BTC USD 83,843.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadith : Jalan ke Syurga

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Ziyad bin Ayyub, diceritakan oleh Husyaim, diceritakan oleh Abu Bisyr,
daripada Sa'id bin Jubair, daripada Ibnu Abbas,


“Nabi s.a.w. datang ke Madinah,
Nabi s.a.w. mendapati orang-orang Yahudi berpuasa
pada hari 'Asyura,

kemudian mereka (orang-orang Yahudi tersebut) ditanya
mengenai hal tersebut.

Kemudian mereka berkata,
“Ini adalah hari di mana
Allah memberikan kemenangan Musa ke atas Fir'aun,

sementara kami sedang berpuasa
sebagai pengagungan terhadapnya.

Nabi s.a.w. berkata,
“Kami (umat Islam) lebih berhak terhadap Musa
daripada kalian (orang Yahudi).”

Dan Nabi s.a.w. memerintahkan untuk berpuasa
pada hari tersebut.”


(Hadith Abu Daud no. 2088)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Muhammad bin Abu 'Umar Al 'Adani, diceritakan oleh Abdullah bin Mu'adz,
daripada Ma'mar, daripada 'Ashim bin Abu An Nujud, daripada Abu Wa`il, daripada Mu'adz bin Jabal,


"Aku bersama Nabi s.a.w. di suatu perjalanan,
hingga pada suatu pagi, aku berada di sisi Nabi s.a.w.

Saat berjalan aku berkata kepada Nabi s.a.w.,
"Wahai Rasulullah, khabarkanlah kepadaku
amalan yang dapat memasukkan aku ke dalam syurga
dan menjauhkan aku dari neraka?"

Nabi s.a.w. menjawab,
"Sungguh, kamu telah menanyakan suatu perkara yang sangat besar (bagus)
padahal itu sebenarnya sangat mudah
bagi orang yang Allah mudahkan,

iaitu kamu menyembah Allah
dan jangan menyekutukan-Nya dengan sesuatupun,
menegakkan solat,
menunaikan zakat,
berpuasa pada bulan Ramadan
dan menunaikan ibadah haji."

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda,
"Mahukah aku tunjukkan kepadamu
pintu-pintu kebaikan?

Puasa adalah perisai,
sedekah dapat memadamkan kesalahan sebagaimana air dapat memadamkan api,
dan solatnya seseorang pada tengah malam."

Lalu Nabi s.a.w. membaca,


تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
(Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya
dan mereka selalu berdoa kepada Rabbnya
dengan penuh rasa takut dan harap,
serta mereka menafkahkan apa-apa rezeki yang Kami berikan.)


(Surah As-Sajdah 32:16)

فَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَا أُخْفِيَ لَهُمْ مِنْ قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
(Tidak seorang pun mengetahui pelbagai nikmat yang menanti,
yang indah dipandang sebagai balasan bagi mereka,
atas apa yang mereka kerjakan.)


(Surah As-Sajdah 32:17)

أَفَمَنْ كَانَ مُؤْمِنًا كَمَنْ كَانَ فَاسِقًا ۚ لَا يَسْتَوُونَ
(Apakah orang-orang beriman itu sama
dengan orang-orang yang fasik?
Mereka tidak sama.)


(Surah As-Sajdah 32:18)

Kemudian Nabi s.a.w. melanjutkan,
"Mahukah aku beritahukan kepadamu
perkara pokok, tiang-tiangnya dan puncak tertinggi
segala urusan?
Itu adalah jihad."

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda,
"Mahukah aku beritahukan kepadamu
tentang orang yang memiliki semua itu?"

Mu'adz bin Jabal menjawab,
"Tentu."

Nabi s.a.w. lalu memegang lidahnya
dan bersabda,
"Kamu harus menahan ini (lidah)
daripada dirimu."


Mu'adz bin Jabal berkata,
"Wahai Nabi Allah,
apakah kami akan diadili
dengan apa yang kami ucapkan ini?"

Nabi s.a.w. bersabda,
"Alangkah terkejutnya kamu wahai Mu'adz,
tidaklah muka-muka manusia disungkurkan ke dalam api neraka
melainkan kerana hasil perbuatan lidah-lidah mereka!"


(Hadith Ibnu Majah no. 3963)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,
padahal belum datang kepadamu (cubaan)
sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?


مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّهِ
Mereka ditimpa dengan malapetaka dan kesengsaraan,
serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan)
sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya,
"Bilakah datangnya pertolongan Allah?"


أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ
Ingatlah,
sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.


(Surah Al-Baqarah 2:214)

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

فَأَمَّا الْإِنْسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ
Ada pun manusia apabila Tuhannya mengujinya
lalu dia dimuliakan-Nya
dan diberi-Nya kesenangan,
maka dia akan berkata,
"Tuhanku telah memuliakanku."

