BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peristiwa terkini dan viral sepanjang BANJIR dan RIBUT dalam negara tahun 2026

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
124ea1e0b03e4360863ce8e42667031c6955e261b6c76

Petugas Jabatan Kebajikan Negeri Sarawak dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarawak mengangkut barangan keperluan harian untuk disalurkan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan R-Piang, Kampung Budi Baru, hari ini.

--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sebanyak 543 mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri dengan Johor merekodkan pertambahan jumlah mangsa pada pagi ini.

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir di Segamat meningkat kepada 159 orang daripada 45 keluarga setakat 8 pagi tadi berbanding 120 orang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata peningkatan itu susulan pembukaan PPS Dewan Serbaguna Kampung Tandong pada 6 petang semalam yang menempatkan 39 orang daripada 10 keluarga.

Beliau berkata 40 mangsa masih berlindung di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak, Dewan Serbaguna Kampung Tasek (43 mangsa), Balai Raya Kampung Paya (23 mangsa) dan Balai Raya Kampung Sanglang (14 mangsa).

“Dua sungai di Segamat melepasi paras bahaya, iaitu Sungai Muar di Buloh Kasap dengan bacaan 9.21 meter dan Jeti Sungai Tekam yang merekodkan 4.09 meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Asman Shah turut memaklumkan dua jalan masih ditutup sepenuhnya iaitu Felda Tenggaroh 3 di Mersing susulan kejadian cerun runtuh dan Jambatan Kesang-Sungai Rambai di Tangkak akibat jambatan rosak.

Di SARAWAK, jumlah mangsa banjir menurun kepada 348 orang daripada 90 keluarga berbanding 380 mangsa petang semalam, melibatkan kawasan Taman Desa Wira, Kampung Sinar Budi Baru dan Kampung Sungai Batu di sekitar Kuching, dengan tiga PPS masih beroperasi.

JPBN Sarawak memaklumkan mangsa di PPS Dewan Masyarakat Stapok berjumlah 203 orang daripada 55 keluarga, PPS Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru (129 orang, 31 keluarga) dan PPS Surau Ar-Rahman Kampung Sungai Batu (16 orang, empat keluarga).

Di MELAKA, aplikasi InfoBencanaJKM memaklumkan jumlah mangsa banjir di Jasin kekal 36 orang daripada lapan keluarga yang berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu melibatkan penduduk Kampung Parit Perawas Benteng dan Kampung Tasek Benteng.

 
992ed3daffc6e0a6696b4c2e52c7df3e67b843ab20710


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak sehingga 3 Jan.

Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip memaklumkan kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu serta Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang atau media sosial rasmi jabatan atau aplikasi mobil myCuaca.

“Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir meliputi kawasan Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang di Selangor serta Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2 petang ini.

 
14138581690701141-359971.jpg

14138581690701141-359972.jpg

14138581690701141-359973.jpg

14138581690701141-359974.jpg

14138581690701141-359975.jpg

14138581690701141-359976.jpg

14138581690701141-359977.jpg

14138581690701141-359978.jpg

14138581690701141-359979.jpg


02 JANUARI 2026 0705HRS BBP RAUB bergegas ke Kes Banjir bertempat di Kg Ulu Atok dan kawasan sekitar.

Setibanya di lokasi terdapat kejadian banjir akibat luruan dan limpahan air sungai dan proses pemindahan dan evakuasi sedang dijalankan.

Semua penduduk diminta bersedia dan peka akan perubahan cuaca dan paras air sungai di sekitar kediaman dan perlu berpindah segera jika air naik mendadak.
 
2df3c4ea6d0ff2281ecef9291c7f6a996957a9b361559

fc32f034e2c624a7d6048ad61b9ae3ad6957a9d255abe

0a90a0d7326fcbe645359f18c7ddea5a6957a9ec47a96

e86af4bc42f2daa7bbb41b3704c6cb986957aa0911082

Foto kredit : BERNAS Malaysia

Padiberas Nasional Bhd (Bernas) menyalurkan pelbagai bentuk bantuan termasuk persediaan persekolahan, kotak makanan serta sokongan baik pulih infrastruktur komuniti kepada lebih 6,000 penerima di Perlis dan Kelantan yang terkesan akibat banjir.

