BTC USD 83,591.2 Gold USD 4,179.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Dari Ummu ‘Athiyah r.ha : Kami
diperintahkan pergi solat ‘Id (solat Hari raya)
bahkan anak-anak gadis keluar dari
pingitannya (dalam jagaan).

Begitu juga wanita-wanita yang sedang haid,
tetapi mereka ini hanya berdiri saja di
belakang orang ramai, turut bertakbir dan
berdoa bersama-sama. Mereka mengharapkan
beroleh berkat dan kesucian pada hari itu.

(riwayat Bukhari)
 
Dari Jundab r.a : Nabi saw mula-mula
melakukan solat (bersolat terlebih dahulu)
‘Idul Adha, kemudian beliau berkhutbah dan
sesudah itu beliau menyembelih korban.

Nabi saw bersabda, “Siapa yang menyembelih
korban sebelum solat, hendaklah
menyembelih lagi yang lain (sesudah solat)
sebagai gantinya. Siapa yang belum
menyembelih, hendaklah menyembelih
dengan nama Allah.” (riwayat Bukhari)
 
Dari Jabir r.a : Biasanya pada hari raya,
Nabi saw menempuh (melalui) jalan pulang,
lain daripada jalan yang telah ditempuh
(dilalui) beliau untuk pergi.(riwayat Bukhari)
 
Dari Ibnu Abbas r.a : Apabila Rasulullah
saw bangun tengah malam hendak solat
tahajjud, Nabi saw membaca :

(Wahai Allah.. Untuk-Mulah segala puji.
Engkau penanggung langit dan bumi beserta
isinya. Untuk-Mulah segala puji. Penguasa
langit dan bumi dan segala isinya. Untuk-
Mulah segala puji ; Cahaya langit dan bumi.

Untuk-Mulah segala puji. Engkau Maha Benar,
janji-Mu Maha Benar, menemui Engkau (di
akhirat) Maha Benar, syurga Maha Benar,
neraka Maha Benar, para Nabi Maha Benar
dan Muhammad sollallaahu ‘alaihi wassalam
Maha Benar dan hari kiamat Maha Benar.

Wahai Allah.. Saya pasrah kepada-Mu dan
dengan Engkau aku beriman, kepada Engkau
aku menyerah dan kepada Engkau aku
kembali; dan kerana (mempertahankan
agama) Engkau aku bermusuhan dan kepada
Engkau aku meminta hukum.

Kerana itu ampunilah dosa-dosaku yang
terdahulu dan terakhir, ampunilah apa yang
ku rahsiakan mahupun yang ku nyatakan.
Engkaulah yang mendahulukan dan yang
mengemudiankan, tidak ada tuhan melainkan
hanya Engkau dan tidak ada daya dan
kekuatan melainkan di tangan Engkau ).

~riwayat Bukhari~
 
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw
bersabda, “Waktu seseorang sedang tidur,
syaitan membuat tiga buah simpul di
kepalanya. Untuk setiap simpul ia (syaitan)
mengatakan, ‘Tidurlah engkau sepanjang
malam’.

Ketika terbangun, lalu dia (orang yang tidur)
menyebut nama Allah, maka lepaslah satu
simpul. Jika berwudhu’, lepas pulalah satu
simpul. Dan jika dia solat terbukalah seluruh
simpul.

Maka waktu bangun pagi ia akan merasa
penuh semangat dengan badan yang segar
bugar. Jika tidak, dia akan bangun pagi
dengan perasaan serba tak enak dan
malas.”(riwayat Bukhari)
 
Dari Samurah r.a : Diceritakannya dari
Nabi saw perihal mimpi. Nabi saw bersabda,
“Barangsiapa bermimpi seolah-olah kepalanya
dipukul orang dengan batu, ertinya orang itu
mempelajari Al-Quran tetapi tidak
diamalkannya dan solat wajib
ditinggalkannya.” (riwayat Bukhari)
 
Diberitakan oleh Abu Hurairah r.a :
Rasulullah saw bersabda, “Allah tabaaraka wa
ta’aala (Allah yang Maha Suci lagi Tinggi)
turun ke langit dunia pada sepertiga yang
akhir di setiap malam.

Dia (Allah) berfirman : ‘Barangsiapa berdoa
kepada-Ku akan Ku perkenankan doanya.
Barangsiapa meminta kepada-Ku akan Ku beri
dia. Siapa yang minta ampun, akan Ku ampuni
dia.” (riwayat Bukhari)
 
Dari Jabir bin Abdullah r.a : Rasulullah
saw mengajarkan kepada kami solat istikharah
untuk segala urusan, seperti dia mengajarkan
kepada kami surah Al-Quran.

Sabda Beliau (Nabi saw), “Apabila seseorang
kamu hendak melakukan sesuatu pekerjaan,
lebih dahulu hendaklah solat dua rakaat yang
bukan fardhu (solat sunat), kemudian
membaca doa:

Terjemahan : Wahai Allah. Sesungguhnya aku
mohon pilihan kepada Engkau dengan ilmu
Engkau, dan mohon kuasa kepada Engkau
dengan kekuasaan Engkau, dan aku meminta
kepada Engkau kurnia-Mu yang Maha Agung.

Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, sedangkan
aku tidak (ber)kuasa. Dan Engkau Maha Tahu,
sedangkan aku tidak tahu. Dan Engkau Maha
Tahu segala yang ghaib.

Wahai Allah. Jika menurut pengetahuan-Mu
pekerjaan ini baik bagi agamaku, bagi
kehidupanku dan akibat kesudahannya, maka
berilah aku kesanggupan untuk
melaksanakannya serta mudahkanlah ia
bagiku, kemudian berikan berkat bagiku
padanya.

Dan jika menurut pengetahuan-Mu pekerjaan
ini tidak baik bagi agama, kehidupan serta
akhir kesudahannya, maka singkirkanlah ia
dariku dan jauhkanlah aku daripadanya serta
tukarlah bagiku dengan yang lebih baik
daripadanya, kemudian redhailah dia
bagiku .” (riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Qatadah bin Rib’i Al- Anshari
r.a : Nabi saw bersabda, “Apabila seseorang
kamu masuk ke dalam masjid, janganlah
duduk lebih dahulu sebelum solat dua
rakaat.”(riwayat Bukhari)
 
Dari Jabir r.a : Rasulullah saw bersabda
ketika Beliau sedang berkhutbah, katanya
“Apabila seseorang kamu masuk masjid dan
imam sedang berkhutbah, atau dia telah
datang untuk itu, solatlah kamu lebih dahulu
dua rakaat (sebelum duduk).”(riwayat Bukhari)
 
Back
Top
Log in Register