BTC USD 83,373.1 Gold USD 4,138.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

ajakio85

Active+ Member
Messages
2,868
Joined
Feb 1, 2008
Messages
2,868
Reaction score
183
Points
38
Suatu nama yang tidak asing bagi kita, seringkali kita membaca hadis- hadis,tidak terlepas dari pandangan - riwayat Imam Bukhari

mari mengenali dengan lebih dekat siapa beliau ,

Nama :
Muhammad bin Ismail bin Ibrahim
bin Al-Mughirah bin Bardizbah

Nama Panggilan :
Abu Abdullah

Keturunan :

1. Al- Ju'fi : Ini adalah kerana nasab
keturunan Arab, sebabnya : Al-
Mughirah, adalah datuk kepada Imam
Bukhari yang telah memeluk Islam di
hadapan Al-Yaman Al-Ju'fi, lalu
dinasabkan kepadanya sebagai nasab
kepada pemimpin.

2. Bukhari : Ialah nisbah kepada
negerinya.

-----------------------------------------------------------------------------

Kelahiran :

Dilahirkan pada 13 Syawal tahun 194
H, pada hari Jumaat.

Wafat :

Imam Bukhari meninggal dunia pada
tahun (256) Hijrah, pada malam
Sabtu, malam Hari Raya Aidilfitri.
Ketika itu beliau berusia 62 tahun.

-----------------------------------------------------------------------------

Guru-Guru :

1. Abu Asim An-Nabil.
2. Makkiyah bin Ibrahim.
3. Muhammad bin Isa At-Tabba'.
4. Ubaidullah bin Musa.
5. Muhammad bin Salam Al-Bikandi.
6. Ahmad bin Hambal.
7. Ishak bin Mansor.
8. Khalad bin Yahya bin Safuan.
9. Ayub bin Sulaiman bin Bilal.
10. Ahmad bin Isykab.

-------------------------------------------------------------------------

ILMU
-----------

HADIS :
Ilmu hadis ialah penjagaan atau
hafalan beliau terhadap hadis dan
pengetahuannya tentang sanad.
Imam Bukhari telah mencapai tahap
yang tinggi dalam ilmu ini.

TAFSIR :
Imam Bukhari telah memberi
perhatian sebagaimana yang
diberikan oleh seorang ahli hadis
yang mengetahui sanad juga
sebagaimana seorang ahli bahasa
yang mengerti maksud lafaz-lafaz
seperti seorang faqih mengeluarkan
hukum-hakam.

FEKAH:
Pengetahuan Imam Bukhari yang
banyak tentang Hadis, Bahasa Arab
dan pengetahuannya sejak kecil
tentang mazhab ahli fikir serta
perbahasan hukum oleh para
Sahabat dan para Taabi'een telah
membolehkan beliau mengarang
dalam bidang Fekah ketika berusia
18 tahun. Ketika itu beliau telah
digolongkan sebagai seorang ahli
fekah yang terkenal, seorang
mujtahid yang terkemuka sehingga
para syeikh yang mengetahui
kecemerlangan beliau mengakuinya.
Mereka ialah :
(i) Naim bin Hamad Al-Khaza'i
(ii) Muhammad bin Basyar
(iii) Abu Mus'ib Az-Zuhri

SEJARAH & BIOGRAFI :
Imam Bukhari telah menguasai
bidang ini dan tiada seorang pun
yang setanding dengannya. Beliau
mengambil berat terhadap ilmu
tersebut semenjak kecil lagi. Beliau
telah mula mengarang berkaitan
dengan ilmu sejarah dan biografi
semasa muda. Beliau menceritakan
tentang dirinya : "Ketika aku
berumur 18 tahun, aku mula
mengarang cerita-cerita para
sahabat dan para Taabi'een,
mengarang sejarah Madinah di
sebelah Maqam Nabi s.a.w dan aku
menulis kitab itu pada malam bulan
mengambang."
Beliau berkata lagi : " Satu nama
walaupun kecil nilainya aku tetap
menganggap nama itu mempunyai
cerita melainkan aku tidak mahu
memanjangkan penulisanku."
Kitab yang beliau maksudkan
sebagai sejarah ialah Kitab At-Tarikh
Al-Kabir. Kitab ini adalah untuk
menyempurnakan penyusunan
beliau mengikut babnya. Beliau
tidak meninggalkan seorang pun
orang yang diambil ilmu darinya
melainkan beliau menyebut nama
orang tersebut dalam kitabnya At-
Tarikh Al-Ausat dan As-Soghir yang
menunjukkan keilmuan dan
makrifatnya tentang biografi, tarikh
kematian dan sejarah manusia.