Bernas dalam kenyataan hari ini memaklumkan bantuan disalurkan menerusi "Program Ikhlas Bernas Pasca Banjir" kepada komuniti pesawah, golongan asnaf dan keluarga B40 di Simpang Empat, Perlis serta Cherang Ruku, Kelantan sebagai usaha meringankan beban mangsa dalam fasa pemulihan.

“Sebagai rakan strategik kerajaan dalam industri padi dan beras negara, Bernas kekal komited memastikan kebajikan komuniti pesawah terus terpelihara, khususnya ketika berdepan cabaran akibat bencana alam yang menjejaskan sumber pendapatan dan kelangsungan hidup mereka,” menurut kenyataan itu.

Pengurus Kanan Unit Bekalan Skim Wilayah Utara Bernas Haslizan Hashim dalam kenyataan sama berkata inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam membantu komuniti terjejas membuat persediaan menghadapi kehidupan selepas banjir, khususnya menjelang sesi persekolahan baharu.

“Inisiatif pascabanjir ini mencerminkan komitmen berterusan Bernas dalam membantu meringankan beban komuniti pesawah yang terkesan. Bantuan ini diharap dapat meringankan tekanan kewangan mangsa banjir, terutamanya keluarga yang sedang berusaha membina semula kehidupan pascabencana,” katanya.

Beliau berkata tumpuan turut diberikan kepada keluarga yang mempunyai anak yang bakal memulakan sesi persekolahan baharu agar mereka dapat memulakan tahun dengan lebih bersedia dan tenang.

Menurut Bernas, selain bantuan keperluan asas, syarikat itu turut menyumbang RM20,000 bagi kerja baik pulih infrastruktur komuniti di Kelantan, termasuk pembaikan Masjid At-Taqwa di Cherang Ruku, Pasir Puteh, dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim).

“Usaha ini bertujuan memastikan keselamatan dan keselesaan jemaah, selain memulihkan peranan masjid sebagai pusat komuniti setempat pascabencana,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Bernas memaklumkan sebagai sebahagian sokongan jangka panjang kepada sektor padi dan beras negara, syarikat berkenaan turut menyumbang kepada Tabung Bencana Tanaman Padi dengan peruntukan RM10 juta setahun bagi membantu pesawah yang terkesan akibat bencana banjir dan faktor luar jangka.

 
9a532ee3757deac8ba145ede2e00b6b26957c8340aaab

Kredit: JBPM

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki dipercayai dibaham buaya di Jeti Sungai Kelai, Rumah Panjang Jingga, Pulau Bruit ditamatkan hari ini selepas mangsa gagal ditemukan.

Keputusan menamatkan operasi itu dibuat dalam mesyuarat melibatkan semua agensi berkaitan pada 2 petang tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, operasi SAR hari ketujuh bagi mencari mangsa Agustine Fernando Nyalong, 14, bermula seawal 9 pagi dengan penglibatan beberapa agensi keselamatan serta penduduk kampung.

Pencarian tertumpu berhampiran lokasi kejadian hingga kawasan berhampiran Kampung Sebako.

“Bagaimanapun, tiada penemuan buaya yang terperangkap di kesemua jerat dipasang,” menurut kenyataan itu.

Operasi turut berdepan kesukaran berikutan hujan lebat dan keadaan sungai bergelora.

“Susulan perbincangan dan persetujuan bersama semua agensi, ahli keluarga mangsa serta penduduk kampung, operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada 4.10 petang,” menurut kenyataan itu lagi.

Dalam kejadian Jumaat lepas, mangsa yang juga pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semop dilaporkan hilang selepas dipercayai dibaham buaya, dengan kejadian itu disaksikan rakannya sebelum dimaklumkan kepada penduduk kampung.