(Surah Al-Fajr 89:15)

وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلَاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَهَانَنِ
Ada pun bila Tuhannya mengujinya
lalu menyempitkan rezekinya
maka dia berkata,
"Tuhanku menghinaku."

(Surah Al-Fajr 89:16)

كَلَّا ۖ بَلْ لَا تُكْرِمُونَ الْيَتِيمَ
Sekali-kali tidak (demikian),
sebenarnya kamu tidak memuliakan anak yatim,

(Surah Al-Fajr 89:17)

وَلَا تَحَاضُّونَ عَلَىٰ طَعَامِ الْمِسْكِينِ
dan kamu tidak saling mengajak
memberi makan orang miskin,

(Surah Al-Fajr 89:18)

وَتَأْكُلُونَ التُّرَاثَ أَكْلًا لَمًّا
dan kamu memakan harta pusaka
dengan cara mencampur-adukkan
(yang halal dan yang batil),

(Surah Al-Fajr 89:19)

وَتُحِبُّونَ الْمَالَ حُبًّا جَمًّا
dan kamu mencintai harta benda
dengan kecintaan yang berlebihan.

(Surah Al-Fajr 89:20)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Abdurrahman bin Ibrahim Ad Dimasyqi & Harun bin Ishaq,
(kedua-duanya) diceritakan oleh Ibnu Abu Fudaik, daripada Salamah bin Wardan,
daripada Anas bin Malik,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Barangsiapa meninggalkan dusta,
sementara dia batil,
maka akan dibangunkan baginya
istana di sekitar syurga.

Barangsiapa meninggalkan debat
meskipun dia benar,
maka akan dibangunkan baginya
istana di tengah syurga.

Barangsiapa memperbaiki akhlaknya
maka baginya akan dibangunkan
istana di syurga yang paling tinggi."


(Hadith Ibnu Majah no. 50)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ
Muhammad itu adalah utusan Allah

وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ
dan orang-orang yang bersama dengan dia
adalah keras (tegas) terhadap orang-orang kafir,
tetapi berkasih sayang sesama mereka.


تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا
Kamu lihat mereka rukuk dan sujud
mencari kurnia Allah dan keredaan-Nya,


سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ
tanda-tanda mereka kelihatan pada muka mereka
daripada bekas sujud.


ذَٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ
Demikianlah sifat-sifat mereka
dalam Taurat


وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنْجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ
dan sifat-sifat mereka dalam Injil,
iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya
maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat
lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya;
tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya
kerana Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir
(dengan kekuatan orang-orang mukmin).


وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا
Allah menjanjikan
kepada orang-orang yang beriman
dan mengerjakan amal yang soleh
di antara mereka,
pengampunan dan pahala yang besar.


(Surah Al-Fath 48:29)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Harun bin Ishaq Al Hamdani, diceritakan oleh Abdah bin Sulaiman,
daripada Hisyam bin Urwah, daripada ayahnya (Urwah), daripada Zainab binti Ummu Salamah,
daripada Ummu Salamah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Sesungguhnya kalian akan mengadu perkara kalian
kepadaku,
padahal aku hanyalah seorang manusia biasa.


Boleh jadi sebahagian daripada kalian lebih fasih (kuat)
dalam mengemukakan hujahnya.

Maka, jika aku memutuskan (sesuatu) perkara
terhadap salah seorang daripada kalian
yang mengambil hak saudaranya,

sesungguhnya aku mengambilkan potongan untuknya
daripada potongan api neraka.

Maka, janganlah dia mengambil sesuatu pun
daripadanya.”


(Hadith Tirmidzi no. 1259)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً
Berdoalah kepada Tuhanmu
dengan merendah diri
dan suara yang lembut.


إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ
Sesungguhnya Allah tidak menyukai
orang-orang yang melampaui batas.


(Surah Al-A'raf 7:55)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Khallad bin Yahya, diceritakan oleh Sufyan,
daripada Abu Burdah bin 'Abdullah bin Abu Burdah, daripada datuknya (Abu Burdah),
daripada Abu Musa,
Nabi s.a.w. bersabda,


"Sesungguhnya seorang mukmin dengan mukmin lainnya

seperti satu bangunan
yang saling menguatkan
antara satu sama lain."

Kemudian Nabi s.a.w. mengeratkan jari-jemarinya."


(Hadith Bukhari no. 459)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar

(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh 'Ubaidullah bin Musa, daripada Hanzhalah, daripada Salim bin 'Abdullah,
daripada Ibnu 'Umar r.a.,
Nabi s.a.w. bersabda,


"Jika isteri-isteri kalian minta izin
ke masjid
pada waktu malam,

maka izinkanlah mereka."


(Hadith Bukhari no. 818)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Back
Top
Log in Register