JARAH & TA'DIL :
Imam Bukhari merupakan orang
yang pertama mengemukan ilmu
Jarah dan Ta'dil. Beliau merupakan
hafiz yang seolah-olah sanad hadis
semenjak zaman sahabat sehinggalah
zaman beliau dibawah
penjagaannya. Beliau membezakan
antara pencatit hadis serta
menguasainya dengan orang yang
mencampur aduk serta melakukan
pembohongan. Imam Bukhari telah
memperkatakan tentang masalah
perawi hadis tentang kecacatan
perawi dan memperelokkannya,
tetapi beliau membuat perbezaan
yang ketara kerana beliau berhati-
hati terhadap lafaz-lafaz yang
dikemukakan berhubung dengan
masalah Jarah dan Ta'dil kerana
dikhuatiri menyebut keaiban orang
lain. Inilah antara sifat warak dan
budi pekertinya.

ILAL :
Ilmu ini membawa maksud
kecacatan yang tersembunyi dalam
hadis. Merupakan ilmu yang begitu
terperinci dan paling rumit kerana
tersembunyi. Melalui intipati
pengetahuan beliau itulah telah
terhasilnya kitab beliau yang agung
iaitu Kitab As-Sahih. Ahli hadis yang
tidak memahami serta tidak
memberi pengamatan yang baik
terhadap ilmu ini maka
kebiasaannya ia tidak mampu untuk
menyusun kitab hadis yang
membezakan antara hadis sahih dan
tidak sahih.

BAHASA :
Imam Bukhari tidak masyhur atau
cemerlang dengan ilmu bahasa
kerana beliau sibuk dengan ilmu lain
tetapi beliau pada zahirnya telah
menguasai sebahagian ilmu tersebut
yang merupakan ilmu alat
semestinya dikuasai untuk
mendalami serta memahami ilmu
lain. Tanda-tanda yang menunjukkan
bahawa beliau menguasai ilmu
bahasa ialah sebagaimana yang telah
beliau tulis dibeberapa tempat
dalam Kitab As-Sahih berhubung
dengan tafsir ayat-ayat Al-Quran
yang susah serta gesaan beliau.

---------------------------------------------------------------------------
 
Last edited:
KARANGAN :

Sebagaimana Imam Bukhari bersungguh-
sungguh menyampaikan ilmu melalui
percakapan dan penulisan, beliau juga
bersungguh-sungguh mengarang berbagai
ilmu. Allah telah memanfaatkannya kepada
orang ramai selama kehidupan beliau. Selepas
kematian beliau banyak kitab-kitab telah
dikarang dan kebanyakannya telah sampai
kepada kita.

Karangan-Karangan Imam Bukhari yang
telah sampai kepada kita.

1. Al-Jaami' As- Sahih.
Dikenali sebagai Sahih Bukhari.

2. At- Tarikh Al Kabir.
Ia merupakan karangan yang paling indah dan
baik mengikut bab begitu juga topiknya.
Perawi-perawai hadis semenjak dari zaman
sahabat sehinggalah zaman beliau serta
mengandungi perbahasan tentang kecacatan-
kecacatan Hadis, Jarah, Ta'dil dan sebagainya.
Ia telah dicetak di Hyderabad di India pada
tahun 1691 M dengan disemak oleh Al-
Allaamah Abdul Rahman Al-Mu'allimi
Rahimahullah.

3. At-Tarikh Al-Ausat.
Ia disusun selama beberapa tahun dan tiba
kepada kita darinya potongan kitab ilmu islam
yang terdahulu.

4. At-Taarikh As-Soghir.
Ia disusun beberapa tahun dan dicetak
berulang kali.

5. Kitab Al-Kuna.
Ia dicetak sebagai lampiran Kitab At-Taarikh
Al-Kabir dipercetakan Hyderabad.

6. Adh-Dhu'afa'.
Terdapat dua kitab dengan nama tersebut
iaitu Soghir (kecil) dan Kabir (besar).
Mengandungi sejumlah perawi-perawi hadis
yang lemah.