 
0029c76b556013e9fab4bda1cccd2b3e69255dc3d7703


Jumlah mangsa banjir di Pahang dan Sarawak mencatatkan sedikit peningkatan manakala Johor menurun dengan keseluruhan mangsa sebanyak 1,538 orang pada pagi ini.

Di PAHANG, portal Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan jumlah mangsa di Raub meningkat kepada 83 orang daripada 17 keluarga berbanding 74 orang daripada 15 keluarga petang semalam, dengan mereka ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS)  Sekolah Kebangsaan Ulu Atok.

Laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan bacaan paras air di stesen sungai utama di seluruh Pahang masih di bawah paras bahaya.

Di SARAWAK, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa meningkat kepada 1,343 orang daripada 342 keluarga setakat 7 pagi ini berbanding 1,320 orang daripada 338 keluarga malam tadi.

Peningkatan mangsa direkodkan di PPS Masjid Darul Istiqlaal, Kuching dan PPS SJKC Chung Hwa, Lawas manakala jumlah di sembilan lagi PPS kekal, iaitu di Dewan Masyarakat Stapok, Dewan R, Piang Kampung Sinar Budi Baru dan Surau Ar-Rahman Kampung Sungai Batu.

PPS lain ialah Dewan Surau Nurul Najhin Stapok, Dewan Serbaguna Taman Malihah, SJK Chung Hua Sungai Tengah, SJK Chung Hua Batu Kawa, Dewan Suarah Kota Samarahan dan Dewan Masyarakat Trusan.

Sementara itu di JOHOR, Pengerusi JPBN Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata sebanyak 112 orang daripada 31 keluarga masih berada di lima PPS di Segamat, menurun berbanding 134 orang daripada 36 keluarga semalam.

PPS Balai Raya Kampung Batu Badak menempatkan 40 orang daripada 12 keluarga, Dewan Serbaguna Kampung Tasek (18 orang, lima keluarga), Balai Raya Kampung Sanglang (14 orang, empat keluarga), Balai Raya Kuala Paya (23 orang, lima keluarga) dan Dewan Serbaguna Kampung Tandong (17 orang, lima keluarga).

“Setakat pagi ini, tiada amaran ribut petir dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia namun, daerah Segamat dilaporkan hujan manakala Johor Bahru dan Mersing mendung,” katanya.

 
ea49f74a113ec53c3b37e1b020b85c7f6958bc9533fbd

Dr Zulkifli Hasan

Kerajaan sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam memantau dan membanteras penularan ajaran sesat di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan berkata peranan masyarakat termasuk badan bukan kerajaan dan institusi berkaitan juga penting dalam menangani isu ajaran sesat, seterusnya memastikan Malaysia menjadi model negara Islam yang terbaik.

“Kita sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa dan memantau perkara tersebut. Semuanya (ajaran sesat) berada dalam radar kami. Pemantauan serta penguatkuasaan yang dilakukan juga perlu mengikut lunas undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Misi Bantuan Pascabencana Skuad Ihsan MADANI (Hal Ehwal Agama) di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mendedahkan  sebanyak 14 ajaran sesat dikenal pasti masih aktif di negara ini dan dipantau rapi oleh Polis Diraja Malaysia.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata pihaknya melalui agensi berkaitan juga sentiasa aktif menjalankan program advokasi kepada pelbagai lapisan masyarakat, bukan sahaja mengenai bahayanya ajaran sesat malah mengenai keindahan Islam yang berlandaskan al-Quran dan sunah.

“Yang paling penting bagaimana kita membawa ajaran Islam yang sebenar supaya semua ajaran sesat boleh dikuburkan,” katanya.

Terdahulu, Zulkifli menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan asas dan kelengkapan persekolahan kepada lebih 100 penduduk di Kuala Terengganu yang terjejas akibat banjir pada musim tengkujuh kali ini.

Beliau berkata setakat ini, sebanyak 540 pelajar dan 772 keluarga yang terjejas banjir di Terengganu menerima manfaat daripada Program Misi Bantuan Pasca Bencana Skuad Ihsan MADANI (Hal Ehwal Agama) yang dilaksanakan oleh semua agensi di bawah kementerian.

