BTC USD 83,613.5 Gold USD 4,157.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

ﻋَﻦْ ﺃَﻧَﺲِ ﺑْﻦِ ﻣَﺎﻟِﻚٍ ﺭَﺿِﻲَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻨْﻪُ ﻋَﻦْ
ﺍﻟﻨَّﺒِﻲِّ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢ
َ
ﻗَﺎﻝَ ﺛَﻠَﺎﺙٌ ﻣَﻦْ ﻛُﻦَّ ﻓِﻴﻪِ ﻭَﺟَﺪَ ﺣَﻠَﺎﻭَﺓَ
ﺍﻟْﺈِﻳﻤَﺎﻥ
ِ
ﺃَﻥْ ﻳَﻜُﻮﻥَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻭَﺭَﺳُﻮﻟُﻪُ ﺃَﺣَﺐَّ ﺇِﻟَﻴْﻪِ ﻣِﻤَّﺎ
ﺳِﻮَﺍﻫُﻤَﺎ

ﻭَﺃَﻥْ ﻳُﺤِﺐَّ ﺍﻟْﻤَﺮْﺀَ ﻟَﺎ ﻳُﺤِﺒُّﻪُ ﺇِﻟَّﺎ ﻟِﻠَّﻪِ
ﻭَﺃَﻥْ ﻳَﻜْﺮَﻩَ ﺃَﻥْ ﻳَﻌُﻮﺩَ ﻓِﻲ ﺍﻟْﻜُﻔْﺮِ ﻛَﻤَﺎ ﻳَﻜْﺮَﻩُ
ﺃَﻥْ ﻳُﻘْﺬَﻑَ ﻓِﻲ ﺍﻟﻨَّﺎﺭ
ِ
Dari Anas r.a. Nabi s.a.w. sabdanya :
“Tiga perkara yang sesiapa memilikinya,
dia akan mendapat kemanisan iman.

(pertama) Hendaklah Allah dan rasul-Nya
lebih dicintai mengatasi selain kedua-
duanya.

(kedua) Hendaklah dia mencintai
seseorang, kerana Allah.

(ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali
kepada kekufuran
sepertimana dia benci untuk dicampakkan
ke dalam neraka”

Hadith sahih riwayat Bukhari
 
ِDari Anas r.a. Nabi s.a.w. sabdanya :
“Tiga perkara yang sesiapa memilikinya,
dia akan mendapat kemanisan iman.

(pertama) Hendaklah Allah dan rasul-Nya
lebih dicintai mengatasi selain kedua-
duanya.

(kedua) Hendaklah dia mencintai
seseorang, kerana Allah.

(ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali
kepada kekufuran
sepertimana dia benci untuk dicampakkan
ke dalam neraka”

Hadith sahih riwayat Bukhari
 
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa
Rasulullahs.a.w.bersabda:
"Celakalah hamba-hamba dinar dirham dan
kain beludru. Jika diberi ia rela dan jika
tidak diberi ia tidak rela."

Hadith sahih riwayat Bukhari
 
Dari Masruq, dari 'Aisyah katanya : "Aku
bertanya kepada Rasulullah s.a.w. perihal
menoleh di waktu mengerjakan solat".
Beliau s.a.w. lalu bersabda : "Itulah suatu
sambaran cepat yang dilakukan syaitan
untuk menggoda disaat seorang hamba
sedang solat".

Riwayat Bukhari
 
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya,
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila
seseorang kamu berpuasa, janganlah ia
bercakap perkara-perkara yang kotor dan
sia-sia, dilarang juga bertengkar dan
memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun
oleh seseorang atau pun diajak
bermusuhan maka hendaklah ia berkata,
“Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
“Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya,
bahawa Rasulullah s.a.w. adalah seorang
yang sangat pemurah kepada orang lain,
lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan
ketika baginda didatangi oleh jibril a.s.
Jibril datang berjumpa baginda pada setiap
malam lalu mengajar al-Quran kepada
Baginda. Sesungguhnya Baginda bersifat
pemurah dengan bersegera melakukan
kebaikan umpama angin yang bertiup
kencang.”
(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah
Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail
(solat malam) di bulan Ramadhan tanpa
memerintahkan secara wajib, baginda
bersabda: “Sesiapa yang solat malam di
bulan Ramadhan kerana beriman dan
mengharapkan pahala daripada Allah,
maka diampuni baginya dosa yang telah
lalu.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Daripada Abu Said al-Khudri r.a. katanya,
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak seorang
pun daripada hamba Allah yang berpuasa
sahari dengan niat kerana Allah,
melainkan akan Allah jauhkan mukanya
daripada kepanasan api neraka sejauh
perjalanan tujuh puluh tahun lamanya.”

(riwayat Bukhari dan muslim)
 
Asma’ r.a menerangkan bahawasanya
Rasulullah SAW bersabda (kepada Asma):
“Nafkahkanlah dan janganlah kamu
menyempitkan sedekah yang
menyebabkan Allah menyempitkan (tidak
mengeluarkannya) untuk kamu.” Dan
janganlah kamu menyembunyikan sesuatu
dalam bungkusan yang kerananya Allah
memutuskan berkatnya dan
kesuburannya.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Wasilah bin Aqsa’ r. a katanya,
Rasulullah s.a.w bersabda:’Sesungguhnya
termasuk dusta yang amat besar bahawa
seseorang menamakan dirinya bukan
keturunan ayahnya atau mengaku melihat
apa yang tidak dilihatnya atau
mengatakan sabda Rasulullah s.a.w
padahal beliau tidak bersabda begitu.”

(riwayat Bukhari)
 
Back
Top
Log in Register