7. Al-Adab Al- Mufrad.
Merupakan kitab adab dan akhlak yang elok
lagi baik mengikut bab dengan cara terkini
dan telah dicetak sebanyak beberapa kali.

8. Al-Qiraat Khalfa Al-Imam (bacaan
dibelakang imam).
Dikenali sebagai Juz Al-Qiraat. Mengandungi
masalah bacaan makmum dibelakang imam
dan menyokong hujah tentang diwajibkan
membaca Al-Fatihah pada setiap rakaat dalam
apa jua keadaan, sekalipun orang yang
mendirikan sembahyang itu sebagai imam,
makmum atau bersendirian, samada di dalam
sembahyang yang tidak dinyatakan bacaannya
ataupun yang dinyatakan bacaannya malah
tidak dikira rakaat tanpanya.

9. Mengangkat kedua-dua tangan dalam
sembahyang.
Dikenali dengan Juz Raf'ul Yadain. Imam
Bukhari membentangkan masalah orang
sembahyang mengangkat kedua-dua tangan
apabila melakukan takbiratul-ihram dan
semasa berpindah rukun.

10. Kejadian Perbuatan Hamba.
Kandungannya adalah tentang permasalahan
pegangan (akidah) iaitu perbuatan-perbuatan
hamba adalah merupakan makhluk dan kalam
Allah iaitu Al-Quran adalah bukan makhluk.
Faktor yang mendorong beliau mengarang
kitab tersebut adalah sebagai suatu ujian yang
dihadapi tentang masalah tersebut.

---------------------------------------------------------------------------

Karangan-Karangan Imam Bukhari yang
masih lagi tidak dijumpai.

1. Berbuat baik terhadap dua Ibubapa.
2. Al-Jami' Al-Kabir.
3. Al-Musnad Al-Kabir.
4. At-Tafsir Al-Kabir.
5. Al-Asyribah (minuman).
6. Al-Hibah (pemberian).
7. Usama As-sahabah (nama-nama sahabat).
8. Al-Mabsut.
9. Al-Wihdan.
10. Al-Ilal (kecacatan-kecacatan).
11. Al-Fawaid (faedah-faedah).
12. Masalah Sahabat dan Taabi'en.
13. Guru-guru Imam Bukhari. Di dalamnya
menyebut tentang guru-gurunya yang menjadi
tempat beliau berguru.
 
Dari Umar bin Khathab r.a : Rasulullah saw
bersabda, “Tiap-tiap amal harus disertai
dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia
ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka
barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan
Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah
dan Rasul-Nya.

Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia
yang hendak diperolehnya atau kerana
perempuan yang hendak dikahwininya, maka
(pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya,
untuk apa dia hijrah.”(riwayat Bukhari)
 
Dari ‘Aisyah r.ha : Harits bin Hisyam r.a
pernah bertanya kepada Rasulullah saw,
“Bagaimanakah caranya wahyu turun kepada
anda (Rasulullah saw)? Jawab Rasulullah saw,
“Kadang-kadang wahyu itu datang kepadaku
(kedengaran) seperti bunyi loceng. Itulah yang
sangat berat bagiku. Setelah bunyi tu
berhenti, lantas aku mengerti apa yang
dikatakannya.

Kadang-kadang malaikat menjelma seperti
seorang laki-laki datang kepadaku. Dia
berbicara kepadaku dan aku mengerti apa
yang dikatakannya.

Kata ‘Aisyah r.ha, “Aku pernah melihat Nabi
saw, ketika wahyu turun kepada beliau pada
suatu hari yang amat dingin. Setelah wahyu
itu berhenti turun, kelihatan dahi Nabi saw
bersimbah peluh.” (riwayat Bukhari)
 
Dari ‘Aisyah r.ha : Wahyu yang mula-mula
turun kepada Rasulullah saw ialah berupa
mimpi-mimpi baik waktu beliau tidur.
Biasanya mimpi itu terlihat jelas oleh beliau,
seperti jelasnya cuaca pagi. Semenjak itu hati
beliau tertarik hendak mengasingkan diri ke
Gua Hira.