 
819485bcc2cf514edce92f85788c305f6958e16213c93

b276190bb0af217d3343b18d40261e866958e140d1081

78c559b11028e0e14a052155ba0798e36958e11e23cc3

Penduduk, Hanim Azuar Mohamad, 69 menunjukkan keadaan rumah sempena sesi Ziarah Kasih MADANI di Kg Batu 17 di Padang Rengas.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sepasang suami isteri warga emas di Kampung Batu 17 di sini, terpaksa menempuh kehidupan sukar selepas sebahagian besar rumah yang didiami semakin mereput akibat banjir yang melanda kawasan itu sejak lebih 20 tahun lepas.

Hanim Azwar Mohd, 69, berkata bahagian dapur rumah berusia lebih 40 tahun itu kini hampir tidak selamat untuk diduduki manakala beberapa bahagian atap sudah bocor dan dinding retak akibat kesan bencana berkenaan.

“Masalah yang kami hadapi ini bukan baru. Setiap kali hujan lebat, pasti air dari anak sungai di belakang rumah ini melimpah dan menenggelamkan sebahagian besar kawasan rumah ini, terutama pada bahagian dapur.

“Ia menyebabkan banyak kayu yang digunakan untuk membina dapur rumah ini makin lama makin mereput, ditambah beberapa bahagian dinding yang retak serta berlaku kebocoran atap rumah,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini hari ini.

Ibu kepada sembilan cahaya mata itu berkata sebelum ini beliau pernah membaiki beberapa bahagian rumah yang rosak dengan bantuan penduduk sekitar namun ia tidak mampu bertahan dalam tempoh lama.

Hanim berkata keadaan menjadi bertambah sukar apabila suaminya Mohd Sapiee Kamarudin, 74, disahkan menghidap penyakit paru-paru kronik dan memerlukan penggunaan alat bantuan oksigen secara berterusan sejak 20 tahun lepas.

“Kami tiada pendapatan tetap selepas suami sakit. Wang yang ada menerusi bantuan baitulmal setiap bulan yang diterima juga digunakan untuk membayar sewaan alat bantuan oksigen suami.

“Nak harapkan anak-anak pula, mereka juga mempunyai tanggungan keluarga masing-masing. Jadi, itu yang saya harap kalau boleh ada pihak sanggup membantu kami sekeluarga,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim berkata perkara itu akan dipanjangkan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

 
d5e5fb79f8cc606a2487ccff216fb5db6954de6227987


Banjir di Pahang pulih sementara jumlah mangsa di Sarawak dan Johor terus menunjukkan penurunan pada petang ini.

Di PAHANG, 83 mangsa banjir di Raub melibatkan 17 keluarga di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Ulu Atok dibenarkan pulang ke rumah masing-masing tengah hari tadi.

Di SARAWAK, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa menurun kepada 1,225 orang daripada 307 keluarga setakat 4 petang berbanding 1,343 orang daripada 342 keluarga pagi tadi.

JPBN memaklumkan PPS Dewan Suarah Kota Samarahan ditutup pada 2 petang menjadikan 10 PPS masih beroperasi di negeri itu.

Data Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan beberapa sungai utama di Sarawak melepasi paras bahaya iaitu di Stesen Long Teru, Miri dengan 8.28 meter (m), Stesen Marudi (3.67 m) dan Stesen Nanga Lemai B, Sibu (4.34 m).

Di JOHOR, mangsa banjir di Segamat berkurang kepada 92 orang daripada 27 keluarga pada 4 petang berbanding 112 orang daripada 31 keluarga, pagi tadi.

Pengerusi JPBN Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata kesemua mereka ditempatkan di lima PPS di daerah itu.

Sementara itu, di SABAH, mangsa banjir meningkat kepada 282 orang daripada 102 keluarga petang ini, berbanding 190 orang daripada 75 keluarga pagi tadi.

JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan kesemua mereka dari enam kampung berlindung di Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon, Beaufort yang beroperasi sejak 5 petang semalam.

 
Back
Top
Log in Register