaction score
65
Points
20
Diceritakan oleh Khallad bin Yahya, diceritakan oleh 'Abdul Wahid bin Ayman,
daripada bapanya (Ayman), daripada Jabir bin 'Abdullah r.a.,


Bahawa ada seorang wanita kaum Ansar berkata kepada Rasulullah s.a.w.

"Tidakkah sebaiknya aku buatkan sesuatu yang boleh baginda gunakan
kerana aku punya anak yang pekerjaannya sebagai tukang kayu?"

Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Silakan bila kamu kehendaki".

Maka wanita itu membuatkan mimbar.
Ketika hari Jumaat Rasulullah s.a.w. duduk di atas mimbar yang telah dibuat tersebut.

Lalu batang pohon kurma yang biasanya Rasulullah s.a.w. berkhutbah di atasnya
berteriak hingga hampir-hampir batang pohon itu terbelah.

Maka Rasulullah s.a.w. turun menghampiri batang kayu tersebut
lalu memegang dan memeluknya
hingga akhirnya batang kayu tersebut merintih dengan perlahan seperti bayi
hingga akhirnya berhenti dan menjadi tenang.

Rasulullah s.a.w. berkata,
"Batang kayu itu menangis

kerana zikir yang pernah didengarnya."

(Hadith Bukhari no. 1953)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Last edited:

boca120879

Fun Poster
Joined
Dec 27, 2018
Messages
428
Reaction score
65
Points
20
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh 'Amru bin Ali, diceritakan oleh Abu 'Ashim, daripada Ibnu Juraij,
diceritakan oleh Musa bin 'Uqbah, daripada Nafi', daripada Abu Hurairah,
Nabi s.a.w. bersabda,


"Apabila Allah mencintai seorang hamba,

maka Dia (Allah) akan menyeru Jibril,

"Sesungguhnya Allah mencintai fulan,
maka cintailah dia."

Maka Jibril pun mencintai orang tersebut,
lalu Jibril menyeru kepada penghuni langit,
"Sesungguhnya Allah mencintai fulan,
maka cintailah fulan"

maka penduduk langit pun mencintai orang tersebut,

hingga akhirnya ditetapkan bagi fulan

untuk diterima di bumi."

(Hadith Bukhari no. 5580)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Last edited:

boca120879

Fun Poster
Joined
Dec 27, 2018
Messages
428
Reaction score
65
Points
20
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Ibrahim bin Al Mundzir, diceritakan oleh Muhammad bin Fulaih,
diceritakan oleh bapanya (Fulaih), diceritakan oleh Hilal bin Ali, daripada Atha' bin Yasar,
daripada Abu Hurairah,


"Ketika Nabi s.a.w. berada dalam suatu majlis

membicarakan suatu kaum,
tiba-tiba datanglah seorang Arab Badwi
lalu bertanya,
"Bila datangnya hari kiamat?"

Namun Nabi s.a.w. tetap melanjutkan pembicaraannya.

Sementara itu sebahagian kaum ada yang berkata,
"Nabi s.a.w. mendengar perkataannya
akan tetapi Nabi s.a.w. tidak menyukai apa yang dikatakannya itu,"

dan ada pula sebahagian yang mengatakan,
"Bahawa Nabi s.a.w. tidak mendengar perkataannya."

Hingga akhirnya Nabi s.a.w. menyelesaikan pembicaraannya,
seraya berkata,
"Mana orang yang bertanya tentang hari kiamat tadi?"

Orang itu berkata,
"Saya wahai Rasulullah!".

Maka Nabi s.aw. bersabda,
"Apabila sudah hilang amanah
maka tunggulah terjadinya kiamat."

Orang itu bertanya,
"Bagaimana hilangnya amanah itu?"

Nabi s.a.w. menjawab,
"Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya,

maka akan tunggulah terjadinya kiamat."

(Hadith Bukhari no. 57)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Last edited:

boca120879

Fun Poster
Joined
Dec 27, 2018
Messages
428
Reaction score
65
Points
20
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Abdullah bin Maslamah, daripada Malik, daripada Abdurrahman bin Abdullah bin Abdurrahman bin Abu Sha'Sha'ah,
daripada bapanya (Abdullah bin Abdurrahman bin Abu Sha'Sha'ah), daripada Abu Sa'id Al Khudri,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Hampir saja terjadi (suatu zaman)


harta seorang muslim
yang paling baik

adalah kambing yang digembalakannya
di puncak gunung
dan tempat-tempat terpencil,

dia pergi menghindar
dengan membawa agamanya
disebabkan takut

terkena fitnah."