Di situ beliau saw beribadat beberapa malam,
tidak pulang ke rumah isterinya. Untuk itu
beliau saw membawa perbekalan secukupnya.
Setelah perbekalan itu habis, beliau kembali
kepada Khadijah (Khadijah binti Khuwailid,
isteri Rasulullah saw yang pertama), untuk
mengambil perbekalan secukupnya. Kemudian
beliau kembali ke Gua Hira, hingga suatu
ketika datang kepadanya Al Haq (kebenaran
atau wahyu), iaitu sewaktu beliau saw berada
di Gua Hira itu.

Malaikat datang kepadanya, lalu katanya,
“Bacalah!” Jawab Nabi saw, “Aku tidak pandai
membaca.” Kata Nabi saw selanjutnya
menceritakan, “Aku ditarik dan dipeluknya
sehingga aku kepayahan. Kemudian aku
dilepaskannya dan disuruh pula membaca.

“Bacalah!” katanya. Jawabku, “Aku tidak
pandai membaca.” ........ (dan seterusnya)
Aku ditarik dan dipeluknya untuk ketiga
kalinya, kemudian dilepaskannya seraya
berkata :

ﺍﻗْﺮَﺃْ ﺑِﺎﺳْﻢِ ﺭَﺑِّﻚَ ﺍﻟَّﺬِﻱ ﺧَﻠَﻖ
َ
“Bacalah dengan nama tuhanmu yang
menjadikan

ﺧَﻠَﻖَ ﺍﻟْﺈِﻧﺴَﺎﻥَ ﻣِﻦْ ﻋَﻠَﻖ
ٍ
Yang menjadikan manusia dari segumpal
darah

ﺍﻗْﺮَﺃْ ﻭَﺭَﺑُّﻚَ ﺍﻟْﺄَﻛْﺮَﻡ
ُ
Bacalah! Demi Tuhanmu Yang Maha Mulia“
(Al-'Alaq : 1-3)

Setelah itu Nabi saw pulang ke rumah
Khadijah binti Khuwailid, lalu berkata,
“Selimuti aku! Selimuti aku!” Lantas oleh
Khadijah hingga hilang rasa takutnya. Kata
Nabi saw kepada Khadijah (setelah diceritakan
semua kejadian yang baru dialaminya itu),
“Sesungguhnya aku cemas atas diriku (akan
binasa).”

Kata Khadijah, “Jangan takut! Demi Allah!
Tuhan sekali-kali tidak akan membinasakan
anda (Nabi saw). Anda selalu menghubungkan
tali persaudaraan, membantu orang yang
sengsara, mengusahakan (mengadakan) barang
yang belum ada, memuliakan tetamu,
menolong orang yang kesusahan kerana
menegakkan kebenaran.”

Setelah itu Khadijah pergi bersama Nabi saw
menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin
Abdul Uzza, iaitu anak pakcik Khadijah yang
memeluk agama nasrani (kristian) pada masa
jahiliyyah itu. Dia pandai menulis buku dalam
bahasa Ibrani (Hebrew / Bahasa Yahudi). Maka
disalinnya kitab Injil dari bahasa Ibrani
seberapa dikehendaki Allah dapat disalinnya
(tidak pasti berapa banyak yang telah
disalinnya. Usianya telah lanjut dan matanya
telah buta.

Kata Khadijah kepada Waraqah, “Hai anak
pakcikku! Dengarkanlah khabar dari anak
saudara anda (Nabi Muhammad saw) ini.”

Kata Waraqah kepada Nabi saw, “Wahai anak
saudaraku! Apakah yang telah terjadi atas diri
anda?” Lalu Rasulullah saw menceritakan
kepadanya semua peristiwa yang telah
dialamiya.

Berkata Waraqah, “Inilah Namus (Malaikat)
yang pernah diutus Allah kepada Nabi Musa.
Wahai, semoga saya masih hidup ketika itu,
iaitu ketika anda diusir oleh kaum anda.”

Maka bertanya Rasulullah saw, “Apakah
mereka akan mengusirku?” Jawab Waraqah,
“Ya, betul! Belum pernah seorang jua pun
yang diberi wahyu seperti anda, yang tidak
dimusuhi orang.Apabila saya masih mendapati
hari itu, niscaya saya akan menolong anda
sekuat-kuatnya.”

