BTC USD 85,386.0 Gold USD 4,301.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadith : Jalan ke Syurga

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Abu Bakar bin Abu Syaibah, diceritakan oleh Yazid bin Harun,
daripada Muhammad bin 'Amru, daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Sungguh,
kalian akan mengikuti jalan (cara hidup)
orang-orang sebelum kalian,

sedepa demi sedepa,
sehasta demi sehasta
dan sejengkal demi sejengkal,

sehingga sekiranya mereka masuk ke lubang biawak,
sungguh kalian juga akan mengikuti mereka."

Para sahabat bertanya,

"Wahai Rasulullah,
apakah mereka orang-orang Yahudi dan Nasrani?"

Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Siapa lagi kalau bukan mereka."


(Hadith Ibnu Majah no. 3984)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Ahmad bin Yunus, diceritakan oleh Ibn Abu Dzi'b, daripada Al-Maqburi,
daripada Abu Hurairah r.a.,
Nabi s.a.w. bersabda,


"Hari kiamat tidak akan terjadi
hingga umatku meniru generasi-generasi sebelumnya,

sejengkal demi sejengkal,
sehasta demi sehasta."

Ditanyakan,
"Wahai Rasulullah,
seperti Parsi dan Romawi?"

Nabi s.a.w. menjawab,
"Manusia mana lagi selain mereka itu?"


(Hadith Bukhari no. 6774)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا
maka aku (Nabi Nuh a.s.) katakan kepada mereka (kaumnya)
"Mohonlah ampun kepada Tuhanmu,
sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun.

(Surah Nuh 71:10)

يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا
nescaya Dia akan mengirimkan hujan
kepadamu dengan lebat,

(Surah Nuh 71:11)

وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا
dan membanyakkan harta dan anak-anakmu,
dan mengadakan untukmu kebun-kebun
dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.

(Surah Nuh 71:12)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Ibrahim bin Ya'qub, diceritakan oleh Ali bin 'Ayyasy Al Himshi,
diceritakan oleh Abdurrahman bin Tsabit bin Tsauban,
daripada ayahnya (Tsabit bin Tsauban), daripada Makhul, daripada Jubair bin Nufair,
daripada Ibnu Umar,
Nabi s.a.w. bersabda,


“Sesungguhnya Allah menerima taubat
seorang hamba

selagi nyawa belum sampai ke halkumnya.”


(Hadith Tirmidzi no. 3460)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَاءَتْكُمْ جُنُودٌ فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحًا وَجُنُودًا لَمْ تَرَوْهَاۚ

Wahai orang-orang yang beriman,
ingatlah akan nikmat Allah (yang telah dikurniakan)
kepadamu
ketika datang kepadamu tentera-tentera (kafir),
lalu Kami kirimkan kepada mereka angin taufan
dan tentera yang tidak dapat kamu melihatnya.

وَكَانَ اللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرًا

Dan adalah Allah Maha Melihat
akan apa yang kamu kerjakan.


(Surah Al-Ahzab 33:9)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Muhammad bin Basysyar, diceritakan oleh Wahb bin Jarir, diceritakan oleh bapanya (Jarir),
diceritakan oleh Yahya bin Ayyub, diceritakan oleh Yazid bin Abu Habib,
daripada 'Abdurrahman bin Syumasah, daripada Uqbah bin Amir,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Seorang Muslim dengan muslim lainnya itu
bersaudara.

Tidak halal
seorang muslim menjual kepada saudaranya
suatu jualan yang ada kecacatan

kecuali dia menerangkannya
untuknya."


(Hadith Ibnu Majah no. 2237)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Abu Bakr bin Abu Syaibah, diceritakan oleh 'Abdul A'la, daripada Ma'mar, daripada Az Zuhri, daripada Salim,
daripada Ibnu 'Umar,
Nabi s.a.w. bersabda,


"Janganlah salah seorang di antara kalian
membangunkan temannya
dari tempat duduknya
kemudian dia duduki tempatnya itu."

'Kerana itu apabila seseorang berdiri
untuk memberikan tempat duduknya
kepada Ibnu 'Umar,
dia tidak mahu mendudukinya.'


(Hadith Muslim no. 4045)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Al Humaidiy, diceritakan oleh Sufyan, diceritakan oleh Az Zuhriy, diceritakan oleh 'Ubaidullah bin 'Abdullah,
daripada Ibnu 'Abbas r.a., 'Umar r.a. berkata di atas mimbar,

Nabi s.a.w. bersabda,

"Janganlah kalian melampaui batas
dalam memujiku (mengagungkanku)

sebagaimana orang Nasrani
mengagungkan 'Isa bin Maryam.

Sesungguhnya aku hanyalah hamba-Nya,

maka itu katakanlah
`hamba Allah dan utusan-Nya'."


(Hadith Bukhari no. 3189)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Muhammad bin Ash Shabbah & Zuhair bin Harb, diceritakan oleh 'Umar bin Yunus,
diceritakan oleh 'Ikrimah bin 'Ammar, diceritakan oleh Ishaq bin 'Abdullah bin Abu Thalhah, diceritakan oleh Anas bin Malik,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Sungguh kegembiraan Allah kerana taubat hamba-Nya
melebihi kegembiraan salah seorang daripada kalian

terhadap haiwan tunggangannya di sebuah padang pasir yang luas,
namun tiba-tiba haiwan tersebut terlepas,
padahal di atasnya ada makanan dan minuman

hingga akhirnya dia merasa putus asa
untuk menemukannya kembali.

Kemudian dia beristirahat di bawah pohon,
namun pada saat itu, tiba-tiba untanya sudah berdiri di sampingnya.

Dia pun segera mengambil tali kekangnya
kemudian berkata,
'Ya Allah, Engkau hambaku dan aku ini Tuhan-Mu.'

Dia telah tersalah sebut
kerana terlampau gembiranya."


(Hadith Muslim no. 4932)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Al Abbas bin Utsman Ad Dimasyqi, diceritakan oleh Al Walid bin Muslim,
diceritakan oleh 'Anbasah bin Abdurrahman, daripada Muhammad bin Zadzan, diceritakan oleh Ummu Sa'd,


"Saat Rasulullah s.a.w. menemui Aisyah,
aku (Ummu Sa'd) sedang berada di sampingnya,

Rasulullah s.a.w. bertanya,
"Apakah ada makanan?"

Aisyah menjawab,
"Kita hanya memiliki roti, kurma dan cuka."

Maka Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sebaik-baik lauk adalah cuka.
Ya Allah, berkahilah cuka,
sesungguhnya cuka adalah lauk para nabi sebelumku,
dan tidak dikatakan fakir,
rumah yang di dalamnya terdapat cuka."


(Hadith Ibnu Majah no. 3309)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Back
Top
Log in Register