Dari Anas bin Malik r.a, katanya:”Waktu
orang Muhajirin datang ke Madinah,
mereka tidak membawa suatu apapun
sedangkan orang Ansar mempunyai tanah,
kebun dan rumah-rumah.
Orang Ansar lalu membahagikan tanah itu dengan
memberikan hasil harta itu kepada orang
Muhajirin setiap tahun dan mereka
(muhajirin) mencukupkan kerja dan
belanja. Ibunya (ibu Anas dikenali dengan
nama Ummu Sulaim) adalah ibu Abdullah
bin Abu Thalhah.
Ibu Anas memberikan pohon kurma kepada Rasulullah saw. lalu
baginda berikannya kepada Ummu Aiman,
maula baginda (hamba perempuan yang
telah dimerdekakan dan diambil sebagai
isteri) iaitu ibu Usamah bin Zaid.
Ibnu Syihab berkata:”Anas bin Malik
menceritakan kepada saya bahawa nabi
saw. setelah selesai memerangi penduduk
Khaibar, baginda kembali ke Madinah.
Waktu itu orang Muhajirin mengembalikan
pemberian orang Ansar yang buahnya
dahulu telah mereka ambil.
Rasulullah saw mengembalikan kepada ibu Anas pohon
kurmanya dan Rasulullah saw.
memberikan gantinya kepada Ummu
Aiman dari kebun beliau sendiri.”
(riwayat Bukhari)