Tidak berapa lama kemudian, Waraqah
meninggal dunia dan wahyu pun terputus
untuk sementara waktu.

Kata Ibnu Syihab, Abu Salamah bin
Abdurrahman mngkhabarkan kepadanya
bahawa Jabir bin Abdullah Al-Anshari
menceritakan tentang terputusnya wahyu,
katanya Rasulullah saw berkata dalam
hadisnya : “Pada suatu waktu, ketika aku
sedang berjalan-jalan, tiba-tiba kedengaran
olehku suatu suara dari langit.

Maka kuangkat pandanganku ke arah
datangnya suara itu. Kelihatan olehku
malaikat yang pernah datang kepadaku di Gua
Hira dahulu. Dia duduk di kerusi antara langit
dan bumi. Aku terperanjat kerananya dan
terus pulang. Aku berkata kepada Khadijah,
selimuti aku!” Lalu Allah SWT menurunkan
ayat :


ﻳَﺎ ﺃَﻳُّﻬَﺎ ﺍﻟْﻤُﺪَّﺛِّﺮ
ُ
“Wahai orang yang berselimut!

ﻗُﻢْ ﻓَﺄَﻧﺬِﺭ
ْ
Bangunlah serta berilah peringatan dan
amaran (kepada umat manusia)

ﻭَﺭَﺑَّﻚَ ﻓَﻜَﺒِّﺮ
ْ
Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah
kebesaranNya!

ﻭَﺛِﻴَﺎﺑَﻚَ ﻓَﻄَﻬِّﺮ

Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau
bersihkan

ﻭَﺍﻟﺮُّﺟْﺰَ ﻓَﺎﻫْﺠُﺮ
ْ
Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau
jauhi”
(Al-Muddaththir : 1-5)

Maka semenjak itu, wahyu selalu turun
berturut-turut. (riwayat Bukhari)
 
Last edited:
Dari Anas r.a : Rasulullah saw bersabda,
"Tidak sempurna iman seseorang kamu
sebelum ia menyukai untuk saudaranya
(sesama Islam) apa yang disukainya untuk
dirinya sendiri."(riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw
bersabda, "Tanda orang munafik ada tiga :
• Apabila berbicara ia dusta
• Apabila ia berjanji ia menyalahi janji
• Apabila dipercaya ia berkhianat." (riwayat Bukhari)
 
Dari Abdullah r.a : Rasulullah saw
bersabda, "Memaki orang muslim adalah
derhaka (fasik) dan membunuhnya
kafir."(riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Mas’ud r.a : Nabi saw
bersabda,”Apabila seorang laki-laki
memberikan nafkah kepada keluarganya
dengan ikhlas, maka (pahala) nafkah itu sama
dengan (pahala) sedekah.”(riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Hurairah r.a : Pada suatu ketika
Nabi saw sedang berbicara dengan orang
ramai (memberi ceramah atau pengajian),
tiba-tiba datang seorang Arab Dusun
menanyakan kepada beliau, ‘Bilakah
datangnya saat (kiamat)?’

Nabi saw tidak langsung menjawab, tetapi
beliau meneruskan pembicaraannya dengan
orang ramai. Kerana sikap Nabi saw yang
demikian itu, sementara orang mengatakan
Nabi saw mendengar pertanyaan itu, tetapi
beliau tidak menyukainya dan setengah lagi
mengatakan beliau tidak mendengarnya.

Setelah Nabi saw selesai berbicara, beliau
bertanya, “Di mana orang yang bertanya
perkara saat (kiamat) tadi?”

Orang itu menyahut, “Saya! Ya Rasulullah!”
Rasulullah saw bersabda, “Apabila amanah
telah disia-siakan orang, maka waspadalah
terhadap datangnya saat (kiamat).”

Tanya orang itu, “Bagaimanakah caranya
disia-siakannya amanah?”

Jawab Nabi saw, “Apabila suatu urusan
(pekerjaan) diserahkan kepada orang bukan
ahlinya, maka waspadalah terhadap datangnya
saat (kiamat/kehancuran) - riwayat Bukhari
 
Back
Top
Log in Register