(Hadith Bukhari no. 18)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Last edited:

boca120879

Fun Poster
Joined
Dec 27, 2018
Messages
428
Reaction score
65
Points
20
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Suwaid bin Nashr, diceritakan oleh 'Abdullah bin Al-Mubarak,
daripada Hammad bin Salamah, daripada Ayyub, daripada Abu Qibalah, daripada Anas,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Di antara tanda- tanda hari Kiamat adalah


manusia bermegah-megahan

dalam membangun masjid.”

(Hadith Nasa’i no. 682)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Last edited:

boca120879

Fun Poster
Joined
Dec 27, 2018
Messages
428
Reaction score
65
Points
20
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Isma'il bin Abu Uwais, diceritakan oleh Malik, daripada Hisyam bin 'Urwah,
daripada bapanya ('Urwah), daripada Abdullah bin 'Amru bin Al 'Ash,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu sekaligus
daripada hamba-Nya,

akan tetapi
Allah mencabut ilmu
dengan cara mewafatkan para ulama
hingga bila sudah tidak tertinggal ulama

maka manusia akan mengangkat pemimpin
daripada kalangan orang-orang bo.doh,

ketika mereka (pemimpin) ditanya
mereka berfatwa tanpa ilmu,
mereka sesat

dan menyesatkan."

(Hadith Bukhari no. 98)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Last edited:

cashman

Fun Poster
Joined
Oct 5, 2010
Messages
672
Reaction score
106
Points
23
Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

-Sura Al-Qamar, Ayah 17

Ada sesiapa di kalangan hamba yang nak belajar kitab ini?

Tambahan bagi Nota Penting:

Untuk pemahaman yg lebih baik, sila ikuti pengajian tafsir 30juzuk AlQuran secara talaqqi dengan guru

Ciri-ciri guru: guru yang telah sempurna ikuti pengajian tafsir 30juzuk AlQuran secara talaqqi dengan gurunya

Cara mengaji AlQuran yang begini, contoh dari siapa?
Nabi ﷺ bertalaqqi dengan Jibril عليه السلام
Sahabat رضي اللّه عنهم bertalaqqi dengan Nabi ﷺ
Tabiin bertalaqqi dengan Sahabat رضي اللّه عنهم
Dan seterusnya, hingga ke mufassirin, hingga ke guru-guru AlQuran masakini

الله اعلم
 

boca120879

Fun Poster
Joined
Dec 27, 2018
Messages
428
Reaction score
65
Points
20
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh 'Abdurrahman bin Ibrahim bin Ad Dimasyqi, diceritakan oleh Bisyr bin Bakr,
diceritakan oleh Ibnu Jabir, diceritakan oleh Abu Abdus Salam, daripada Tsauban,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Hampir-hampir bangsa-bangsa (lain) memperebutkan kalian (umat Islam),

seperti memperebutkan makanan yang berada di mangkuk."

Seorang lelaki berkata,
"Apakah kami waktu itu berjumlah sedikit?"

Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Bahkan jumlah kalian pada waktu itu sangat banyak,
namun kalian seperti buih di permukaan air.

Sungguh Allah akan mencabut rasa takut mereka kepada kalian,
dan akan menanamkan ke dalam hati kalian Al wahn."

Seseorang lalu berkata,
"Wahai Rasulullah,
apa itu Al wahn?"

Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Cinta dunia

dan takut mati."

(Hadith Abu Daud no. 3745)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Last edited:

akudotcom

Active+ Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
3,741
Reaction score
837
Points
81
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada 'Abdurrahman bin Ibrahim bin Ad Dimasyqi, daripada Bisyr bin Bakr,
daripada Ibnu Jabir, daripada Abu Abdus Salam, daripada Tsauban,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Hampir-hampir bangsa-bangsa (lain) memperebutkan kalian (umat Islam),
seperti memperebutkan makanan yang berada di mangkuk."

Seorang lelaki berkata,
"Apakah kami waktu itu berjumlah sedikit?"

Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Bahkan jumlah kalian pada waktu itu sangat banyak,
namun kalian seperti buih di permukaan air.

Sungguh Allah akan mencabut rasa takut mereka kepada kalian,
dan akan menanamkan ke dalam hati kalian Al wahn."

Seseorang lalu berkata,
"Wahai Rasulullah,
apa itu Al wahn?"

Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Cinta dunia
dan takut mati."


(Hadith Abu Daud no. 3745)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
T kasih atas info TT

Tapi TT mcm berat sebelah je
Byk hadis dr ayat quran - tak sama dgn tajuk
Jgn mara, bg pendpt aje..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register