BTC USD 84,230.7 Gold USD 4,130.76
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Ummu Athiyah r.a mengatakan bahawa
ketika para wanita memandikan puteri
Rasulullah yang meninggal, Rasulullah
bersabda kepada mereka:”Mulailah dengan
bahagian kanan dan anggota wudhu’nya.”

(riwayat Bukhari)
 
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a
bahawa rasulullah s.a.w bersabda:”Mereka
solat menjadi imam solat bagimu. Maka
jika mereka betul, dia dan kamu akan
mendapat pahala. Tetapi jika ia salah,
kamu tetap mendapat pahala sedangkan
mereka berdosa.”

(riwayat Bukhari)
 
Sepatutnya kita sebagai muslim amat2 mengenali ulama' tersohor ini, lebih2 lagi ulama tempatan Tanah Melayu seperti Idris al-Marbawi.
 
Dari Anas bin Malik r.a, katanya:”Waktu
orang Muhajirin datang ke Madinah,
mereka tidak membawa suatu apapun
sedangkan orang Ansar mempunyai tanah,
kebun dan rumah-rumah.

Orang Ansar lalu membahagikan tanah itu dengan
memberikan hasil harta itu kepada orang
Muhajirin setiap tahun dan mereka
(muhajirin) mencukupkan kerja dan
belanja. Ibunya (ibu Anas dikenali dengan
nama Ummu Sulaim) adalah ibu Abdullah
bin Abu Thalhah.

Ibu Anas memberikan pohon kurma kepada Rasulullah saw. lalu
baginda berikannya kepada Ummu Aiman,
maula baginda (hamba perempuan yang
telah dimerdekakan dan diambil sebagai
isteri) iaitu ibu Usamah bin Zaid.

Ibnu Syihab berkata:”Anas bin Malik
menceritakan kepada saya bahawa nabi
saw. setelah selesai memerangi penduduk
Khaibar, baginda kembali ke Madinah.

Waktu itu orang Muhajirin mengembalikan
pemberian orang Ansar yang buahnya
dahulu telah mereka ambil.

Rasulullah saw mengembalikan kepada ibu Anas pohon
kurmanya dan Rasulullah saw.
memberikan gantinya kepada Ummu
Aiman dari kebun beliau sendiri.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Ummu Kalsum binti ‘Uqbah r.a
sesungguhnya ia mendengar Rasulullah
SAW bersabda:”Bukanlah termasuk
pendusta orang yang mendamaikan
manusia. Ditambahnya yang baik atau
dikatakannya yang baik.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah
SAW bersabda “Sesungguhnya sedekah
seseorang Islam itu memanjangkan umur
dan mencegah daripada mati dalam
keadaan teruk dan Allah SWT pula
menghapuskan dengan sedekah itu sikap
sombong, takbur dan membanggakan diri
(dari pemberiannya).” (riwayat Bukhari)
 
Dari Amir bin Saad dari bapanya r.a
katanya:“Pada suatu hari Rasululah s.a.w
datang dari daerah perbukitan. Ketika
baginda sampai di Masjid Bani Mu’awiyah
baginda masuk ke masjid tersebut lalu
solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-
sama dengan baginda.Baginda berdoa
kepada Tuhan panjang sekali.

Setelah
berdoa baginda berpaling kepada kami lalu
bersabda:”Aku memohon kepada Tuhan
tiga perkara.

Dia memperkenankan dua
perkara dan menolak satu perkara. Aku
memohon kepada Tuhan supaya jangan
membinasakan umatku dengan musim
susah yang panjang. Maka diperkenankan.

Aku memohon supaya umatku jangan
dibinasakan dengan bencana tenggelam
(seperti banjir besar yang melanda umat
Nabi Nuh atau seperti tentera dan Raja
Firaun yang ditenggelamkan di lautan),
permohonanku itu diperkenankan-Nya
juga.

Aku memohon supaya umatku
jangan dibinasakan kerana pertentangan
sesama mereka. Permohonan ini tidak
diperkenankan. “ (riwayat Bukhari)
 
Samurah Ibnu Jundub r.a berkata : “Saya
bersolat di belakang nabi SAW untuk
jenazah seorang perempuan yang
meninggal kerana nifasnya. Maka nabi
berdiri bertentangan pinggang jenazah
tersebut.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Air Mazi Tidak Mewajibkan Mandi Hadas
Besar

Hadith :

Daripada Ali bin Abi Talib r.a berkata :
“Aku adalah seorang yang selalu keluar air
mazi, lalu aku menyuruh al-Miqdad ibn al-
Aswad bertanya kepada nabi SAW, lalu ia
pun bertanya, maka baginda
menerangkan : “Padanya, air
sembahyang.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Back
Top
Log in Register